Saturday, 27 October 2012

2.Jenayah Qazaf

Qazaf adalah tuduhan yang dibuat oleh seseorang terhadap orang tertentu yang berkaitan dengan nasabnya(keturunannya yang dikatakan tidak sah), akhlak atau kelakuannya, dengan tujuan hendak menghinanya dan merosakkan nama baiknya. Tuduhan ini didorong oleh perasaan hasad dengki yang bersarang dalam hati penuduh terhadap tertuduh.

Segala jenis qazaf adalah haram hukumnya dan pelakunya dikenakan hukum hudud atau ta'zir jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun, tuntutan supaya pesalah qazaf dihukum hanya boleh dikemukakan oleh mangsa sendiri kerana jenayah berkenaan hanya menimpa dirinya seorang sahaja. Jika mangsa tidak mahu mengemukakan dakwaannya, tiada siapa pun yang berhak menggantikannya.

Hanya qazaf dalam kes zina dan kes penafian nasab sahaja yang dikenakan hukuman hudud. Jenis-jenis qazaf yang lain hanya dikenakan hukuman ta'zir yang diserahkan kepada pihak makhamah untuk menentukan kadar dan caranya.

Hukuman Qazaf
Jika seseorang penuduh qazaf didapati gagal membuktikan kesahihan tuduhannya(dengan mengemukakan 2 orang saksi atau qarinah yang meyakinkan) maka ketika itu dia dihukum dengan 2 cara hukuman berikut :
  1. 80 kali sebatan.
  2. Tidak akan diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana perbuatan menuduh orang lain tetapi tidak dapat membuktikan kesahihan tuduhannya itu adalah dianggap sebagai qarinah atau tanda pembohongannya. Maka, seorang pembohong tidak boleh diterima penyaksiannya.
Dalil bagi hukuman qazaf adalah dalam firman Allah SWT, Surah An-Nur ayat 4 :


Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -
Jenayah Qazaf disabitkan dengan penyaksian 2 orang saksi yang adil atau dengan pengakuan pesalah sendiri. Hukuman ini gugur dengan para saksi menarik balik penyaksian mereka, atau dengan terbatalnya keahlian para saksi kerana sebab-sebab tertentu.

Qasidah : Ya Hanana (Betapa Beruntungnya Kami)

Bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memupuk cinta kepada kekasih-NYA.

VIDEO QASIDAH YA HANANA



LIRIK QASIDAH YA HANANA




Istiqomah

Mufti Zimbabwe, Ismail Menk
"The best of deeds are those carried out regularly even if they are little deeds. " Hadith
Never underestimate the reward of punctuality upon a small deed that is very easy to fulfill or achieve. Regularity or punctuality upon little deeds, is much more rewarding than huge deeds that are not fulfilled except haphazardly.Do not be from those who have a tendency to start off something really good, but give up after a while. Be strong and keep going.

May the Almighty strengthen our resolve to be regular in fulfilling our good deeds even if they are little. Aameen

*underestimate : memandang rendah
*deeds : amal kebaikan
*tendency : kecenderungan
*start off : memulakan
*give up : putus-asa
*haphazardly : berdisiplin/istoqomah

Pengguguran Hukuman Zina

Hukuman Zina digugurkan dalam situasi-situasi berikut :

  • Jika salah seorang saksi mengubah atau menarik balik penyaksiannya, atau jika terdapat sesuatu yang menyebabkan terbatalnya keahlian seorang saksi.
  • Pengaku jenayah zina menarik balik pengakuannya walaupun selepas hukuman dijatuhkan.
  • Penzina lelaki menikahi pasangan zinanya. Ini hanya pendapat Imam Abu Yusuf dalam Mazhab Hanafi seorang sahaja dan tiada ahli fiqah lain yang dilaporkan bersetuju dengan beliau dalam masalah ini.

Pensabitan Jenayah Zina

Jenayah Zina disabitkan dengan salah satu daripada 3 cara tersebut.
  1. Penyaksian 4 orang saksi lelaki yang 'akil baligh dan 'adil (mempunyai integriti peribadi). Disyaratkan juga bahawa setiap saksi melihat perbuatan itu secara jelas tanpa sebarang kesamaran. Jika tidak mereka dikenakan hukuman Qazaf iaitu 80 kali sebatan.
  2. Pengakuan penzina sendiri dengan mengulang-ulangkannya sekurang-kurangnya 4 kali. Disyaratkan pula dia membuat pengakuan tersebut dalam keadaan sedar dan siuman tanpa paksaan. Hukuman hudud tidak dilaksanakan ke atas pengaku jika dia menarik balik pengakuannya.
  3. Qarinah atau bukti (evidence) yang meyakinkan seperti gadis yang didapati hamil atau seperti seorang perempuan yang bersuamikan kanak-kanak yang belum baligh didapati mengandung, atau seperti seorang perempuan melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam masa tidak sampai 6 bulan daripada tarikh nikahnya (perempuan berkenaan).
NOTA : Secara peribadi penulis buku ini berpendapat(bukan penulis blog ni), bahawa D.N.A. (deoxyribonucleic acid) boleh dijadikan sebagai salah satu bahan bukti, di samping bukti-bukti lain, untuk mensabitkan jenayah zina dan jenayah -jenayah lain dengan syarat ia digunakan dengan cara betul atau tidak disalahgunakan. D.N.A. yang di ambil daripada tubuh seseorang boleh diguna pakai selama mana ia diperlukan. Pandangan ini didasarkan kepada pengesahan pakar bahawa D.N.A. denosaurs zaman Jurassic(200-135 juta tahun dahulu) masih boleh dianalisis pada zaman kini.

