Segala jenis qazaf adalah haram hukumnya dan pelakunya dikenakan hukum hudud atau ta'zir jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun, tuntutan supaya pesalah qazaf dihukum hanya boleh dikemukakan oleh mangsa sendiri kerana jenayah berkenaan hanya menimpa dirinya seorang sahaja. Jika mangsa tidak mahu mengemukakan dakwaannya, tiada siapa pun yang berhak menggantikannya.
Hanya qazaf dalam kes zina dan kes penafian nasab sahaja yang dikenakan hukuman hudud. Jenis-jenis qazaf yang lain hanya dikenakan hukuman ta'zir yang diserahkan kepada pihak makhamah untuk menentukan kadar dan caranya.
Hukuman Qazaf
Jika seseorang penuduh qazaf didapati gagal membuktikan kesahihan tuduhannya(dengan mengemukakan 2 orang saksi atau qarinah yang meyakinkan) maka ketika itu dia dihukum dengan 2 cara hukuman berikut :
- 80 kali sebatan.
- Tidak akan diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana perbuatan menuduh orang lain tetapi tidak dapat membuktikan kesahihan tuduhannya itu adalah dianggap sebagai qarinah atau tanda pembohongannya. Maka, seorang pembohong tidak boleh diterima penyaksiannya.
Dalil bagi hukuman qazaf adalah dalam firman Allah SWT, Surah An-Nur ayat 4 :
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -Jenayah Qazaf disabitkan dengan penyaksian 2 orang saksi yang adil atau dengan pengakuan pesalah sendiri. Hukuman ini gugur dengan para saksi menarik balik penyaksian mereka, atau dengan terbatalnya keahlian para saksi kerana sebab-sebab tertentu.
No comments:
Post a Comment