Friday, 23 November 2012

Fadhilat, Minat dan Keutamaan Menghafal Al-Quran


Alhamdulillah, kali ini saya(bukan penulis blog ini) ingin berkongsi beberapa tips, petua dan kelebihan secara khusus dalam bidang tahfiz al-Quran. Satu pesanan yang selalu saya ingat dan sering saya naqalkan dari guru saya adalah ,bukan mudah untuk hafal Quran, bukan mudah untuk ingat Quran, bukan mudah untuk khatam hafaz Quran dan sememangnya bukan mudah untuk amal seluruh isi kandungan Quran.

Justeru dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang diberikan pada diri yang serba dhaif ini, saya cuba untuk menulis dan menggarapkan apa yang termampu sebagai perkongsian dan peringatan bersama. Mudah2an ia dapat sama2 diamalkan dan bakal dijadikan rujukan untuk generasi akan datang.

ANTARA KELEBIHAN , MINAT DAN KEUTAMAAN

Pertama sekali, apa yang ingin saya kongsikan adalah beberapa buah hadith Nabi s.a.w yang menceritakan tentang kelebihan dan kemuliaan seorang penghafaz Al-Quran. Sewaktu di madrasah saya dahulu, hadith2 inilah yang kami dengar hampir setiap hari dari mulut ustaz2 yang tidak jemu memberikan nasihat berbentuk tasyji’ dan motivasi. Bukan apa, penghafaz Al-Quran ini adalah golongan paling kuat dikacau oleh syaitan, jadi perlu sentiasa dipagari dan dikuatkan. Antara hadith yang sering kita dengar adalah :

“ Sebaik-baik kamu adalah orang yang menghafaz Al-Quran dan mengajarkannya”

Ada dua pendapat ulama’ berkenaan hadith ini, iaitu huruf ‘wau’ yang menghubungkan antara kata ‘belajar’ dan ‘mengajar’. Ada yang mengatakan seseorang itu akan mencapai darjat sebaik2 manusia apabila dia bukan sahaja belajar tetapi diikuti dengan mengajar dan menyebarkan Al-Quran tersebut. Manakala selebihnya mengatakan memadai dengan menunaikan satu sahaja.

Apapun pandangannya, kesimpulan dari hadith ini adalah individu atau golongan yang menghafaz, mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran telahpun dinobatkan sebagai sebaik2 manusia. The best man in the world. Suatu pengiktirafan yang tidak pernah Nabi berikan kepada golongan2 yang mendalami ilmu2 selain Al-Quran.
Antara lain adalah hadith yang berbunyi :

“ Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”.

Hadith ini jika diteliti telah mengaitkan suatu kelebihan yang amat besar kepada ibu bapa. Secara logiknya adalah sesuatu yang tidak wajar apabila orang yang tidak ada kena mengena telah mendapat suatu kelebihan yang berpunca dari amalan orang lain. Tetapi inilah dia method yang telah digunakan oleh Nabi s.a.w dalam menceritakan kelebihan yang dijanjikan Allah kepada seorang penghafaz Al-Quran.
Secara tidak langsung, ia juga merupakan tasyji’ dan motivasi daripada Nabi s.a.w yang ditujukan khas kepada ibu bapa. Ini kerana , secara realitinya tidak ramai ibu bapa yang sanggup membenarkan anak2 mereka mendalami bidang tahfiz Al-Quran. Pelbagai alasan diberikan sehingga sampai ke tahap meragui rezeki dan habuan dunia untuk anak2 mereka. Dek kerana sikap sebeginilah Nabi menjanjikan suatu kelebihan dan darjat yang mulia di hari kiamat bagi ibu bapa yang sanggup merelakan anak2 mereka mendalami bidang tersebut.
Hadith ketiga, untuk dikaitkan secara logik dengan kelebihan seorang penghafaz Al-Quran. Perhatikan hadith ini :

“ Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah ( Al-Quran ) maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu digandakan sehingga sepuluh kali ganda. Tidak aku katakan ‘alif lam mim’ itu sebagai satu huruf, bahkan alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf, dan mim adalah satu huruf. ”