1.Jenayah Zina

Daripada sudut pandang Islam, zina bukan sahaja sejenis jenayah agama, tetapi ia juga merupakan satu jenayah sosial yang besar kerana menceroboh hak masyarakat(nilai-nilai sakral mereka) dan memudaratkan para anggotanya. Lantaran ini Islam mengenakan hukuman yang berat dan keras ke atas penzina untuk mencegah orang daripada terdorong kepada keinginan nafsu syahwat dan naluri seksual tanpa kawalan.

Sebenarnya dalam mencegah jenayah zina, Islam tidak hanya bergantung kepada hukuman, tetapi lebih bergantung kepada pendidikan akhlak dan budi pekerti mulia. Memang diakui bahawa naluri seksual adalah tabi'ie atau semula jadi pada seseorang manusia yang normal. Tetapi seseorang mestilah menyahut tuntutan naluri ini dengan cara yang betul dan tidak menyebabkan kemudaratan dan kesusahan kepada mana-mana anggota masyarakat. Justeru perkahwinan adalah sebaik-baik jalan untuk memenuhi tuntuan naluri ini.

Hukuman Ke Atas Penzina
Ada 3 hukuman yang dikenakan ke atas pesalah zina menurut syariat Islam iaitu :

1) Disebat 100 kali sebatan. Hukuman ini dikenakan ke atas pesalah zina yang belum berkahwin. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 2 :


Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

2) Buang negeri / daerah sebagai penyempurnaan kepada hukuman sebat. Tujuannya adalah supaya masyarakat melupai kejadian berkenaan dengan ketiadaan pelakunya di samping menjauhkan daripada sentiasa dipandang hina oleh orang ramai.

3) Direjam dengan batu sehingga mati. Ini ialah hukuman yang ditetapkan menerusi Sunnah Rasulullah SAW ke atas penzina yang muhsan yakni orang yang telah berkahwin secara sah menurut syariat Islam.

*pensabitan jenayah zina akan bersambung kemudian..

Cahaya di Wajah Rasulullah SAW

SELAWAT
Telah diriwayatkan dari Siti Aishah rha. bahwa ia telah berkata : "Ketika aku sedang menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah SAW. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Ya Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah SAW: "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap shalawat ke atasku."

BERDOA
Berkata Al-Barra' ra. bahwa Nabi SAW. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) dari langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan shalawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad. "

At least 1


Thursday, 25 October 2012

Pesanan Big Boss...


Syukur dan Sabar.


Jom Amalkan.


Klasifikasi Jenayah Dalam Islam


1. Jenayah HUDUD - Suatu perbuatan jenayah yang pelakunya dihukum dengan mana-mana hukuman yang ditetapkan carnya dan kadarnya oleh syara' sendiri menurut nas-nas Al-Quran dan Hadis. Oleh itu, ia tidak boleh dimaafkan, diubah, ditukar ganti, diringankan atau diberatkan oleh hakim atau sesiapa sahaja kerana ia merupakan sebahagian daripada hak Allah SWT.

Jenayah-jenayah hudud yang disepakati oleh para ulama' meliputi :

1)Zina
2)Qazaf (menuduh orang melakukan zina tanpa mengemukakan 4 orang saksi)
3)Minum Khamar iaitu setiap minuman yang memabukkan
4)Curi
5)Hirabah atau rompakan bersenjata dan
6)Riddah (murtad).


2. Jenayah Qisas - Jenayah bahagian ini meliputi perbuatan membunuh dan perbuatan yang membawa kepada kecederaan.

3. Ta'zir - Ini meliputi perbuatan-perbuatan jenayah lain yang tidak merangkumi jenayah hudud dan qisas. Jenayah Ta'zir tidak ditetapkan hukumannya di dalam Al-Quran dan Sunnah, sebaliknya diserahkan kepada budi bicara pihak makhamah bagi memutuskan hukuman yang difikirkan munasabah ke atas penjenayah dengan mengambil kira saiz jenayah yang dilakukan dan juga berdasarkan kepada kepentingan umum.

[Dipetik daripada buku kecil mengenai Hukum Hudud]






Wednesday, 24 October 2012

Mengubati Marah

Daripada Sulaiman Surad,katanya:"Pada suatu hari aku duduk bersama Nabi SAW.Dua orang lelaki sedang bergaduh (maki-memaki) antara satu sama lain.Seorang daripadanya merah muka dan tegang pula urat lehernya.Lalu Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya aku tahu satu perkataan jika dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca) 'Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam',hilanglah marahnya.Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda:"Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ta'awuz - A'uzubillahi minash syaithoonirrajim

Adab Menuntut Ilmu


1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain2 niat melainkan hanya kerana Allah SWT. 

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah
SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie :

"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

3.Banyak Sabar

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari

Kata Abu Hurairah ra:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjahui dari makan banyak

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."

Wallahua'lam

Kisah Amar r.a. & Susu

Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira mengena
i syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan agama.


Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini didirikan dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia menentang musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."



Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"
Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur. Pada masa itu dia telah pun berusia sembilan puluh empat tahun....

DOA + USAHA