Saturday, 15 December 2012

Cantiknya Lukisan Ni.. ^__^

Alkisah seorang pelukis

Seorang pelukis, namanya Nasrudin, beliau sangat pakar dalam melukis pemandangan. Anak beliau turut pandai melukis.

Setiap kali Nasrudin habis melukis, anaknya akan melukis satu lukisan pemandangan untuk mendapat pujian daripada bapanya.

“Tidak berapa bagus. Ini perlu penambahbaikan,” kata Nasrudin.

Setiap kali anaknya melukis, setiap kali Nasrudin akan memberikan alasa

n kata ianya tidak cukup bagus.

Setelah sekian lama, anaknya memberitahu diri sendiri – “Ayah saya tidak akan memuji lukisan saya.”

Setelah melukis satu lukisan pemandangan satu hari, anaknya menanam lukisan tersebut di dalam tanah tanpa pengetahuan Nasrudin.

Selepas sebulan berhenti bertanya kualiti lukisan, anaknya mengeluarkan tulisan itu dan menunjukkan kepada Nasrudin.

“Ayah, saya terjumpa lukisan ini di bawah tanah.” Anaknya menunjukkan lukisan tersebut kepada Nasrudin. “Cantik tak lukisan ini.”

Nasrudin berkata, “Cantik, sayang kena melukis seperti ini.”

“Tapi ayah, ini lukisan anakanda,” sampuk anaknya dengan cepat.

Nasrudin tersebak melihat karenah anaknya.

“Selepas ini, anaakanda tidak akan memajukan diri lagi. Ayah selalu mengkritik lukisan adalah agar anakanda sentiasa mencapai kemajuan. Tapi setelah hari ini, teknik lukisand anakanda tidak akan lagi bertambah baik,” kata Nasrudin.

Pengajaran cerita ini – pujian sekali-sekala perlu supaya orang lain tidak berputus asa seperti anaknya. Teguran ada positif di sebaliknya – ia bergantung pada reaksi.

Tapi jika teguran terbuka, contoh kalau Nasrudin menegur lukisan anaknya tidak bagus di khalayak ramai, ia memudaratkan keadaan hubungan Nasrudin dengan anaknya, bahkan anaknya akan terus berputus asa kerana kemaluan ditegur bapa sendiri dan ejekan kawan yang mengggunakan kata-kata Nasrudin.

Nak buat teguran membina kena ada adab dan bertempat. Jika ia salah masa dan tempat, teguran membina akan jadi teguran memusnahkan masa depan seseorang dan memberi peluang untuk musuh bertindak.

Senyum.

Letakkan Gelas Air Sebelum Tidur

Alkisah segelas air….

Ustaz Zul memulakan kelas agamanya dengan mengangkat secawan air gelas berisi air di dalamnya.

“Kalian, agaknya berapa berat air di dalam gelas ini?”

“200 gram… 300 gram…. Setengah kilo,” jawab para pendengar kuliah mingguan beliau.

“Hebatlah kalian…. Ana sendiri tak tahu melainkan ana pergi timbang,” sindir Ustaz Zul.

“Tapi soalan ana yang sebenar ialah, apa yang akan berlaku jika ana mengangkat gelas ini sedemikian untuk beberapa minit…” tanya Ustaz Zul.

“Tak ada apa yang berlaku,” jawab hadirin kuliah.

“Ok. Apa yang akan berlaku sekiranya ana pegang atas sebegini untuk sejam?” tanya Ustaz Zul lagi sambil memegang gelas itu tinggi di atas.

“Lengan tangan ustaz akan lenguh,” jawab satu hadirin kuliah.

“Pandai. Betul tu. Jikalau ana nak teruskan mengangkat gelas ini untuk sehari….” Ustaz Zul mengusik hadirin lagi.

“Tangan ustaz akan kebas, otot lengan akan stress, mungkin lumpuh dan kena ke hospital doh ini ustaz. Pasti!” jawab seorang hadirin sambil tergelak.