Baiklah, hadith ini secara umum menceritakan kelebihan bagi orang yang membaca Al-Quran. Katakan seorang itu membaca surah as-sajdah, maka setiap huruf dari surah itu mendatangkan gandaan sehingga sepuluh kali ganda kepada si pembaca. Sudah pasti ganjarannya banyak dan tidak dapat dihitung. Bayangkan pula jika situasi itu berlaku pada seorang penghafaz Al-Quran. Dia bukan hanya membaca surah as-sajdah sekali atau dua kali, bahkan perlu dibaca sehingga berpuluh2 kali bagi mencukupkan proses hafazan. Maka hitunglah sendiri betapa banyak gandaan yang akan dia dapat secara tidak langsung dalam mengejar proses hafazan tersebut.

Cukup kita bicara tentang kelebihan, kita lihat pula kepada keutamaan.

Apa yang saya maksudkan dengan keutamaan di sini adalah lebih kepada dilema yang dihadapi oleh golongan adik2 yang baru mula menceburi bidang tahfiz Al-Quran. Mengikut pengalaman saya, dapat dirumuskan kepada dua golongan. Pertama, adik2 di peringkat menengah iaitu yang baru berpindah dari sekolah rendah ke alam menengah. Golongan ini biasanya mula mengalih arah ke bidang tahfiz Al-Quran selepas tamat peperiksaan UPSR.

Golongan kedua pula, ialah golongan adik2 yang telah tamat peperiksaan SPM atau STPM dan membuat transformasi bidang ke dunia tahfiz Al-Quran. Contohnya situasi di Darul Quran.

Golongan yang pertama saya lihat agak sukar menentukan keutamaan mereka. Kebiasaannya golongan inilah yang ditentang keras dan dihalang oleh ibu bapa atau saudara mara daripada menceburi bidang tahfiz Al-Quran dengan alasan tiada masa depan, tiada kelulusan dan sebagainya. Situasi ini seringkali saya lihat sepanjang 6 tahun saya menghuni madrasah tahfiz repek. Dilema ini kadangkala berterusan dan akhirnya menyebabkan pelajar tersebut keluar dar madrasah meskipun dia berpotensi dan mempunyai minat yang tinggi.

Golongan kedua, sebagaimana saya contohkan adalah generasi yang memasuki Darul Quran saban tahun. Konfik dan dilema seperti golongan pertama mungkin jarang berlaku pada mereka, tetapi bertukar pula kepada konflik diri sendiri. Ada yang mulanya berminat dan bersemangat, sehingga mendahului senarai calon2 lain yang gagal mendapat tempat untuk masuk ke Darul Quran, namun akhirnya menarik diri dan memasuki institusi2 pengajian yang lain. Tindakan ini saya lihat bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, bahkan secara tidak langsung sebenarnya seolah2 telah menzalimi calon2 lain yang terpaksa ditendang bagi memberi ruang yang terhad kepada mereka.

Dari segi keutamaan, kebiasaannya timbul persoalan2 seperti “hafal quran nanti nak keje ape”, “bidang camni xdapat sijil”, “masuk madrasah tahfiz xde masa depan, baik masuk asrama penuh” dan seumpamanya. Kadang2 inilah realiti yang perlu kita hadapi. Pihak anak tidak ada masalah, pihak ibu bapa pula yang tak faham. Betapa sukarnya memberi faham kepada ibu bapa tentang pentingnya meyakini rezeki dan ketentuan dari Allah.

Pertama :

anak2 yang hafaz Quran waktu usianya masih kecil, mungkin sekitar 12-15 tahun, sebenarnya sangat berpotensi menjadi hafiz yang baik. Ini kerana otak mereka masih suci dan belum diganggu oleh anasir2 lain. Sekiranya dilatih secara bersungguh2, mereka berupaya menamatkan hafazan dalam jangkamasa 1 atau 2 tahun sahaja. Seterusnya al-Quran yang mereka hafaz akan berpotensi membantu mereka mempelajari bidang2 yang lain. Ini telah dibuktikan oleh beberapa hafiz Al-Quran yang akhirnya dengan mudah dapat mempelajari dan menguasai subjek2 seperti matematik, sains dan bahasa Inggeris meskipun awalnya mempunyai basic yang agak lemah.

