Saturday 21 January 2012

Pesanan Rasulullah Kepada Seorang Pemuda.

Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:

Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab: “Janganlah engkau menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.” Rasulullah menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.”

Lelaki itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah, tambah lagiselain itu.” Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta kembali, “Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab, “Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.

(HR Imam Ibnu Majah)
Sumber : Facebook

Kesyahidan Mus'ab Bin Umair

Mus'ab bin 'Umair r. anhu telah membesar dengan penuh belaian cinta dan kasih sayang oleh ibu-bapanya yang serba mewah.Sebelum beliau memeluk islam ,beliau hidup dilingkungi kesenangan dan kemewahan yang melimpah-ruah.Beliaulah seorang pemuda yang paling kemas pakaiannya di kota Mekah.Ibu-bapanya membelikan pakaian yang mahal berharga dua ratus dirham.tanpa pengetahuan ibu-bapanya,beliau telah memeluk agama islam.

Apabila ibu-bapanya mengetahui bahawa beliau telah memeluk agama islam,mereka telah mengikatnya dan memaksanya tinggal dirumah.Apabila peluang terbuka ,beliau telah berjaya melepaskan diri lalu berhirah pula ke Madinah..Dahulu beliau hidup dilimpahi kemewahan dan sekarang hidupnya sederhana dan berpada pada dengan apa yang ada.

Satu ketika Rasullullah saw sedang duduk,melintaslah Mus'ab r.anhu memakai sehelai kain yang bertampung tampung untuk menutupi badannya.Salah satu tampalan itu daripada kulit.Dengan aliran air mata Rasullullah saw menceritakan betapa Mus'ab dahulu hudup dalam kemewahan sebelum memeluk islam.Beliaulah yang memegang panji-panji islam ketika peperangan Uhud.Ketika orang-orang islam pecah berkecamuk akibat kekalahan di Uhud,beliau tetap memegang bendera, terus bertahan di tempatnya tanpa berganjak.Seorang musuh datang dan menyerangnya lalu memutuskan tangannya dengan pedang agar bendera tersebut jatuh dan sempurnalah kekalahan bagi orang islam,segera beliau menyambar bendera tersebut dengan tangannya satu lagi,sekali lagi musuh telah menetak tangannya yang berdarah itu,beliau merapatkan bendera tersebut ke dadanya.Akhirnya musuh telah memanah menembusi badannya,maka gugurlah beliau bersama-sama bendera tersebut yang tetap dipegangnya semasa beliau masih hidup.

Seorang islam lain telah berlari mendapatkan bendera tersebut.Ketika jenazahnya akan dikebumikan cuma sehelai kain sahaja yang melekat di badannya,itupun sangat pendek jika hendak dibandingkan dengan badannya.Apabila ditarik untuk menutupi kakinya,kepala akan terdedah.Lalu baginda pun bersabda: " Tutuplah kepalanya dengan kain dan kakinya dengan daun Azkhar".

Begitulah berakhirnya seorang pemuda yang telah dibesarkan dengan belaian dan harta benda yang serba serbi mewah.Seorang yang berpakian dua ratus dirham,syahid dalam keadaaan tidak mencukupi pakaian untuk menutupi jasadnya.lihat lah betapa gigih beliau mempertahankan panji-panji islam dan tidak membiarkan jatuh sewaktu beliau masih bernyawa...

sumber : [ http://sarjanpahang-sarjan.blogspot.com ]

Friday 20 January 2012

Macam Mana nak Sembang guna Shoutbox ?

ok. cara dia tengok gambar2 di bawah ni,, hehe,,
1. Tekan button PLUS (+) .
2. Tulis username dan password anda.
3. Tekan "Register this username"
4. Habis,..
 ok.. Lepas ni kalau nak chat, guna la account anda itu.. Guna step 1 dan 2, Step ke 3, tekan Login. =D





...Tekan kat gambar untuk VIEW yang lebih jelas....

Geng Tak Mo Solat