Showing posts with label Hadis Nabawiyah. Show all posts
Showing posts with label Hadis Nabawiyah. Show all posts

Monday, 3 March 2014

Panduan Solat Sunat Istisqa'

SOLAT ISTISQA’

Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

 Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain

 
Istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’. Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau. Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ
 
وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ...
 
…Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit… – Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009
 
 Justeru itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalilpun yang mewajibkannya.
 
 

v  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT ISTISQA’

 
q  Penampilan Fizikal Dan Mental Untuk Bersolat Istisqa’
Mereka yang mengerjakan solat Istisqa’ ini hendaklah menuju ke tempat perlaksanaan solat tersebut dengan penampilan sederhana, tawadhu’ (merendah hati), tadharru’ (bersungguh-sungguh dalam memohon) dan tamaskun (menunjukkan benar-benar perlukan permintaan tersebut)
 
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
 
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِهِ.
 
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504.
 
q  Solat Istisqa’ Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.
 
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
 
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.
 
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 510.
 
q  Tidak Dilaungkan Azan Atau Iqamah Sebelum Solat Tersebut.
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
 
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ
 
Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah…- Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.
 
q  Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya.
Solat Istisqa’ dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua.
 
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
 
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِهِ.
 
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504.
 
q  Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa’.
Solat sunat Istiqa’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk bersolat.
 
q  Bacaan Dalam Solat Istisqa’ Adalah Secara Jahar (Kuat).
 
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
 
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 510.
 
Sebagaimana solat Hari Raya  dianjurkan juga untuk membaca surah Qaf atau surah al-Qamar pada rakaat pertama dan bacaan semasa rakaat kedua sama ada surah al-A’laa atau al-Ghaasyiah.
 
q  Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa’.
Tidak dikerjakan di dalam masjid tetapi di musolla iaitu di tanah yang lapang seperti padang atau halaman masjid yang luas.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
قُحُوطَ الْمَطَرِ. فَأَمَرَ بِمِنْبَرٍ فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ فِيهِ.
 
Maksudnya:
Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.... - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.
 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai ketua negara umat Islam telah turun bersama-sama rakyat untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini. Lantaran itu pada masa kini terdapat beberapa negara-negara Islam di timur tengah yang mana para pemerintah tertinggi sesebuah negara itu turut turun bersama rakyat jelata untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini di musolla. Kita ternanti-nanti bila sunnah ini akan diamalkan pula oleh pemerintah di Malaysia.
 
q  Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa’.

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa’
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)    Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali
5)      Membaca surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)   Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali
2)      Membaca surah al-Fatihah
3)      Membaca Surah al-Qur’an
4)      Rukuk
5)      Iktidal
6)      Sujud
7)      Duduk antara dua sujud
8)      Sujud kali kedua
9)      Duduk untuk tahiyyat akhir
10)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
q  Bacaan Khutbah Untuk Solat Istisqa’.
Khutbah ringkas dilakukan sebelum atau sesudah solat Istisqa’ di atas mimbar yang disediakan. Namun Imam al-Nawawi rahimahullah lebih mengutamakan khutbah dikerjakan setelah solat sebagaimana khutbah untuk solat Hari Raya. Berbeza dengan khutbah ketika solat Hari Raya, khutbah untuk solat Istisqa’ adalah ringkas sahaja. Dalilnya adalah hadis berikut:
 
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُحُوطَ
 
الْمَطَرِ. فَأَمَرَ بِمِنْبَرٍ فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ فِيهِ.
 
قَالَتْ عَائِشَةُ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ بَدَا حَاجِبُ الشَّمْسِ فَقَعَدَ عَلَى
 
الْمِنْبَرِ فَكَبَّرَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ قَالَ:
 
  إِنَّكُمْ شَكَوْتُمْ جَدْبَ دِيَارِكُمْ وَاسْتِئْخَارَ الْمَطَرِ عَنْ إِبَّانِ زَمَانِهِ عَنْكُمْ
 
  وَقَدْ أَمَرَكُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ تَدْعُوهُ وَوَعَدَكُمْ أَنْ يَسْتَجِيبَ لَكُمْ,
 
ثُمَّ قَالَ:
 
  الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ.
 
  اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ. أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً
 
  وَبَلاَغًا إِلَى حِينٍ.
 
ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَلَمْ يَزَلْ فِي الرَّفْعِ حَتَّى بَدَا بَيَاضُ إِبِطَيْهِ ثُمَّ حَوَّلَ إِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَقَلَبَ أَوْ حَوَّلَ
 
رِدَاءَهُ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ وَنَزَلَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ
 
فَأَنْشَأَ اللَّهُ سَحَابَةً فَرَعَدَتْ وَبَرَقَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ بِإِذْنِ اللَّهِ …
 
Maksudnya:
Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.
Menurut ‘Aishah ketika matahari telah naik, baginda pun keluarlah lalu duduk di atas mimbar, bertakbir serta memuji Allah dan bersabda: Kamu semua mengeluh sebab keringnya negerimu, sedang Allah telah menyuruhmu semua agar berdoa serta Dia menjanjikan pasti akan mengabulkan permohonanmu itu.
Baginda meneruskan: “Alhamdulillaahi rabbil’aalamiin. Arrahmaanirrahiim, Maliki Yaumiddiin” Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan berbuat sekehendak-Nya. Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang Maha Kaya sedang kami adalah kaum fakir. Turunkanlah hujan kepada kami serta jadikanlah hujan itu menjadi kekuatan serta mencukupi kami sampai habis masanya.
Selanjutnya baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa sampai kelihatan putih ketiaknya, kemudian membalikkan diri dan menghadap ke arah kiblat, selendangnya dibalikkan letaknya sambil mengangkat kedua tangannya itu, lalu menghadap kepada semua manusia dan turun dari mimbar terus bersolat dua rakaat. Di saat itu Allah Ta’ala menampakkan segumpal awan, terdengarlah suara guruh dan petir dan kemudian turunlah hujan dengan izin Allah Ta’ala… - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.
 
Menerusi hadis di atas dapat difahami bahawa setelah khutbah maka Imam hendaklah menghadapkan wajahnya ke arah kiblat lalu mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke langit lalu berdoa dengan bersungguh-sungguh bersama-sama dengan para makmum. Disunnahkan juga untuk menterbalikkan tapak tangan ketika berdoa di mana bahagian belakang tapak tangan tersebut di hadapkan ke arah langit.
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى فَأَشَارَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ إِلَى السَّمَاءِ.
 
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik (radhiallahu’ anh) bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu ketika memohon hujan sedangkan punggung kedua tapak tangannya itu diangkat ke atas langit. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Solat al-Istisqa’, no: 896.
 
Bagi mereka yang memakai selendang di atas kepala (syal yang dipakai oleh lelaki) maka disunatkan untuk mengalihkan bucu selendang di bahu kanan ke bahu kiri dan yang di bahu kiri ke kanan dengan membuka dan menterbalikkan tudung tersebut lalu memakainya semula. Ada yang berpendapat bahawa tindakan mengalihkan selendang ini sebagai tafa’ul atau mengharapkan adanya perubahan keadaan dari kemarau kepada hujan
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
 
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ رَافِعًا يَدَيْهِ.
 
ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ.
 
Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah, kemudian menyampaikan khutbah serta berdoa kepada Allah, lalu berpaling ke arah kiblat sambil mengangkat kedua tangannya. Selanjutnya dibalikkan selendangnya yang kanan diletakkan di kiri dan yang kiri di kanan. - Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.

Thursday, 23 January 2014

Siti Muthi'ah, Wanita Pertama Masuk Syurga

SUATU hari putri Nabi SAW. Fatimah Az Zahra ra. bertanya kepada Rasulullah SAW., siapakah wanita pertama yang memasuki surga setelah Ummahatul Mukminin  setelah istri-istri Nabi SAW.? Rasulullah bersabda: Dialah Mutiah.