Kedua :

andaian dan tuduhan mengatakan anak2 yang menghafaz Al-Quran bakal berhadapan dengan masa depan yang gelap adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana tuduhan ini tidak pernah dapat dibuktikan oleh sesiapa. Alhamdulillah, tanggapan sebegini semakin menipis beberapa tahun kebelakangan ini yang akhirya menyaksikan pelbagai pusat tahfiz tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ini juga antara lainnya merupakan kesan daripada kejayaan yang telah ditunjukkan oleh para huffaz hari ini yang membuktikan bahawa mereka mampu sampai ke tahap yang lebih baik berbanding mereka2 yang berada dalam jurusan akademik semata2.

Ketiga :

cuba datangkan kepada saya satu contoh penghafaz Al-Quran yang akhirnya hidup dalam keadaan miskin dan papa kedana lantaran tidak mempunyai pekerjaan? Alangkah malu jika kita melangkah ke negara2 lain seperti Pakistan, India dan sebagainya yang menyaksikan begitu ramai golongan masyarakat daripada penyapu sampah, pemandu lori sehinggalah arkitek dan doktor – merupakan golongan huffaz Al-Quran. Mereka mampu hidup dalam biah Islam yang baik dan rezeki yang mencukupi tanpa pernah dilaporkan pun ada yang kebuluran dan sebagainya. Namun inilah realiti dan mentaliti masyarakat kita yang sekian lama terbelenggu dalam konflik ‘kurang yakin’ dengan agama.

Keempat :

antara harta yang dibenarkan menolong kita apabila kita mati adalah anak yang soleh. Membina anak yang soleh tidak semudah memastikan mereka memperoleh segulung ijazah seterusnya mendapat habuan dunia yang banyak dan hidup senang lenang. Bahkan membina anak soleh perlukan proses bermula dari kecil iaitu pembinaan spiritual, kecintaan yang tinggi kepada agama dan ilmu akhirat yang mencukupi. Justeru, memastikan sekurang2nya seorang dari anak kita menceburi bidang tahfiz al-Quran adalah tiket paling berharga ke arah melahirkan anak soleh yang bakal mendoakan kita apabila telah kembali ke alam barzakh.

Saya teringat, suatu masa dahulu di awal2 saya menceburi bidang tahfiz Al-Quran, keluhan2 dan kritikan2 negatif dari ibu bapa yang bimbang dan tidak yakin dengan masa depan anak2 masing2 terlalu kerap kedengaran. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini masyarakat mula membuka mata dan minda untuk menerima bidang tahfiz Al-Quran bagi anak2 mereka sebagai satu bidang yang bukan sahaja memberi kebaikan di dunia bahkan berpanjangan sehingga akhirat.

Sekiranya anda mempunyai konflik2 atau dilema seperti yang saya bincangkan di atas, silalah merujuk dan dapatkan pandangan serta nasihat dari mereka yang arif atau ahli dalam bidang tahfiz Al-Quran. Kadang2 pandangan dan pendapat dari mereka2 yang telah lama berkecimpung dalam dunia tahfiz Al-Quran mampu membantu kita untuk sedikit sebanyak mendapatkan kekuatan dan motivasi untuk meneruskan perjuangan kita dalam bidang hafazan Al-Quran. Siapa tahu, kita adalah salah seorang daripada pilihan Allah untuk menjadi Hafiz atau Hafizah Al-Quran. Insya-Allah ..

sumber : MyILHAM

Thursday, 22 November 2012

Teknik Menghafal Dan Muraja'ah Al-Quran

Bagi para penghafal Al Quran yang pemula, menambah hafalan mempunyai kesulitan tersendiri. Tetapi seiring dengan waktu kesulitan ini akan terlampaui. Ketika itu kesulitan lain timbul yaitu mengulang hafalan (murajaah). Pada saat hafalan makin bertambah banyak, murajaah juga semakin berat.

