Tuesday, 24 January 2012

12 Nama Al-Quran

Al-Quran merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.
Terdapat lebih daripada 10 nama Al-Quran dirakamkan oleh Allah dalam kitabNya. Nama-nama itu menepati ciri-ciri dan kriteria Al-Quran itu sendiri.
1. Al-Kitab (Kitab)
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.
Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, (menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah: 2)
2. Al-Hudaa (Petunjuk)
Allah SWT telah menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah petunjuk. Dalam satu ayat Allah menyatakan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia (2:185) dan dalam satu ayat yang lain Allah nyatakan ia sebagai petunjuk bagi orang-orang betaqwa. (3:138 )
Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) … (al-Baqarah: 185)
3. Al-Furqan (Pembeda)
Allah SWT memberi nama lain bagi Al-Quran dengan Al-Furqan beerti Al-Quran sebagai pembeda antara yang haq dan yang batil. Mengenali Al-Quran maka kesannya sewajarnya dapat mengenal Al-Haq dan dapat membedakannya dengan kebatilan.
Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad) … (al-Furqan: 1)
4. Ar-Rahmah (Rahmat)
Allah menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana dengan Al-Quran ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Quran ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut.
Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar serta rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian. (al-Isra: 82)
5. An-Nuur (Cahaya)
Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Quran menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesame manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Dengan kitab itulah Allah member petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari kegelapaan kepada cahaya dengan izinNya dan menunjukkan ke jalan yang lurus. (al-Maidah: 17)
6. Ar-Ruuh (Roh)
Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akanmati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Quran mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Ruuh (Al-Quran) dengan perintah Kami, … (ash-Shura: 52)
7. Asy-Syifaa’ (Penawar)
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah penyembuh dari penyakit-pnyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.
Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. (Yunus: 57)
8. Al-Haq (Kebenaran)
Al-Quran dinamakan dengan Al-Haq kerana dari awal hingga akhirnya, kandungan Al-Quran adalah semuanya benar. Kebenaran ini adalah datang daripada Allah yang mencipta manusia dan mangatur system hidup manusia dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Oleh itu, ukuran dan pandangan dari Al-Quran adalah sesuatu yang sebenarnya mesti diikuti dan dijadikan priority yang paling utama dalam mempertimbangkan sesuatu.
Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu. (al-Baqarah: 147)
9. Al-Bayaan (Keterangan)
Al-Quran adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Quran juga menerangkan kisah-kisah uma terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.
Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk kepada seta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah Aali-Imran: 138 )
10. Al-Mau’izhah (Pengajaran)
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpha dari tugasnya kerana manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan mentaati suruhan Allah.
Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (daripada Al-Quran ini).(al-Qamar: 22)
11. Adz-Dzikr (Pemberi Peringatan)
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesame manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-zikra (Al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya (Al-Quran). (al-Hijr: 9)
12. Al-Busyraa (Berita Gembira)
Al-Quran sering menceritakan khabar gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah dan menjalani hidup menurut kehendak dan jalan yang telah diatur oleh Al-Quran. Khabar-khabar ini menyampaikan pengakhiran yang baik dan balasan yang menggembirakan bagi orang-orang yang patuh dengan intipati Al-Quran. Telalu banyak janji-janji gembiran yang pasti dari Allah untuk mereka yang beriman dengan ayat-ayatNya.
Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim). (an-Nahl: 89)

sumber : Azmi

Solat Sunat ? Untuk Apa ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Amboi.. panjangnya salam dia... Ok, kali ini ana nak berkongsi tentang Kelebihan Solat Sunat sebab orang lelning(sekarang) sudah malas, mungkin tak tahu kowt, untuk bagun solat sunat terutama Rawatib. Moga-moga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita hingga Yaumul Mahsyar kelak.




  • Subuh -  2 rakaat sebelum solat Subuh
  • Zuhur -  2-4 rakaat sebelum atau selepas solat Zuhur
  • Asar -  2-4 rakaat sebelum solat Asar
  • Maghrib - 2 rakaat sebelum atau selepas solat Maghrib
  • Isyak - 2-4 rakaat sebelum atau selepas solat Isyak
  1.  Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur, sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a: “Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan Allah daripada neraka.” (Abi Daud dan at-Tirmizi)
  2. Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, “Nabi SAW sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin.” – (at-Tirmizi)
  3. Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya.Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah r.a. dari Nabi SAW berkata ia: “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya.” – (Diriwayatkan oleh Muslim)

 sumber : FabulousNana

Sunday, 22 January 2012

22 Reasons Why Malaikat Don't Enter Our House..



Gambar Hiasan Semata-Mata
  1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatur Rahim.
  2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
  3. Rumah yang memelihara anjing.
  4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
  5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
  6. Rumah yang sering meninggikan suara.
  7. Rumah yang di diami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.
  8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
  9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
  10. Rumah yang di diami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
  11. Rumah yang di diami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
  12. Rumah yang di diami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
  13. Rumah pemakan riba,faedah.
  14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti dalam ajaran sesat dan sebagainya.
  15. Rumah yang memiliki patung-patung.
  16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng agama lain.
  17. Rumah yang di diami peminum arak.
  18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.
  19. Rumah yang di diami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
  20. Rumah yang di diami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
  21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
  22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
sumber : FabulousNana

Hadis Nabi Muhammad SAW aka Rasulullah SAW

 → Dari Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda:”Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja.”