“Bagus! Bagus! Tapi semasa ini berlaku, adakah berat gelas ini berubah?” tanya Ustaz Zul…

“Tak ustaz,” jawab hadirin.

“Jadi apa yang menyebabkan lengan sakit dan otot stress?” tanya Ustaz Zul lagi.

Semua hadirin terdiam… masing-masing tidak dapat menjawab….

Ustaz Zul tetiba bertanya lagi, “Jadi apakah yang perlu ana lakukan untuk hilangkan kesakitan tangan?”

“Letak saja gelas tu ustaz. Mudah dan selesai semua perkara,” jerit satu hadirin.

“Tepat sekali!!” jawab Ustaz Zul sambil menyambung….

“Begitu juga dengan masalah dalam kehidupan. Ambil untuk beberapa minit dalam kepala, rasanya ok tak sakit. Fikirkannya untuk masa yang lama, akan timbul pelbagai sakit seperti lengan tangan tadi. Pegang lagi masalah itu, ia akan lumpuh hidup enta semua. Enta tak akan dapat melakukan apa-apa.

Adalah penting untuk memikirkan penyelesaian kepada cabaran dalam hidup, tapi apa yang lebih penting belajarlah untuk meletakkan gelas air setiap hari sebelum tidur. Dengan ini, enta semua tidak merasa stress, dan bangun besok dengan segara untuk mengatasi cabaran yang bakal mengunjung mengikut ketentuan Allah dalam hidup sementara ini.

Letakkan gelas air itu sebelum tidur.

Senyum.

Tulis atas Batu dan Pasir

Alkisah 2 orang sahabat….

Zul dan Timi adalah dua orang sahabat yang karib.

Satu hari ketika berjalan merentasi gurun, disebabkan satu pertengkaran, Zul telah menampar Timi di muka.

Timi yang kesakitan tidak berkata apa-apa lalu menulis di atas pasir – “Hari ini sahabat paling karib ana menampar ana di muka” – beliau senyum dan meneruskan persahabatan dengan Zul.

Satu hari ketika bermandi di s

ungai, Timi hampir lemas dihanyut air dan diselamatkan Zul. Timi mencari sebutir batu dan menulis – “Hari ini sahabat paling karib ana menyelamatkan ana” – beliau senyum dan meneruskan persahabatan dengan Zul.

Zul kelihatan sikap pelik Timi bertanya – “Ketika ana menampar enta, enta tulis atas pasir. Ketika ana menyelamatkan enta, enta tulis atas batu. Mengapa ya?”

Timi menjawab – “Ustaz Him mengajar apabila kita disakiti seseorang, kita harus menulis di atas pasir, di mana angin dan air dapat memadamkannya. Apabila seseorang berbuat baik kepada kita, kita harus mengukir di atas batu, di mana air dan angin tidak dapat memadamnya.”

Dapat isi tersirat?

Hayati rakan-rakan yang dikurniakan Allah kepada kita dengan seadanya terutamanya sahabat karib.

Bukan mudah untuk menjumpai seorang sahabat karib yang boleh berkongsi masalah hati dan sebagainya. Bila dah terjumpa, jaganya dengan baik dan belajar saling memaafkan atas kekurangan masing-masing.

Fokus pada kesamaan dan jangan memaksa pada perkara berbeza.

Senyum 

"Cantik Ustaz.."

Alkisah bunga dandelion….

Seorang pemuda Luqman telah membina sebuah taman bunga kecil di depan rumahnya…

Bunga tumbah dengan mekarnya dan kecantikannya dipuji oleh sesiapa sahaja yang berlalu dengan rumah Luqman.


Dalam kalangan bunga yang cantik tersebut, tumbuh juga pokok sampingan seperti dandelion yang tidak disukai Luqman.

Luqman memikirkan pelbagai cara untuk menghapuskan dandelion yang tumbuh bersama bunganya... ditanya pekebun sana sini untuk mendapatkan penyelesaian….

Tapi tak jumpa juga.