Untuk surat-surat yang agak panjang (50 ayat) dan yang panjang (diatas 100 ayat), biasanya kita sangat hafal separuh awal dari surat tersebut. Untuk separuh terakhir sulit bagi kita untuk mengingatnya. Ini akan ditandai dengan “macet” ketika saat memurajaah. Mengapa hal ini terjadi? Hal ini disebabkan kita selalu menghafal/murajaah dari awal surat (ayat 1). Ketika selesai menghafalkan sebuah surat, ayat-ayat awal itulah yang lebih sering dilafadzkan dibandingkan dengan ayat-ayat yang akhir. Sehingga otak kita lebih hafal ayat-ayat awal. Itulah sebabnya kita sangat hafal ayat-ayat awal surat dan sering lupa pada ayat-ayat akhir surat.

Kesulitan kedua adalah ketika kita „macet“ sulit bagi kita untuk mengetahui ayat selanjutnya. Ayat-ayat setelah „ayat macet“ menjadi gelap. Ini dikarenakan kita menghafal secara sekuensial/berurutan, sehingga satu ayat selalu diingat setelah ayat sebelumnya. Sehingga kalau ayat “sebelumnya” macet maka ayat selanjutnya menjadi hilang juga. Dalm hal ini tidak ada cara lain untuk mengingatnya selain membuka mushaf Al Qur’an.
Lalu bagaimana cara efektif untuk menanggulangi masalah tersebut?
Kuncinya adalah ketika proses menghafal sebuah surat dilakukan. Hafalkan surat dengan cara memotongnya menjadi 10 ayat 10 ayat. Di dalam tiap sepuluh ayat potong-potong lagi menjadi 5 ayat-5 ayat.
Misalnya kita menghafal surat An Naba yang didalamnya ada 40 ayat. Caranya adalah sebagai berikut :
  1. Hafalkan ayat 1 sampai lancar. Lakukan sampai ayat 5.
  2. Kemudian hafalkan secara berurut ayat 1 sampai dengan ayat 5. Ikatlah ayat 1 sampai ayat 5 dengan mengulang-ulangnya bersama-sama sampai lancar. Gerak-gerakkan jari-jari tangan anda sesuai dengan ayat yang sedang di hafal. Bila menghafal ayat 1 gerakkan ibu jari, ayat 2 gerakkan jari telunjuk, ayat 3 gerakkan jari tengah, ayat 4 gerakkan jari manis dan ayat 5 gerakkan jari kelingking.
  3. Kemudian hafalkan ayat 6 sampai 10 sambil menggerak-gerakkan jari-jari tangan kiri sama seperti yang dilakukan oleh tangan kanan. Ulang-ulang ayat 6 sampai 10 sampai lancar. Kegiatan ini mengikat ayat 6 sampai dengan ayat 10
  4. Sekarang mengulang menghafal ayat 1 sampai 10 dengan sambil menggerak-gerakkan jari sesuai dengan nomor ayat yang dilafazkan. Lakukan sampai lancar. Hal ini mengikat ayat 1 sampai 10.
  5. Lakukan langkah diatas untuk ayat 11-20, ayat 21-30 dan ayat 31-40.
  6. Terakhir gabungkan semua ayat (ayat 1 sampai 40) dalam surat tsb. Ulang-ulang sampai lancar
Kemudian bagaimana anda murajaah sebuah surat bila kita telah menghafal secara konvensional? Bila surat tersebut ayat-ayatnya pendek maka kelompokkan menjadi 10 ayat-10 ayat. Hafalkan per 10 ayat. Bila suratnya berayat yang panjang-panjang seperti Al Baqarah, Ali Imran, An Nisaa dll, maka pecah 10 ayat menjadi 5 ayat-ayat.
Manfaat dari menghafal dengan sistem potongan ini adalah:
  1. Ketika murajaah kita tidak selalu harus memulai dari awal surat – ayat1- sehingga untuk surat yang panjang murajaah dapat dilakukan sepotong-sepotong di dalam shalat kita. Misalnya: untuk setiap rakaat shalat kita membaca 10 ayat. Maka ketika shubuh kita sudah dapat murajaah sampai 40 ayat (sunnat shubuh 2 rakaat dan shubuh 2 rakaat). Ini cukup bagus untuk surat An Naba yang 40 ayat. Atau untuk surat yang panjang seperti Al Baqarah, bila dilakukan 10 ayat untuk setiap rakaat shalat, maka selesai shalat isya kita sudah murajaah 100 ayat! Bila ditambah dengan shalat2 sunnah rawatib maka kita bisa murajaah 200 ayat dalam sehari. Dan bila ditambahkan dengan shalat dhuha dan tahajjud kita bisa mnyelesaikan 286 ayat Al Baqarah dalam shalat yang dilakukan sehari semalam!
  2. Kita tidak merasa susah murajaah karena seakan-akan kita sedang menghafal surat-surat yang pendek saja. Secara psikologis kita merasa lebih ringan. Dan di dalam memurajaah surat yang panjang kita mempunyai
  3. Menguatkan secara merata ayat-ayat di seluruh surat. Bukan hanya ayat-ayat awal surat saja. Ketika memurajaah surat-surat yang panjang dan kemudian terputus oleh kondisi eksternal – tamu datang, telfon berdering, anak menangis, masakan gosong dll- kita masih tetap bisa melanjutkan ayat selanjutnya setelah kondisi eksternal tertangani. Tanpa harus mengulangi dari awal surat. Dengan metoda menghafal konvensional maka kita kita harus selalu mengulangi mulai dari awal surat lagi. Kondisi-kondisi seperti ini akan menguatkan hafalan ayat-ayat awal dan menurunkan kualitas hafalan ayat-ayat akhir.
  4. Hafal nomot ayat tanpa kita sadari. Ini adalah bonus yang sangat bermanfaat untuk kita
  5. Mengatasi kasus „ayat macet“. Bila macet di satu ayat biasanya akan berhenti memurajaah surat tersebut karena ayat-ayat yang selanjutnya sangat bergantung pada ayat yang macet/lupa. Tetapi dengan sistem ‚potong surat’ ini kita masih tetap bisa terus memurajaah ayat-ayat setelah ayat macet ini. Mengapa ? Karena dalam menghafal sistem ini setiap ayat independen diletakkan dalam memori otak kita. Sebuah ayat tidak hanya dikaitkan dengan ayat yang sebelumnya –seperti dalam sistem menghafal konvensional- tapi juga dikaitkan dengan nomornya (yang diingat secara tidak sadar dengan menggerak-gerakkan jari tangan ketika menghafal). Ketika memori yang terkait dengan ayat sebelum terlupakan maka ada „ pengait“ yang lain yaitu nomor surat. Percaya atau tidak? Anda tinggal mencoba sistem ini dan merasakan hasilnya!
Melakukan metoda ini tak sesulit membaca baris-baris di atas. Bila anda melakukannya ini adalah hal yang sangat simpel. Metoda ini menjadikan kita santai dan tidak stres dalam memurajaah. Karena kita mempunyai „petunjuk/milestones“ dalam surat-surat hafalan kita yaitu ayat 1, 11, 21, 31, 41 dst. Kita akan memurajaah „ayat-ayat pendek“, yaitu 10 ayat saja. Cobalah anda praktekkan dan anda akan terkejut dengan hasilnya.
Selamat bermurajaah!
dipetik dari : Kultum

Wednesday, 21 November 2012

First Come First Serve

Terdapat satu hadis sahih di mana Rasulullah saw menjelaskan tentang segolongan umatnya yang akan masuk ke syurga tanpa hisab. Peluang ini diambil oleh seorang sahabat agar Rasulullah saw berdoa semoga dia termasuk dalam golongan tersebut. Lalu Rasulullah saw mendoakan untuknya. Sungguh bertuah sahabat ini. Hadis tersebut diriwayatkan dari Abu Hurairah dia berkata  "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
 'Di antara umatku nanti terdapat 70,000 orang akan masuk Surga tanpa hisab. Wajah mereka bersinar sebagaimana bulan purnama'." 

