Showing posts with label VDO Agama. Show all posts
Showing posts with label VDO Agama. Show all posts

Saturday, 29 December 2012

Doa Minta Mimpi Rasulullah SAW??


Tiada doa untuk meminta supaya dapat bermimpi Rasulullah SAW melainkan orang yang amat cinta pada Nabi SAW. Mereka selalu berselawat 1000 dan ke atas setiap hari kerana mereka sayang pada Rasulullah SAW. Jadi, kita kena banyakkanlah berselawat pada Rasulullah SAW bukan niat kerana nak mimpi Baginda SAW tetapi kerana SAYANG kepada baginda SAW. Ini supaya apabila kita dapat bermimpi baginda, kita tidak jadi Riya', Sum'ah dan sebagainya yang merugikan kita. Ingat, dapat bermimpi Rasulullah SAW adalah suatu pemberian oleh Allah, kalau kita tak dapat jumpa Rasulullah SAW di dunia, insyaAllah kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Thursday, 27 December 2012

Qasidah Ya Imama Rusli




LIRIK QASIDAH


✿  يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي
Wahai penghulu para rasul ! wahai sandaranku

✿  أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي
Setelah Allah, engkau adalah peganganku

✿  فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي
Dalam urusan dunia dan akhiratku

✿  يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ
Wahai rasulullah! Bantulah aku

✿  عَطْفَـةً يَا جِيْرَةَ الْعَلَـمِ
Belas kasihmu wahai yang berjiran dengan Ka’bah

✿  يَا أُهَيْلَ الْجُوْدِ والْكَـرَمِ
Wahai keluarga yang bermurah dan mulia

✿  نحنُ جِيْرَانٌ بِذَا الْحَـرَمِ
Kami berada berhampiran dengan Kota Haram

✿  حَرَمُ الإحْسَانِ والْحَسَـنِ
Kota yang penuh ihsan dan kebaikan

✿  نحن مِنْ قَوْمٍ بِهِ سَكَنـُوْا
Kami daripada kaum yang tinggal di Kota Haram

✿  وَبِهِ مِنْ خَوْفِهِمْ أَمِنـُوْا
Di dalamnya mereka aman daripada ketakutan

✿  وَبِآيَاتِ الْقُرْآنِ عُنـُوْا
Dan oleh ayat-ayat Al-Quran mereka di perhatikan

✿  فَاتَّئِـدْ فِيْنـَا أَخَا الْوَهَـنِ
Maka janganlah kamu tergesa-gesa atas kami wahai saudara yang lemah

✿  نَعْرِفُ الْبَطْحـَاء وَتَعْرِفُنـَا
Kami kenal kepada padang pasir (Mekkah) dan ia mengenal kami

✿  وَالصَّـفَا وَالْبَيْـتُ يَأْلَفُنـَا
Demikian pula Bukit Sofa dan Ka’bah

✿  وَلَنَا الْمَعْـلَى وَخَيْـفُ مِنَى
Untuk kami Ma’la dan Khaif Mina

✿  فَاعْلَمَـنْ هذَا وَكُنْ وَكُـنِ
Ketahuilah engkau akan hal ini dan yakinlah

✿  وَلَنـَا خَيْـرُ الأَنـَـاِم أَبُ
Untuk kami sebaik-baik manusia sebagai ayah

✿  وعَـلِيٌّ الْمُرْتَضَـى حَسَـبُ
Dan Ali Al-Murtadha sebagai datuk kami

✿  وإِلَى السِّـبْطَيْـنِ نَنْتَسِـبُ
Kepada dua cucu Nabi (Hasan & Husein) kami bernasab

✿  نَسَبـًا مَا فِيْـهِ مِـنْ دَخَـنِ
Nasab yang tiada terdapat keraguan

✿  أَهْلُ بَيْتِ الْمُصْطَـفَى الطُّهُـرِ
Keluarga nabi yang suci

✿  هُـمْ أَمَـانِ الأَرْضِ فَاذَّكِـرِ
Mereka pengaman dimuka bumi, maka ingatlah itu

✿  شُـبِّهُـوْا بِالأَنْجُـمِ الزُّهُـرِ
Mereka umpama bintang-bintang yang gemerlapan

✿  مِثْلَ مَا قَدْ جَـاءَ فِي السُّنَـنِ
Sebagaimana telah di nyatakan dalam hadith-hadith

✿  وسَـفِـيْنٌ لِلنَّـجَـاةِ إِذَا
Mereka umpama bahtera keselamatan bila

✿  خِفْتَ مِنْ طُوْفَانِ كُلِّ أَذًى
Kau takut angin taufan yang menghanyutkan

✿  فَانْجُ فِيْهَا لاَ تَكُوْنُ كَـذَا
Maka naiklah ke atasnya kau akan selamat

✿  فَاعْتَصِمْ بِاللهِ وَاسْتَعِنِ
Berpegang teguhlah dengan Allah dan mintalah pertolongan

✿  رَبِّ فَانْفَعْنَا بِبَرْكَتِهِمْ
Ya Allah, kurniakanlah kami dengan berkat mereka

✿  وَاهْدِنَا الْحُسْنَى بِحُرْمَتِهِمْ
Berilah petunjuk pada kami jalan yang baik dengan kehormatan mereka

✿ وَأَمِتْـنَا فِي طَرِيْقَتِهِمْ
Matikanlah kami pada jalan mereka

✿  وَمُعَـافَاةٍ مِنَ الْفِتَنِ
Serta selamatkanlah kami dari fitnah

✿ ثُمَّ لاَ تَغْتَرَّ بِالنَّسَبِ
Janganlah engkau membanggakan diri dengan nasabmu