Akhirnya Luqman pergi bertanya dengan pekebun istana yang mengendalikan taman istana yang jauh besar untuk mendapatkan penyelesaian untuk menghapuskan dandelion.

Pelbagai cara yang diberikan oleh pekebun istana tersebut kepada Luqman tapi ia tetap tidak berjaya menghapuskan rumpai tersebut…

Akhirnya, Luqman duduk bersama pekebun istana di dalam sebuah surau… mengeluh mengenai kegagalan mereka untuk menghapuskan dandelion yang dianggap mencemari taman kecantikan di rumahnya.

Keluhan mereka didengari Ustaz Ismail … “Saya ada penyelesaian kepada masalah enta.”

Ustaz Ismail menyerahkan gambar di bawah kepada Luqman.

“Cantiknya ustaz… apa gambar ini?” tanya Luqman.

“Alah ini pun tak tahu.. ini gambar bunga yang ingin dibunuh entalah. Hayati kecantikan dandelion yang dicipta Allah ini yang datang mewarnai taman bunga enta maka masalah enta akan hilang. Mudahkan?” kata Ustaz Ismail sambil tersenyum.

Senyum.

Manusia!!

Alkisah pokok balak…..

Di dalam satu kawasan lapang, jauh di dalam hutan, para pokok sedang mengadakan mesyuarat subuh.

“Binatang-binatang semua datang berehat dan berteduh di bawah kita tapi mereka sering meninggalkan kekotoran,” kata Cengal Chia, salah sebatang pokok. “Bau itu kadang-kalanya tidak dapat di tahan.”

“Mereka tidak mempedulikan perasaan kita sebab kita tak bersuara,” kata Meranti

 Musa, pokok berjiran dengan dengan Cengal. “Ana dah tak tahan. Dah cukup! Ana dah buat keputusan untuk menghalau semua binatang yang datang ke tempat kita.”

“Tapi itu mungkin satu tindakan yang kurang bijak,” kata Ramin Tuan, pokok tertua dan terbesar di antara mereka. “Binatang itu mungkin membawa sikit masalah pada kita, ana setuju, tapi mereka ada kebaikan juga. Semua benda di dunia ini saling bergantung – pokok, binatang dan manusia.”

“Maafkan ana,” kata Meranti Musa. “Ana amat menghormati pandangan tuan, tapi dalam hal ini ana tidak akan mendengar kata-kata sesiapa. Ana tidak akan membenarkan sebarang binatang dalam ke sini lagi.”

Meranti Musa melakukan apa yang dijanjinya. Apabila seekor kucing hutan (leopard) datang berteduh, Meranti Musa menggoyang dengan ganas kiri-kanan sehingga kucing hutan tersebut lari ketakutan. Meranti Musa menakutkan semua binatang yang datang pada hari itu dan hari-hari seterusnya.

Setelah beberapa ketika, tiadalah lagi binatang yang datang mendekati kawasan lapang tersebut.

Meranti Musa disanjung tinggi oleh pokok-pokok muda sekitar kawasan lapang tersebut, sehinggakan ada yang sujud pada Meranti Musa di belakang Ramin Tuan, yang disifatkan mereka kolot dan ketinggalan kerana masih bertegas bahawa kawasan lapang itu memerlukan kedatangan binatang biarpun mereka meninggalkan najis-najis.

Satu hari, dua pemotong balak datang ke kawasan lapang tersebut. “Manusia!” jerit Meranti Musa. “Mengapa mereka datang? Mereka tak pernah berani datang sini.”

“Jika mereka tidak pernah datang sebelum ini, ini adalah kerana mereka takut pada binatang buas yang sering berteduh di sini,” kata Ramin Tuan. “Sekarang kucing hutan, harimau semua tiada maka manusia tiba-tiba menjadi berani untuk datang ke sini.”

Meranti Musa mula menggigil – tapi bukan bersebab. Meranti Musa adalah pokok pertama pilihan pemotong kayu balak untuk ditebangkan………..

Dapat pengajaran?

