Sunday, 22 January 2012

Pesanan Pemimpin

Video Ini Bertujuan untuk menghayati Pesanan seorang yang telah banyak berjasa kepada Surau Al-Ikhwan , Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.  Hayatilah........................................

 

Saturday, 21 January 2012

Pesanan Rasulullah Kepada Seorang Pemuda.

Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:

Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab: “Janganlah engkau menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.” Rasulullah menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.”

Lelaki itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah, tambah lagiselain itu.” Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta kembali, “Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab, “Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.”

(HR Imam Ibnu Majah)
Sumber : Facebook

Kesyahidan Mus'ab Bin Umair

Mus'ab bin 'Umair r. anhu telah membesar dengan penuh belaian cinta dan kasih sayang oleh ibu-bapanya yang serba mewah.Sebelum beliau memeluk islam ,beliau hidup dilingkungi kesenangan dan kemewahan yang melimpah-ruah.Beliaulah seorang pemuda yang paling kemas pakaiannya di kota Mekah.Ibu-bapanya membelikan pakaian yang mahal berharga dua ratus dirham.tanpa pengetahuan ibu-bapanya,beliau telah memeluk agama islam.

Apabila ibu-bapanya mengetahui bahawa beliau telah memeluk agama islam,mereka telah mengikatnya dan memaksanya tinggal dirumah.Apabila peluang terbuka ,beliau telah berjaya melepaskan diri lalu berhirah pula ke Madinah..Dahulu beliau hidup dilimpahi kemewahan dan sekarang hidupnya sederhana dan berpada pada dengan apa yang ada.

Satu ketika Rasullullah saw sedang duduk,melintaslah Mus'ab r.anhu memakai sehelai kain yang bertampung tampung untuk menutupi badannya.Salah satu tampalan itu daripada kulit.Dengan aliran air mata Rasullullah saw menceritakan betapa Mus'ab dahulu hudup dalam kemewahan sebelum memeluk islam.Beliaulah yang memegang panji-panji islam ketika peperangan Uhud.Ketika orang-orang islam pecah berkecamuk akibat kekalahan di Uhud,beliau tetap memegang bendera, terus bertahan di tempatnya tanpa berganjak.Seorang musuh datang dan menyerangnya lalu memutuskan tangannya dengan pedang agar bendera tersebut jatuh dan sempurnalah kekalahan bagi orang islam,segera beliau menyambar bendera tersebut dengan tangannya satu lagi,sekali lagi musuh telah menetak tangannya yang berdarah itu,beliau merapatkan bendera tersebut ke dadanya.Akhirnya musuh telah memanah menembusi badannya,maka gugurlah beliau bersama-sama bendera tersebut yang tetap dipegangnya semasa beliau masih hidup.

Seorang islam lain telah berlari mendapatkan bendera tersebut.Ketika jenazahnya akan dikebumikan cuma sehelai kain sahaja yang melekat di badannya,itupun sangat pendek jika hendak dibandingkan dengan badannya.Apabila ditarik untuk menutupi kakinya,kepala akan terdedah.Lalu baginda pun bersabda: " Tutuplah kepalanya dengan kain dan kakinya dengan daun Azkhar".

Begitulah berakhirnya seorang pemuda yang telah dibesarkan dengan belaian dan harta benda yang serba serbi mewah.Seorang yang berpakian dua ratus dirham,syahid dalam keadaaan tidak mencukupi pakaian untuk menutupi jasadnya.lihat lah betapa gigih beliau mempertahankan panji-panji islam dan tidak membiarkan jatuh sewaktu beliau masih bernyawa...

sumber : [ http://sarjanpahang-sarjan.blogspot.com ]

Friday, 20 January 2012

Macam Mana nak Sembang guna Shoutbox ?

ok. cara dia tengok gambar2 di bawah ni,, hehe,,
1. Tekan button PLUS (+) .
2. Tulis username dan password anda.
3. Tekan "Register this username"
4. Habis,..
 ok.. Lepas ni kalau nak chat, guna la account anda itu.. Guna step 1 dan 2, Step ke 3, tekan Login. =D





...Tekan kat gambar untuk VIEW yang lebih jelas....

Geng Tak Mo Solat

Monday, 2 January 2012

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.. Wallahua'lam !

Pesanan Rasulullah SAW kepada Ali RA

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.