Abu Hurairah berkata, "Kemudian Ukasyah bin Mihshan al-Asadi berdiri sambil mengangkat nimarah lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, doakanlah aku kepada Allah agar aku termasuk dalam kelompok itu.'

Rasulullah bersabda, 'Ya Allah masukkanlah Ukasyah ke dalam rombongan itu!'

Kemudian seorang sahabat dari golongan Ansar berkata, 'Ya Rasulullah, doakan pula aku agar termasuk ke dalam rombongan itu.' Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Ukasyah telah mendahuluimu'." ( Imam al-Bukhari dan Muslim) 


Pengajaran :

1. Kita hendaklah berusaha agar termasuk dalam golongan yang bertuah ini dengan
    mengesakan Allah dan menjauhi sebarang syirik sebagaimana dijelaskan dalam hadis
    Nabi saw yang lain.

2. Sahabat bijak mengambil peluang untuk mendapatkan kebaikan.

3. Diharuskan meminta kepada orang soleh mendoakan untuk kita agar mendapat kebaikan.

4. Keyakinan para sahabat dengan kehidupan akhirat.

Dipotong Tangan Kerana Sedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. 

Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Friday, 9 November 2012

Kisah Ka'ab Bin Malik (The Honest)



Suatu hari, Rasulullah SAW dan para sahabat berada dalam perang Tabuk. Ka'ab bin Malik tidak pernah ketinggalan mana-mana peperangan kecuali perang Tabuk itu. Sebelum Rasulullah SAW dan para sahabat berangkat, mereka sudah siap sedia dengan kelengkapan-kelengkapan perang tetapi Ka'ab bin Malik bertangguh dahulu sehinggalah mereka berangkat menuju ke medan perang. Ka'ab fikirkan bahawa dia sempat untuk membeli dan menyediakan kelengkapan perang tersebut.

Setelah Rasulullah dan para sahabat berangkat, Ka'ab masih lagi tidak mengikuti. Jumlah muslimin yang menyertai peperangan tersebut terlalu ramai sehinggakan Ka'ab sangkakan bahawa Rasulullah sudah melupainya. Jadi, dia mengambil keputusan untuk tidak meyertai sedangkan dia tahu bahawa yang tinggal di Madinah hanyalah orang munafik dan orang yang tidak kuat untuk berperang. Di sana, Rasulullah SAW bertanya, "Di manakah Ka'ab bin Malik?". Seorang dari Bani Salamah berkata, "Mungkin kerana keangkuhan dan kekayaan yang dimilikinya menyebabkan dia tidak mahu meyertai kita." Kemudian Mu'adz bin Jabal menafikan, "Celaka engkau! Kita tidak pernah menganggap Ka'ab demikian."

Apabila Rasulullah pulang, lebih kurang 80 orang pergi berjumpa Rasulullah menyatakan alasan-alasan mereka bagi mengelak daripada hukuman. Dengan sikap mulia Rasulullah, baginda SAW memaafkan mereka dan meminta doa agar Allah mengampuni mereka. Tetapi, Ka'ab bin Malik dan 2 orang lagi iaitu, Hilal bin Umayyah dan Murarah ibnu Al-Rabi' tidak menyatakan alasan dan mengaku kesalahan. Rasulullah SAW marah dan berkata kepada mereka, "Tunggulah nanti keputusan Allah."

Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat dan semua penduduk madinah agar memulau mereka bertiga selama 40 hari. Kehidupan mereka kini begitu sepi dan dunia telah menjadi sempit bagi mereka. Mereka berasa amat sedih dan menyesal. Tiap2 hari mereka menangis memohon ampun dan taubat. Sehinggalah hari ke-40, Rasulullah mengarahkan pembantunya agar memberitahu kepada mereka agar menjauhkan diri daripada isteri-isteri mereka. Kedukacitaan mereka bertambah-tambah. Mereka dipulau sehinggalah tiba hari yang ke-50 pada waktu Subuh, turunlah perintah Allah supaya membebaskan mereka.