Jangan selalu pandang pada kelemahan orang lain (najis yang ditinggalkan binatang) tapi ingatlah kebaikan yang mereka bawa selama ini pada kita (binatang memberi keselamatan dengan menakutkan manusia.). Seperti yang Ramin Tuan kata “Semua benda di dunia ini saling bergantung” – itulah cara keharmonian tercapai di dunia ini. Insha-Allah.

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Mengapa nak minta lagi?

Alkisah RM100 sejam….

Seorang ibu, Shahrizat yang bekerja baru sahaja pulang ke rumah lewat malam, kepenatan.

Beliau terkejut anak kecilnya, 5 tahun masih menunggunya…

“Mak, boleh anakanda tanya satu soalan?” tanya anak kecilnya.

“Boleh, apa dia?” jawab Shahrizat.

“Mak, berapa yang mak dapat setiap jam bekerja?” tanya anak kecilnya.

“Mengapa nak tahu? Itu tak perlu anakanda menyibuk. Anakanda tak tidur lagi sebab nak tanya benda remeh macam ini?” jawab Shahrizat dengan nada marah.

“Mak, anakanda cuma nak tahu. Boleh anakanda tahu, mak dapat berapa kerja sejam?” tanya anak kecilnya lagi.

“OK OK. Mak dapat RM100 sejam,” jawab Shahrizat…

“Banyaknya….” Anak kecilnya terdiam dan mengira di tangannya … “Mak, boleh anakanda pinjam RM50?” tanya anak kecilnya lagi.

“ANAKANDA LEWAT MALAM TAK TIDUR TANYA MAK SOALAN MACAM INI SEMATA-MATA NAK PINJAM DUIT DARIPADA MAK? KECIL-KECIL DAH BELAJAR PINJAM DUIT. INI MESTI TAK TAHU NAK BELI PERMAINAN APA YANG TAK BERBALOI DAN BAZIR DUIT MAK. TAK BOLEH PINJAM. SEKARANG BALIK BILIK DAN TIDUR. MAK LETIH JANGAN KACAU. ANAKANDA JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI, MAK KERJA LEWAT TIAP-TIAP HARI BUKAN UNTUK CARI DUIT DIBAZIRKAN UNTUK BENDA-BENDA BUDAK-BUDAK,” jerit Shahrizat pada anak kecilnya.

Anak kecilnya mata menjadi merah dan berair… terus lari ke bilik dan menutup pintu kesedihan.

Shahrizat duduk berehat dan kemudian pergi membersihkan diri. Emosinya menjadi lebih marah apabila mindanya berfikir: “BIADAP SUNGGUH ANAK AKU INI, DAH BERANI TANYA DUIT DARI MAKNYA.”

Setelah sembahyang Isyak, Shahrizat mula menenangkan diri. Anak kecilnya tak pernah minta duit daripadanya selama ini… mungkin permintaan kali ini ada sebabnya di belakang.

Shahrizat pergi ke bilik anaknya…

“Anakanda dah tidur?” Shahrizat tanya anak kecilnya yang berbaring di katil.

“Tak lagi, mak. Tak dapat tidur,” jawab anaknya.

“Mak tadi mungkin terlebih sikit marah anakanda…” kata Shahrizat… “hari ini mak letih, ofis pula banyak perkara yang berlaku, jadi mak terlepas emosi pada anakanda. Ini duit RM50 yang anakanda minta tadi.”

Anak kecilnya terus senyum dan bangun. “Mak terima kasih. I love you,” anak kecilnya mencium maknya di dahi.

Kemudian anak kecilnya pergi membuka bantalnya dan mengeluarkan duit-duit kecil syiling dan kertas.

Maknya melihat karenah anaknya dan menjadi marah kembali. “ANAKANDA DAH ADA DUIT, MENGAPA NAK MINTA LAGI?” kata Shahrizat dengan nada tinggi.

Anaknya tidak menjawab, dan terus mengira duit yang ada… dan melihat maknya.