(al-Bukhari)

Huraian

1. Ucapan seharian seorang muslim itu hendaklah senantiasa dikembalikan kepada Allah seperti; mengawal pekerjaan yang baik dengan Bismillah (dengan nama Allah); mengakhiri pekerjaan dengan membaca Alhamdulillah (segala puji kepada Allah); berjanji dengan ucapan Insya Allah (jika Allah menghendaki) dan
bersumpah dengan hanya menggunakan nama Allah seperti wallahi, wabiIlahi atau watallahi yang bermaksud (demi Allah).

2. Sumpah yang sah ertinya sesuai dengan ketentuan syarak iaitu dengan menyebut nama Allah dan dibuat dalam keadaan sedar. Orang yang melanggar sumpah yang sah, baik secara sengaja atau tidak, wajib menebusnya dengan membayar kifarah yang secara terminologinya (istilah), maksudnya adalah denda yang harus dibayar ketika seseorang melakukan salah satu dari lima perkara berikut iaitu:
  1.   Membunuh. 
  2.  Zihar, iaitu menyamakan isteri dengan ibunya.
  3. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan.
  4.  Sengaja berbuka puasa tanpa alasan yang diharuskan syarak.
  5.  Melanggar sumpah.

3. Rasulullah SAW melarang keras perbuatan terlalu banyak bersumpah terutamanya di dalam hal jual beli sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:“Banyak bersumpah (dalam jual beli) menjadikan barang dagangan laris, namun menghilangkan berkah.”

(Bukhari dan Muslim).

Gelak Banyak / Hati Mati

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Ketawa, ketawa, ketawa… Ketawa penawar duka? Kalau asyik ketawa apa yang bakal terjadi? Tambah-tambah banyak rancangan ketawa-ketawa semakin bercambah di Malaysia. Nasib juga tiada ASTRO semenjak Julai 2010. Alhamdulillah. Bersyukur sangat, tenang dan tiada masalah siaran tiada ketika hujan… :)
Petikan dari artikel Larangan Ketawa :
Ja’far bin Auf dari Mas’ud dari Auf bin Abdullah berkata: “Biasa Nabi Muhammad s.a.w. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya.” (Yakni tidak suka melerek) Hadis ini menunjukkan bahawa senyum itu sunnat dan tertawa bergelak-gelak itu makruh. Maka seharusnya orang yang sihat akal jangan gelak-gelak tertawa sebab banyak yang bergelak didunia bererti akan banyak menangis diakhirat. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi):  “Fal yadh haku qalila wakyabku katsira.” (Yang bermaksud): “Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalsan dari amal perbuatan mereka.”
Alhasan Albashri berkata: “Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut.”
Yahya bin Mu’aadz Arrazi berkata: “Empat macam yang menghilangkan tertawanya orang mukmin dan kesenangannya iaitu:
  • Memikirkan akhirat
  • Kesibukan pencarian keperluan hidup
  • Kerisauan memikirkan dosa
  • Tibanya musibah bala
Maka seharusnya seorang mukmin sibuk memikirkan semua itu supaya tidak banyak tertawa, sebab banyak tertawa itu bukan sifat orang mukmin, bahkan Allah s.w.t. telah mencela orang-orang yang tertawaan didalam ayat (Yang berbunyi): “Afa min hadzal haditsi ta’jabun, watadh hukuna wala takbun, wa antum saamiduun.” (Yang bermaksud): “Apakah kerana keterangan ajaran ini kamu ajaib, dan tertawa dan tidak menangis, padahal kamu sedang lalai.”
Dan Allah s.w.t. memuji orang-orang yang menangis didalam ayat (Yang berbunyi): “Wa yakhirruna lil adzqaani yabkuun.” (Yang bermaksud): “Dan mereka menundukkan dagunya sambil menangis.”
Maka selayaknya tiap orang memikirkan lima perkara iaitu:
  • Memikirkan dosa-dosanya yang lalu, sebab ia telah berbuat dosa-dosa itu tetapi tidak mengetahui apakah dimaafkan atau tidak.
  • Dia telah berbuat amal kebaikan tetapi belum mengetahui apakah diterima atau tidak
  • Dia telah mengetahui apa yang telah lalu dari masa hidupnya dan belum mengetahui bagaimana kesudahannya
  • Dia telah mengetahui bahawa Allah s.w.t. membuat tempat maka ditempat yang mana ia akan masuk
  • Dia tidak mengetahui apakah Allah s.w.t. ridho kepadanya atau murka
Maka siapa yang tidak memperhatikan lima perkara ini dimasa hidup, ia akan menerima lima perkara sesudah mati iaitu:
  • Menyesal terhadap apa yang ia tinggalkan kepada ahli waris yang akan menjadi musuhnya
  • Menyesal kerana menunda-nunda amal kebaikan sehingga sedikit amal kebaikannya
  • Menyesal kerana melihat dosa-dosa yang amat banyak sehingga minta izin kembali untuk taubat dan tidak diizinkan
  • Menyesal kerana banyak yang menuntutnya dan tidak dibayar tuntutan itu kecuali dengan amal
Allah s.w.t. murka kepadanya dan tidak ada jalan untuk minta redhaNya
Tiga PERKARA yang dapat mengeraskan hati iaitu:
  • Tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan (ajaib)
  • Makan tanpa rasa lapar
  • Bicara yang tidak penting (perlu)
    
Begitulah serba sedikit mengenai ketawa yang bukanlah bagus jika terlalu banyak amalkannya….. :) 



sumber : Fabulous Nana

Pesanan Pemimpin

Video Ini Bertujuan untuk menghayati Pesanan seorang yang telah banyak berjasa kepada Surau Al-Ikhwan , Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.  Hayatilah........................................