Mereka pun gembira. Rasulullah dan para sahabat melayan mereka seperti biasa.

4.Jenayah Hirabah

Hirabah ialah rompakan bersenjata atau tindakan ganas yang dilakukan di jalan-jalan awam dengan menceroboh para penggunanya, mengancam keselamatan mereka dan merampas harta benda mereka. Ini merupakan sejenis jenayah yang sangat serius dan marabahaya. Justeru, hukuman yang paling keras mesti dikenakan ke atas pelakunya untuk menjamin keamanan di jalan-jalan awam dan memelihara keselamatan para penggunanya.

Hukuman Ke Atas Penjenayah Hirabah
Hukuman hudud yang ditetapkan dalam syari'at Islam ke atas pelaku jenayah hirabah dinyatakan di dalam Al-Quran pada surah Al-Ma'idah ayat 33 :

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
Ayat di atas menerangkan hukuman-hukuman berbeza yang ditetapkan ke atas penjenayah hirabah menurut perbezaan cara-cara jenayah yg dilakukan:

  • Jika perompak membunuh orang maka dia dibunuh balas.
  • Jika dia hanya merampas harta dan tidak membunuh maka dipotong tangan dan kakinya. Hukuman ini lebih keras daripada hukuman curi kerana jenayah hirabah lebih kejam dan lebih membahayakan kehidupan mangsanya.
  • Jika perompak membunuh pengguna jalan di samping merampas harta bendanya maka dia dibunuh balas serta disula. Tujuan disula setelah dibunuh adalah untuk menakutkan dan mencegah perbuatan yang sama dilakukan oleh orang-orang lain. Perompak itu sendiri yang telah dibunuh tentu tidak boleh mengambil apa-apa pengajaran daripada hukuman sula ini kerana dia telah mati.
  • Jika penjenayah hanya menakut-nakutkan orang, maka dia hanya dibuang negeri atau daerah; sebab semata-mata ugutan tidak meninggalka sebarang kesan material terhadap sasaran jenayah. Maka pemencilnya dari tempat asalnya dikira memadai. Begitupun makhamah boleh menambahkan hukuman ta'zir ke atas penjenayah sebegini jika didapati perlu.


Sunday, 4 November 2012

Syarat-syarat Untuk Mensabitkan Jenayah Curi

Pertama : Pencuri mengeluarkan harta mangsanya secara senyap atau secara diam-diam daripada tempat simpanannya, lalu memasukkannya kedalam miliknya. Jika pemilik barang itu cuai daripada menjaga harta kepunyannya seperti meletakkan di tempat awam, lalu ia diambil oleh seseorang, maka tangan orang yang mengambilnya tidaklah dipotong.

Kedua : Barang yang dicuri merupakan harta yang terhormat serta ada nilai materialnya di sisi syara'. Jika seseorang mencuri arak misalnya, maka dia tidak dikenakan hukuman hudud kerana arak tidak mempunyai nilai material dalam pandangan syara'.

Ketiga : Barang yang dicuri bukan milik orang yang mencuri itu sendiri. Jika seseorang mencuri balik hartanya yang telah dirampas oleh orang tertentu, atau mencuri barang yang tiada pemiliknya, atau mencuri harta seseorang yang berhutang kepadanya tetapi enggan membayar balik hutang itu, maka dalam situasi-situasi sedemikian pencuri tidak dikenakan hukuman hudud.

Keempat : Pencuri hendaklah tahu bahawa dia melakukan jenayah curi, yakni ada niat mencuri ketika melakukan perbuatanitu. Jika seseorang mengambil barang kepunyaan orang lain dengan tujuan meminjamnya, atau mengambil sesuatu benda dengan sangkaan ianya harus, atau sesuatu daripada rakannya dengan andaian bahawa rakan itu merelainya, maka dalam situasi-situasi begini hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kerana ketiadaan niat untuk melakukan jenayah curi. Mungkin hukuman ta'zir boleh dikenakan dalam keadaan demikian sekiranya didapati ada kewajarannya.