“MENGAPA NAK MINTA LAGI?” Shahrizat tanya lagi.

“Kerana anakanda tak cukup duit tadi, sekarang dah cukup. Mak, anakanda dah RM100 sekarang. Boleh anakanda beli satu jam masa mak? Boleh mak pulang awal besok untuk makan malam bersama anakanda dan ayah?” kata anak kecilnya.

Shahrizat tersengam malu, menitis air mata keinsafannya dan memeluk anaknya memohon keampunan.

Peringatan kepada mereka yang bekerja kuat – yang sesekali mengabaikan keluarga dan mereka yang betul-betul dekat di hati kita. Ingat masa RM100 sejam tidak ternilai bila bersama orang tercinta.

Jika kita meninggal besok, tempat kita dapat digantikan dalam masa beberapa jam sahaja – tapi di sanubari setiap mereka yang dekat di hati, mereka akan rasa kehilangan sepanjang masa.

SENYUM. Sebar jika bermanfaat kepada rakan-rakan sekeliling kita yang memerlukan kesedaran ini.

Friday, 14 December 2012

Rasulullah dengan Limau

Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat. Tidak kira sedikit atau banyak. Namun kali ini tidak. Tidak seulas pun diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehingga habis kesemua limau itu. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah SAW.


Sahabat - sahabat agak kehairanan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada antara kalian yang akan mengenyet mata atau memarahi wanita berkenaan. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

UAI Famous !

Hakikat ~

'Ainul Mardhiah

‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bida
dari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”

Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….


Mas Kahwin Mahal

Soalan: Apa komen Ustaz tentang mas kahwin yang tinggi.

Ustaz Azhar Idrus: Orang yang paling bijak adalah Nabi, jadi yang lawan suruhan Nabi itu bodo la. Nabi dah kata wanita yang paling baik itu yang rendah mas kahwinnya. Tapi kita tak nak ikut Rasulullah sebab nak ikut trend...Nak berlumba-lumba siapa yang lebih tinggi mas kawin, dah jadi macam nak berniaga kerbau!..

Sabda Rasulullah s.a.w. ya

ng bermaksud:

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". (Riwayat Abu Daud)

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". (Riwayat Ahmad) 

Petua Cari Jodoh

Soalan:

Kenapa la susah nak berkahwin. Minta tolong Ustaz kasi petua untuk mencari jodoh (isteri).

Ustaz Azhar Idrus:

Cari jodoh ni senang saja. Kita sendiri yang buat susah.
Contoh: Bila dah berkenan pada perempuan, pergi cakap pada dia, "Assalamualaikum! Saya sudah lama tengok saudari dan saya berkenan untuk jadikan saudari isteri saya. Kalau setuju, nanti saya akan hanta

r rombongan meminang. Assalamualaikum!"

Mudahkan. Kalau kita ikhlas takkan dia nak tampar muka kita :)

Kata perempuan tu, "Maaf, saya sudah ada yang punya, cer tanya makcik jual goreng pisang tu.. Rasa2 dia ada anak gadis.. :)"

Kamu pergi pada makcik tu dan tanya dia, " Assalamualaikum! Makcik ada anak perempuan ke? Saya sedang mencari calon isteri. Kalau berkenan, saya nak hantar rombongan meminang..."

Jawab makcik, "Anak makcik sekolah lagi, tapi makcik dah lama menjanda... Ambik makcik la..." :P

Kalau buat macam ni, tak sampai satu minggu dah dapat calon isteri :D

:: Jenaka Ust Azhar Idrus ::

~~ Be a Gentleman...huhuhu.

Definisi Mandul

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : 
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : 
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata : 
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Kelebihan Hari Jumaat

  • Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
  • Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
  • Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).
  • Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
  • Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
  • Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)
  • Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

Solat dan Kentut

Haram kita berlakon atau berpura-pura solat. Contohnya ketika solat berjemaah di dalam masjid yang penuh dengan makmum, tiba-tiba kita terkentut. Kerana malu, kita teruskan solat, berpura-pura. Hukumnya haram. Apa patut kita buat? Kita wajib terus berhenti solat dan kalau boleh, kita keluar dari saf. Kalau tak dapat keluar, kita duduk.