Berhari-hari Fatimah Az Zahra berkeliling kota Madinah untuk mencari tahu keberadaan siapa Mutiah itu dan dimana wanita yang dikatakan oleh Nabi SAW. itu tinggal. Alhamdulillah dari informasi yang didapatkannya, Fatimah mengetahui keberadaan dan tempat tinggal Mutiah di pinggiran kota Madinah.
Atas ijin suaminya Ali bin Abi Thalib, maka Fatimah Az Zahra dengan mengajak Hasan putranya untuk bersilaturahmi ke rumah Mutiah pada pagi hari. Sesampainya di rumah Mutiah, maka Fatimah yang sudah tidak sabar segera mengetuk pintu rumah Mutiah dengan mengucapkan salam.
“Assalaamu’alaikum ya ahlil bait.” Dari dalam rumah terdengar jawaban seorang wanita, “Wa’alaikassalaam … siapakah diluar?” lanjutnya bertanya. Fatimah menjawab, “Saya Fatimah putri Muhammad SAW.” Mutiah menjawab, “Alhamdulillah, hari ini rumahku dikunjungi putri Nabi junjungan alam semesta.”
Segera Mutiah membuka sedikit pintu rumahnya, dan ketika Mutiah melihat Fatimah membawa putra laki-lakinya yang masih kecil (dalam riwayat masih berumur 5 tahun). Maka Mutiah kembali menutup pintu rumahnya kembali, terkagetlah Fatimah dan bertanyalah putri Nabi SAW kepada Mutiah dari balik pintu.
“Ada apa gerangan wahai Mutiah? Kenapa engkau menutup kembali pintu rumahmu? Apakah engkau tidak mengijinkan aku untuk mengunjungi dan bersilaturahim kepadamu?”
Mutiah dari balik pintu rumahnya menjawab, “Wahai putri Nabi, bukannya aku tidak mau menerimamu di rumahku. Akan tetapi keberadaanmu bersama dengan anak laki-lakimu Hasan, yang menurut ajaran Rasulullah tidak membolehkan seorang istri untuk memasukkan laki-laki ke rumahnya ketika suaminya tidak ada di rumah dan tanpa ijin suaminya. Walaupun anakmu Hasan masih kecil, tetapi aku belum meminta ijin kepada suamiku dan suamiku saat ini tidak berada dirumah. Kembalilah besok biar aku nanti meminta ijin terlebih dahulu kepada suamiku.”
Tersentaklah Fatimah Az-Zahra mendengarkan kata-kata wanita mulia ini, bahwa argumentasi Mutiah memang benar seperti yang diajarkan ayahnya Rasulullah SAW. Akhirnya Fatimah pulang dengan hati yang bergejolak dan merencanakan akan kembali besok hari.
Pada hari berikutnya ketika Fatimah akan berangkat ke rumah Mutiah, Husein adik Hasan rewel tidak mau ditinggal dan merengek minta ikut ibunya. Hingga akhirnya Fatimah mengajak kedua putranya Hasan dan Husein. Dengan berpikir bahwa Mutiah sudah meminta ijin kepada suaminya atas keberadaannya dengan membawa Hasan, sehingga kalau dia membawa Husein sekaligus maka hal itu sudah termasuk ijin yang diberikan kepada Hasan karena Husein berusia lebih kecil dan adik dari Hasan.
Namun ketika berada didepan rumah Mutiah, maka kejadian pada hari pertama terulang kembali. Mutiah mengatakan bahwa ijin yang diberikan oleh suaminya hanya untuk Hasan, akan tetapi untuk Husein Mutiah belum meminta ijin suaminya.
Semakin galau hati Fatimah, memikirkan begitu mulianya wanita ini menjunjung tinggi ajaran Rasulullah SAW. dan begitu tunduk dan tawaddu’ kepada suaminya.
Pada hari yang ketiga, kembali Fatimah bersama kedua anaknya datang ke rumah Mutiah pada sore hari. Namun kembali Fatimah mendapati kejadian yang mencengangkan, dia terkagum. Mutiah didapati sedang berdandan sangat rapi dan menggunakan pakaian terbaik yang dipunyai dengan bau yang harum, sehingga Mutiah terlihat sangat mempesona.
Dalam kondisi seperti itu, Mutiah mengatakan kepada Fatimah bahwa suaminya sebentar lagi akan pulang kerja dan dia sedang bersiap-siap menyambutnya. Subhanallah, kita merindukan istri yang demikian. Yaitu ketika suami pulang kerja dia berusaha menyambutnya dengan kondisi sudah mandi, sudah berdandan, sudah memakai pakaian yang bagus, dan siap menyambut kedatangan suami di halaman rumah dengan senyuman terindah penuh kasih dan sayang. Ya Allah, jadikanlah istri-istri kami seperti Mutiah.
Akhirnya Fatimah pulang kembali dengan kekaguman yang tak terperi kepada Mutiah. Dan pada hari yang keempat, Fatimah datang kembali ke rumah Mutiah lebih sore dan berharap bahwa suaminya sudah berada di rumah atau sudah pulang dari kerja. Dan Alhamdulillah memang pada saat Fatimah datang, suami Mutiah baru saja sampai di rumah pulang dari kerja.
Fatimah dan kedua anaknya Hasan dan Husein dipersilahkan masuk oleh Mutiah dan suaminya ke rumahnya. Fatimah melihat sebuah pemandangan yang jauh lebih mengesankan dibanding dengan yang dihadapinya sejak hari pertama. Mutiah sudah menyiapkan baju ganti yang bersih untuk suaminya, sambil menuntun suaminya ke kamar mandi. Mutiah terlihat mulai melepaskan baju suaminya, dan mereka berdua hilang masuk ke bilik kamar mandi. Dan yang dilakukan oleh Mutiah adalah memandikan suaminya. Subhanallah… Tsumma Subhanallah.
Selesai memandikan suaminya, Fatimah menyaksikan Mutiah menuntun suaminya menuju ke tempat makan. Dan suaminya sudah disiapkan makanan dan minuman yang dimasaknya seharian. Sebelum memakan makanan yang sudah disiapkan, Mutiah masuk ke dalam rumah dan keluar dengan membawa cambuk sepanjang 2 meter dan diberikan kepada suaminya dengan mengatakan.
“Wahai suamiku, seharian aku telah membuat makanan dan minuman yang ada didepanmu. Sekiranya engkau tidak menyukai dan tidak berkenan atas masakan yang aku buat, maka cambuklah diriku.”
Tanpa bertanya apa-apa, Fatimah sudah memahami apa yang dikatakan oleh ayahnya Rasulullah SAW. tentang wanita pertama penghuni surga setelah para istri Nabi yaitu Mutiah.
Fatimah pulang menangis haru dan bahagia karena sudah mendapatkan jawaban bagaimana istri yang sholihah. Seperti yang ada pada diri Mutiah, yang mendapatkan kehormatan sebagai wanita yang paling dahulu memasuki surga Allah SWT.