Sunday, 28 October 2012

3.Jenayah Curi

Muqaddimah
Perbuatan mencuri adalah salah satu jenayah besar yang diharamkan oleh syari'at Islam. Memenuhi keinginan diri sendiri untuk memperoleh harta dengan cara yang menyakitkan orang lain adalah satu perbuatan keji yang tidak harus diremehkan. Jenayah ini tidak mungkin dirawat dengan hukuman-hukuman yang ringan kerana ia tidak akan dapat mencegah pencuri daipada mengulangi perbuatan jahatnya itu di samping tidak mampu menghalang orang lain daripada melakukan tindakan yang sama. Hanya hukuman yang keras sahaja seperti memotong tangan pencuri mampu menghalang seseorang daripada melakukan jenayah ini, seterusnya berusaha mendapatkan harta menerusi jalan halal memandangkan jalan yang haram akan mengakibatkan tangannya menjadi kudung.

Hukuman Ke Atas Pencuri
Maka untuk mencegah jenayah yang serius ini, perundangan Islam menetapkan hukuman memotong tangan pencuri tanpa belas kasihan setelah kesalahannya disabitkan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ma'idah:38


Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Walaupun hukuman ini kelihatan keras, namun jenayah curi yang diiringi dengan ancaman terhadap keamanan awam dan pencabulan ke atas hak-hak orang ramai sebenarnya adalah lebih kejam dan ganas. Seseorang yang tergamak mengambil harta orang lain ketika kelekaan mereka untuk memuaskan dirinya yang kemaruk harta tidak berhak mendapat simpati dan kasihan belas dari sesiapa pun. Sebaliknya orang yang menjadi mangsa curi yang memerlukan simpati dan belas kasihan. Maka hukuman keras yang ditetapkan dalam syari'at Islam inilah yang mampu mengurangkan kes-kes kecurian dalam masyarakat Islam pada zaman dahulu ketika mana hukuman Hudud dikuatkuasakan.

Saturday, 27 October 2012

2.Jenayah Qazaf

Qazaf adalah tuduhan yang dibuat oleh seseorang terhadap orang tertentu yang berkaitan dengan nasabnya(keturunannya yang dikatakan tidak sah), akhlak atau kelakuannya, dengan tujuan hendak menghinanya dan merosakkan nama baiknya. Tuduhan ini didorong oleh perasaan hasad dengki yang bersarang dalam hati penuduh terhadap tertuduh.

Segala jenis qazaf adalah haram hukumnya dan pelakunya dikenakan hukum hudud atau ta'zir jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun, tuntutan supaya pesalah qazaf dihukum hanya boleh dikemukakan oleh mangsa sendiri kerana jenayah berkenaan hanya menimpa dirinya seorang sahaja. Jika mangsa tidak mahu mengemukakan dakwaannya, tiada siapa pun yang berhak menggantikannya.

Hanya qazaf dalam kes zina dan kes penafian nasab sahaja yang dikenakan hukuman hudud. Jenis-jenis qazaf yang lain hanya dikenakan hukuman ta'zir yang diserahkan kepada pihak makhamah untuk menentukan kadar dan caranya.

Hukuman Qazaf
Jika seseorang penuduh qazaf didapati gagal membuktikan kesahihan tuduhannya(dengan mengemukakan 2 orang saksi atau qarinah yang meyakinkan) maka ketika itu dia dihukum dengan 2 cara hukuman berikut :
  1. 80 kali sebatan.
  2. Tidak akan diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana perbuatan menuduh orang lain tetapi tidak dapat membuktikan kesahihan tuduhannya itu adalah dianggap sebagai qarinah atau tanda pembohongannya. Maka, seorang pembohong tidak boleh diterima penyaksiannya.
Dalil bagi hukuman qazaf adalah dalam firman Allah SWT, Surah An-Nur ayat 4 :


Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -
Jenayah Qazaf disabitkan dengan penyaksian 2 orang saksi yang adil atau dengan pengakuan pesalah sendiri. Hukuman ini gugur dengan para saksi menarik balik penyaksian mereka, atau dengan terbatalnya keahlian para saksi kerana sebab-sebab tertentu.