✿ لاَ وَلاَ تَقْنَعْ بِكَانَ أَبِي
Dan jangan pula engkau merasa cukup dengan kejayaan ayahmu

✿  وَاتَّبِعْ فِي الْهَدْيِ خَيْرَ نَبِيّ
Ikutilah sebaik-baik nabi dalam petunjuknya

✿ أحْمَدِ الْهَادِي إلَى السَّنَنِ
Iaitu Ahmad, pemberi petunjuk pada jalan yang benar

Sunday, 2 December 2012

Qasidah Al-Jalaliah (الجلالية) by Fathul Mubin

Lirik Qasidah

نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله

Nabi kami Rasulullah

وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله


Yang mensyafaati kami Habibullah

وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله


Yang Mencintai Kami Khalilullah

عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله


Atas baginda solawat kami ya Allah

رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله


Rasulullah julukannya Kalimullah

وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله


Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah

رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله


Rasulullah pilihan Allah

إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله


Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة


Datangnya bagi kami sebagai Rahmah

فَآمَنَّا بِهِ يَا الله


Kami beriman dengan baginda ya Allah

فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا


Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah

بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله


Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا


Afiatkanlah sekalian kami

مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله


Dari segala penyakit ya Allah

وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار


Sucikan kami dari dosa

بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله


Dengan kurnia dariMu ya Allah

إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن


Ampunilah bersama ibu bapa kami

إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله


Rahmatilah mereka ya Allah

إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال


Tutupilah segala kejelekan kami

وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله


Jangan disingkapkan ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا


Pimpinlah kami senantiasa

لِما تَرْضى بِهِ يَا الله


dengan yang engkau redha ya Allah

وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ


bantulah kami ya Allah

بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله


Dunia dan akhirat ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ


Tempatkan kami di Syurga

بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله


disisi nabiMu ya Allah

لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي


moga terpandang wajahMu yang kekal

بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله


Dengan cinta nabiMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله


Atas Ahmad selawatMu

عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله


Atas al-Hadi salamMu ya Allah

وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ


Keluarga serta sahabatNya

دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله


buat selamanya ya Allah

Monday, 26 November 2012

Qasidah Saaltullah by Fathul Mubin


LIRIK QASIDAH SAALTULLAH

سَــأَلْــتُ اللهَ بَـــارِيـنَــــــا

Saaltullaha barina

Pintaku dari Allah, Sang Pencipta

يُـبَـــلِّـغْــنَا أَمَـــانِينَـــــــــا


Yuballighna amanina


moga terkabul impian kami


وَيُـــذْهِـبْ مِـنَّـنَـــا الأَكْـــــدَار


Wayuzhib minnana l-akdar


Dihapuskan segala keruh dari kami


رَبِّي وَاجْـــعَلْنَـــا مِنَ الأَخْيَــار


Rabbi waj'alna mina l-Akhyar


Jadikan kami, dari mereka yang terbaik


وَيُــحْيـــيْنَا عَــلَى التَّــقْوَى


Wayuhyina ‘ala t-Taqwa


Hidupkan kami atas takwa


بِـلَا مِـــحْنَة وَلَا بَـــلْوَى


Bila Mihnah wala balwa


tanpa mehnah juga bala


بِجَـــاهِ المـُصْــــطَفَى المـُــــخْتَـار


Bijahi l-Mustafa l-Mukhtar


Dengan gah (Nabi) al-Mustofa yang terpilih


رَبِّي وَاجْــعَــلْنَــا مِنَ الأَخْيَار


Rabbi waj’alna mina l-Akhyar


Jadikan kami, dari mereka yang terbaik


فَيَــا رِيْحَ الصَّــبَا هُبِّي


Faya Riha s-Soba hubbi


Wahai sang bayu pagi, sampaikanlah


خُذِي قَوْلِي إِلَى حِبِّــي


Khuzi Qauli ila hibbi

dan bawa kataku kepada kekasihku


وَبُثِّــي عِنْــدَهُ الأَسْــرَار


Wabutssi ‘indahu l-Asrar


Sebarkan padanya rahsia


رَبِّي وَاجْـعَـلْنَا مِـنَ الأَخْيَــار


Rabbi waj’alna mina l-Akhyar


Jadikan kami, dari mereka yang terbaik


وَقُــوْلِي عَبْدُكُمْ بِالْبَــاب


Wa quli ‘abdukum bi l-Bab


Dan katakan! Hambamu di pintu.


يُنَـادِيْ أَيُّــهَا الْأَحْبَــاب


Yunadi aiyuha l-Ahbab


Sedang memanggil "Wahai Kasih"


أَغِيْثُــوْا مَنْ أَتَى المـُــخْتَـار


Aghitsu man ata l-Mukhtar


Bantulah mereka yang mengadap nabi al-Mukhtar


رَبِّ وَاجْـعَـلْنَــا مِنَ الأَخْيَار


Rabbi waj’alna mina l-Akhyar


Jadikan kami, dari mereka yang terbaik

Saturday, 27 October 2012

Qasidah : Ya Hanana (Betapa Beruntungnya Kami)

Bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memupuk cinta kepada kekasih-NYA.

VIDEO QASIDAH YA HANANA



LIRIK QASIDAH YA HANANA




Sunday, 22 January 2012

Pesanan Pemimpin

Video Ini Bertujuan untuk menghayati Pesanan seorang yang telah banyak berjasa kepada Surau Al-Ikhwan , Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.  Hayatilah........................................