Tuesday, 20 August 2013

Bagi Kenai Fizikal Rasulullah SAW

Saat seseorang memandang fizikal Rasulullah saw., ia segera merasakan bahawa ia sedang berada di depan keindahan yang mengagumkan dan tak ada duanya. Penampilan yang mencerminkan kepercayaan yang mutlak dan tak terbatas. Berikut ini adalah pendapat yang disepakati oleh mereka yang bertemu dan melihat langsung Rasulullah saw, mudah2an menambah kerinduan dan kecintaan kita pada rasulullah s.a.w..

Ad-Darimi dan al-Baihaqi mentakhrij bahwa Jabir bin Samurah berkata,“Aku melihat Nabi saw. pada malam bulan purnama, dan ketika aku bandingkan antarawajah Nabi saw. dan indahnya bulan, say a dapati wajah Nabi saw. lebih indahdibandingkan rembulan.”

At-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan bahwa Abu Hurairah r.a. berkata,“Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih indah dari Rasulullah saw.. Seakan-akanmentari bersinar dari wajah beliau. Aku tidak pernah dapati seseorang yang lebih cepat jalannya dibandingkan beliau, seakan-akan bumi melipat sendiri tubuhnya saat beliau berjalan. Ketika aku ikut berjihad, aku lihat beliau tidak pernah berlindung di balik perisai.”Bukhari-Muslim meriwayatkan bahwa al-Barra berkata,“Rasulullah saw. mempunyai pundak yang lebar, rambutnya mencapai ujung telinga,dan tidak pernah ada orangyang lebih indah dipandang dibandingkan beliau.” Muslim meriwayatkan dari Abu Thufail bahwa ia pernah diminta untuk menceritakantentang Rasulullah saw. kepada kami, kemudian ia menjawab,“Beliau memiliki wajah yang putih dan berseri.”

Bukhari meriwayatkan bahwa Abu Hurairah berkata,“Rasulullah saw. memiliki dua kaki yang kokoh dan tegap, dan wajah yang indah, yangbelum pernah kutemukan wajah seindah itu sebelumnya.”

Abu Musa Madini meriwayatkan dalam kitab ashShahabah bahwa Amad bin Abad al-Hadhrami berkata,“Aku melihat Rasulullah saw., dan tidak pernah melihat wajah seindah itu sebelumnyamaupun sesudahnya.”

Ad-Darimi meriwayatkan bahwa Ibnu Umar berkata,“Aku tidak pernah temukan orangyang lebih berani, dermawan, dan lebih bersinarwajahnya, dibandingkan Rasulullah saw..”