Kalau nak keluar dari saf tapi di belakang penuh dengan makmum lain, kita boleh hulurkan tangan minta laluan. Orang saf belakang bila ada orang minta laluan keluar, kasi la laluan. Tapi jangan jadi bodo pegi sambut tangan nak bersalam pulak... (wakakaka)


Kalau kita memang berpenyakit kentut otomatik sampai 50 kali seminit, maka dimaafkan. Tidak batal solat disebabkan penyakit kentut yang tak boleh kawal.

Bolehkah orang berpenyakit kentut jadi imam? Boleh. Dengan syarat, semua makmum adalah kaki kentut jugak. Set-set jemaah kaki kentut. (wakakaka)

~ Ustaz Azhar Idrus ( Kitab Musolli ) ~

Tudiaa Ustaz Don !!

A B U P

Alkisah sekumpulan kawan….

Pada suatu masa dahulu, terdapat empat kawan karib yang mengembara di serata dunia berasingan dan menguasai segala ilmu sihir.

Empat sekawan, A, B, U, P kembali di kampung pada satu hari dan masing-masing ingin menunjukkan kehebatan masing-masing dalam ilmu sihir yang dipelajari.

Mereka masuk ke hutan bersama-sama… dan salah seorang daripada mereka terjumpa sebatang t
ulang. Rupa-rupanya tulang itu adalah tulang paha seekor harimau.

Kawan A berkata yang menemui tulang itu berkata: “Aku ada ilmu untuk menumbuhkan segala rangka tulang binatang ini daripada tulang paha ini.”


Dan dengan sekelip mata, rangka tulang harimau muncul di depan empat sekawan.


Tidak mahu mengalah, kawan B berkata: “Ceh, aku ada ilmu boleh kembalikan kulit, daging dan darah pada binatang ini.”


Betul apa yang dikatakan kawan B, seekor harimau tanpa nyawa terjadi daripada rangka tulang yang dibuat kawan A tadi.


Kawan C yang tidak mahu ketinggalan berkata: “Hahahah, itu saja yang anta dua mampu. Aku ada ilmu untuk hidupkan semula binatang ini….” Kawan C pun mula hendak menggunakan sihirnya…


“Nanti!” Jerit kawan P.


“Apa dia? Jangan kacau aku,” jawab kawan C.


“Aku percaya kamu ada ilmu yang boleh bagi nyawa kat binatang ini. Tak perlu cuba,” kata kawan P.


“Apa gunanya aku ada ilmu sehebat ini tapi aku tidak menggunakannya. Kamu semua tidak pernah melihat kehebatan aku. Aku nak tunjuk juga. Kamu tengok sahaja,” kata kawan C.


Kawan P berkata, “Kalau kamu bertekad, nanti dulu, tunggu aku panjat pokok ini dulu.” Kawan P terus bergegas panjat pokok yang terdekat dan mengajak kawan A dan B bersama tapi ditolak mereka.


“Kamu ini penakut. Kami nak tengok apa yang C boleh buat,” jawab kawan A dan B.


Kawan C terus menghidupkan harimau tersebut.


Sejurus harimau itu hidup, harimau itu terasa lapar dan ingin mencari makanan. Harimau terus menyerang kawan A, B dan C yang terkejut dan terpaku… mereka cuba melawan – akhirnya harimau tersebut berjaya dihalau tapi ketiga-tiga rakan tersebut cedera parah di tangan dan tidak mungkin dapat menggunakan ilmu sihir lagi.


Setelah harimau beredar jauh, kawan P pun turun untuk membantu kawan A, B dan C.


“Apa ilmu sihir yang kamu belajar,” tanya kawan A pada kawan P.


