Thursday, 15 March 2012

Saham Dunia Akhirat

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1.Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2.Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3.Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4.Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6.Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7.Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :


1.Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2.Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3.Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Al-Quran Hujah Untuk Kita | " القران حجة لك "

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al- Quran."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al- Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al- Quran."

Wednesday, 14 March 2012

Fight Nafsu !


Menurut Imam Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya. Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.

Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu :

1. Setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

2. Hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

3. Hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53)

Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu. Inilah yang di anjurkan oleh nabi kita Muhammad SAW sepertimana dalam Hadithnya yang selalu kita dengar, “Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil.”


Ada pelbagai pendapat ulama dalam menjelaskan maksud ’puasa itu perisai’. Ada yang mengatakan puasa itu menjaga orang yang berpuasa daripada segala syahwat yang boleh merosakkannya. Ada pula yang berpendapat puasa sebagai pelindung daripada segala dosa atau api neraka atau kedua-duanya.

Pesanan Rasulullah Kepada Abu Dzar

Dari Abu Dzar ra. berkata, "Kekasihku, Rasulullah saw. berpesan kepadaku dengan tujuh perkara,

(1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekati mereka,
(2) Menyuruh aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang
     berada di atasku,
(3) Menyuruh aku menjaga silaturahim walaupun mereka berlaku kasar kepada ku,
(4) Banyakkan ucapan LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH,
(5) Mengatakan kebenaran walaupun pahit,
(6) Jangan takut celaan orang ketika berdakwah, dan
(7) Jangan meminta sesuatu apa pun dari manusia”.

(HR Imam Ahmad)

Tuesday, 13 March 2012

Solat Sunat Tasbih

Muqaddimah 


Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah SAW bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

Kaifiat/Cara Menunaikan Solat Tasbih 
  1. Pada Waktu Siang : 4 Rakaat 1 Salam
  2. Pada Waktu Malam : 4 Rakaat 2 Salam
Harus diingat bahawa walaupun 4 Rakaat sahaja, selalunya solat Tasbih berlansung selama lebih kurang 1 Jam. Jumlah tasbih pada setiap rakaat ialah 75 . [ 75 Tasbih X 4 rakaat = 300 Tasbih ]

Caranya ialah :

  • Niat :
"Sahaja aku solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala." 

  •  Antara Surah yang dianjurkan oleh para Ulama' ialah :
  1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
  2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
  3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
  4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
  • Bacaan Tasbihnya ialah : 
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


NOTA : Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

  • Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
  • Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
  • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
  • Rukuk - 10 kali tasbih
  • Iktidal - 10 kali tasbih
  • Sujud pertama - 10 kali tasbih
  • Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
  • Sujud kedua - 10 kali tasbih
  • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.
  • Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

  • Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

  • Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
  • Membaca doa solat tasbih;
 
 

Kuliah Maghrib 13 Mac 2012

Sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi daripada Ustaz Zawawi semalam di Masjid At-Taqwa, Bertam. Jika ada salah atau silap, bolehlah tegur saya di ruangan komen. Berikut merupakan catatan mengenai isi-isi kuliah yang sempat saya catat dalam sehelai kertas :

  • Nabi SAW pernah bersabda, "Bersegeralah kamu sekelian mengerjakan amal-amal soleh."
  • Tanda Kiamat - Al Haraj : Pembunuhan yang kita tak terfikir ia mungkin berlaku seperti sekarang apa  yang telah berlaku di negara kita adalah pembuangan bayi, anak bunuh emak, bapa bunuh isteri dan anak-anak dan macam-macam lagi kes yang kita terfikir ia mungkin berlaku. Ia lebih jahil berbanding zaman jahililiyyah.
  • Fitnah yang Dahsyat : Seseorang itu beriman pada waktu pagi tetapi dia kafir pada waktu petangnya ataupun seseorang itu beriman pada waktu petang tetapi kafir pada waktu paginya.
  • Nabi SAW bersabda, "Jihad yang paling afdhal adalah menegur pemimpin supaya berlaku adil dan melaksanakan hukum-hukum Allah."
  • "Sesungguhnya sejahat-jahat pengembala ialah pengembala yang kejam dan zalim." 'Pengembala' di sini bermaksud atau ditujukan kepada seseorang pemimpin. (Ketua Negara, Ketua Masyarakat,Ketua Keluarga)
  • "Sesungguhnya setiap daripada kamu ialah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan kamu."
  • Nabi SAW berpesan kepada ibu bapa supaya mengajar anak-anak kamu 3 perkara :  
  1. Kasih kepada Nabi SAW. 
  2. Kasih kepada Keluarga Nabi SAW(termasuk para Sahabat).  
  3. Membaca Al-Quran.
    KITAB MUSTIKA HADIS