Ahmad dan Baihaqi meriwayatkan bahwa Mahrasy Kahti berkata,“Rasulullah saw. mengambil umrah darijiranah, pada malam hari. Dan, ketika soyamelihat bagian belakang tubuh beliau, say a seperti melihat perakyang menyala.”

Abdullah bin Imam Ahmad serta al-Baihaqi meriwayatkan bahwa Ali r.a. berkata,“Rasulullah saw. bukanlah orangyang tubuhnya tinggi menjulang.Jika berjalan bersamarombongan, beliau tampak menonjol. Wajahnya putih, kepalanyabesar, alis matanyapanjang dan hitam, danjika ada keringat yang menetes dari wajah beliau, akan tampakseperti mutiara. Aku tidak pernah melihat wajah seindah wajah beliau, sebelumnya atausetelahnya.”

Deskripsi tentang Rasulullah saw. yang diberikan oleh Hindun bin Abi Halah,“Tubuh Rasulullah saw. menampakkan pribadiyang agung. Wajahnya bersinar sepertibulan purnama. Kepalanya besar. Rambutnya keras. Kuliatnya putih ke-merahan.Keningnya luas. Alisnya tebal.Jika marah, keningnya meneteskan keringat. Hidungnyamancung. Tubuhnya diliputi cahaya. Orangyang tidak memperhatikan dengan saksamamenyangkanya amat tinggi.Jenggotnya tebal. Matanya hitam. Kedua pipinya tirus.Mulutnya lebar. Giginya indah. Memiliki bulu halus di atas perut. Lehernya amat halus.Tubuhnya sedang. Sedikit gemuk dan tegap, dengan perut dan dada yang seimbang.Dadanya bidang. Kedua pergelangan tangannya panjang. Telapak tangannya luas.Kedua kaki dan tangannya kekar. Jari-jarinya panjang. Jalannya tegap, seperti sedangturun dari ketinggian. Jika menoleh, dengan seluruh tubuhnya. Pandangannya selalutertunduk he tanah, danjarang sekali mendongakkan matanya he langit....”

Jika Rasulullah menyentuh seseorang, orang itu akan merasakan ketenangan yangmengagumkan, dan perasaan ketinggian ruhani yang menakjubkan.

Ahmad meriwayatkan bahwa Sa’d bin Abi Waqqash berkata,“Suatu ketika akujatuh sakit di Mekah. Kemudian Rasulullah saw. menjenguk,meietakkan tangan beliau di kening, dan mengusap wajah, dada, sertaperutku. Hinggasaat ini, aku masih merasakan sentuhan tangan beliau dijantung.”Muslim meriwayatkan bahwa Jabir bin Samurah berkata,“Suatu ketika Rasulullah saw. mengusap mukaku dengan tangannya. Aku dapati tanganbeliau demikian sejuknya dan berbau wangi. Seakan-akan tangan tersebut barudikeluarkan dari kantong kesturi.”

Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahwa Anas r.a. berkata,“Aku belum pernah menemui sutra maupun beludru yang lebih lembut dari tanganRasulullah saw. Dan, belum pernah mencium bau misik atau minyak anbar yang lebihharum dari Rasulullah saw..”

Penampilan beliau memberikan sugesti kepada orang yang melihatnya bahwa orang tersebut sedang berdiri di hadapan seorang nabi.

At-Tirmidzi meriwayatkan bahwa Abdullah bin Salam berkata,“Ketika Nabi saw. datang ke Madinah, aku menemui beliau. Ketika aku melihat wajahbeliau, aku segera mengetahui bahwa wajah beliau bukan wajah seorang pendusta.”Abu Ramtsah Tamimi berkata,“Aku mendatangi Nabi saw. bersama anakku. Ketika aku melihat beliau, hatiku langsungberkata, ‘Orang ini pastilah nabi Allah.’”Abdullah bin Rawahah berkata tentang Rasulullah saw,“Seandainya tidak ada ayat-ayat penjelas pun, yang menerangkan beliau sebagai rasul,niscaya penampilan dan tubuh beliau sudah cukup menjadi keterangan itu.”

Ini adalah sebagian riwayat yang menjelaskan tentang tubuh Rasulullah saw.. Semua keagungan postur tubuh beliau itu kami ceritakan kembali, sehingga kita dapat menangkap dengan jelas kepribadian Rasulullah saw. dari segala seginya.

Sumber : Kawan Admin