    • Syarat-syarat AZAN.
    1. Yakin masuk waktu. (kecuali waktu Subuh, disunatkan azan 2 kali seperti yang dilakukan semasa zaman Rasulullah SAW)
    2. Kalimah azan mestilah berturut-turut, tidak dicela dengan perkataan lain atau dipisahkan antara waktu yang lama.
    3. Kalimah azan mestilah dilafazkan dalam Bahasa Arab. (kecuali jika sesuatu kaum itu tidak mengetahui atau tidak reti Bahasa Arab, maka harus dilafazkan dengan bahasa mereka tetapi menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk mempelajarinya.)
    4. Tertib.

    • Sunat AZAN apabila :
    1. Menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sehari semalam.
    2. Mendirikan Solat Jumaat.
    • Solat Sunat :
    1. Tidak disunatkan azan dan iqamah.
    2. Cukup dengan berkata : " !! الصلاة جماعة   " " Marilah Solat !! "
    Alhamdulillah, semoga dengan apa yang saya sampaikan ini dapat menambahkan ilmu kita atau menguatkan lagi ingatan kita dan memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat. Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita agar dakwah Islam tersebar luas sehingga di setiap pelosok dunia.

    Rasulullah SAW dan Seorang Pengemis Buta

    Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata"Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

    Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

    Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

    Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

    Ustaz Azhar Idrus Mai Penang !!

    First Come First Serve

    Terdapat satu hadis sahih di mana Rasulullah saw menjelaskan tentang segolongan umatnya yang akan masuk ke syurga tanpa hisab. Peluang ini diambil oleh seorang sahabat agar Rasulullah saw berdoa semoga dia termasuk dalam golongan tersebut. Lalu Rasulullah saw mendoakan untuknya. Sungguh bertuah sahabat ini. Hadis tersebut diriwayatkan dari Abu Hurairah dia berkata  "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

     'Di antara umatku nanti terdapat 70,000 orang akan masuk Surga tanpa hisab. Wajah mereka bersinar sebagaimana bulan purnama'." 

    Abu Hurairah berkata, "Kemudian Ukasyah bin Mihshan al-Asadi berdiri sambil mengangkat nimarah lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, doakanlah aku kepada Allah agar aku termasuk dalam kelompok itu.' 

    Rasulullah bersabda, 'Ya Allah masukkanlah Ukasyah ke dalam rombongan itu!' 

    Kemudian seorang sahabat dari golongan Ansar berkata, 'Ya Rasulullah, doakan pula aku agar termasuk ke dalam rombongan itu.' Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Ukasyah telah mendahuluimu'." ( Imam al-Bukhari dan Muslim) 

    Pengajaran :

    1. Kita hendaklah berusaha agar termasuk dalam golongan yang bertuah ini dengan mengesakan Allah dan menjauhi sebarang syirik sebagaimana dijelaskan dalam hadis Nabi saw yang lain.

    2. Sahabat bijak mengambil peluang untuk mendapatkan kebaikan.

    3. Diharuskan meminta kepada orang soleh mendoakan untuk kita agar mendapat kebaikan.

    4. Keyakinan para sahabat dengan kehidupan akhirat.