“Aku tak belajar sihir, selama ini aku cuma belajar jangan suka menunjuk-nunjuk kemahiran dan ilmu yang ada dan hanya gunakan ilmu untuk manfaat bersama,” jawab kawan P yang menggunakan ilmu perubatan yang dipelajarinya untuk merawat ketiga-tiga kawannya yang luka parah.


Pengajaran daripada cerita dongeng ini: Jangan berlebih-lebih nak tunjuk kemahiran dan ilmu yang ada, gunakannya secara bermanfaat.


Senyum. via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Thursday, 13 December 2012

Pakat Pi ESOK!

Cinta Sebesar Zarah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun.

Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut zarah cintaku kepa

da-Nya.”

Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat zarah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarah, maka kamu mintalah untukku setengah berat zarah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat zarah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.”

Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”

Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat zarah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”





Wednesday, 12 December 2012

Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Ataturk: Kematian Yang Menyeksakan

Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pe

mimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

Mahathir yang Insaf ..

Alkisah seorang jutawan…

Seorang jutawan, Mahathir yang kini tua pulang ke kampung untuk mengenangkan nostalgia zaman mudanya.

Mahathir balik menjenguk kampungnya di tepi laut dengan kereta mewah yang tidak mungkin dibeli oleh sesiapa di kampungnya.

Beliau singgah di sebuah gerai tepi laut kepunyaan Ustaz Nik Aziz yang juga nelayan yang terkenal dengan sifat riang dan tenangnya di kampungnya.

“Apa khabar ustaz? Lama tak jumpa,” kata Mahathir.

“Anta dah balik… baguslah, ingat dah lupo kampung ini,” kata Ustaz Nik Aziz.

“Ya, dah balik… akhirnya,” kata Mahathir dengan nada sedih.

“Mengapa? Ada masalah ke?” tanya Ustaz Nik Aziz.

“Bagaimana ustaz dah tua ini pun masih riang dan tenang seperti dulu? Ustaz dah capai semua yang ingin dihasratkan? Umur kita doh tak panjang dah…” kata Mahathir.

“Anta ada apa lagi yang tak selesai? Kereta, rumah, bini, anak semua dah ada, apa yang anta keluh lagi?” tanya Ustaz Nik Aziz.

“Banyak perkara. Ada dendam sikit, ada marah sikit sana sini, bimbang pasal perniagaan, bimbang siapa ganti ana… macam-macam… Ana tak macam ustaz… tak ada cita-cita, ana cita-cita besar,” kata Mahathir.

“Cita-cita ana ada juga. Tapi taklah mengacau sampai tak tenang dan tak senyum macam enta,” kata Ustaz Nik Aziz.

“Yalah. Itu yang ana tak dapat belajar daripada enta. Senyum dan tenang sentiasa. Ana sikit-sikit marah, kena fikir itu ini… apa petua ustaz ya?” tanya Mahathir.

“Betul nak tahu? Tak susah petua ana…,” kata Ustaz Nik Aziz.

“Anta nak cerita, ana sudi dengar…” kata Mahathir.

Ustaz Nik Aziz membawa Mahathir berjalan di tepi pantai.

“Ajal kita tak tahu bila tapi kita kena sentiasa bersedia dengan kunjungannya. Anta cuba bayang besok anta akan meninggalkan dunia ini…

Tiada lagi matahari terbenam, terbit, tiada lagi masa. Hari ini sajalah yang anta ada.

Segala yang anta kumpul, kereta cantik anta semuanya akan menjadi milik orang lain besok.

Kekayaan, kuasa dan populariti anta pun akan hilang dan tidak lagi relevan di dunia ini.

Bagaimana pula dengan dendam, kemarahan, tergusir hati dan cemburu? Semuanya akan melesap besok juga.

Demikian juga dengan harapan, cita-cita, rancangan anta semuanya akan luput.

Perkara yang anta pentingkan selama ini, menang dan kalah juga tidak lagi bermakna.

Jika ajal tiba, ia tidak kisah di mana anta berada, siapa anta atau betapa cantiknya rumah anta. Jantina dan warna kulit anta pun tak dikisahkan,” kata Ustaz Nik Aziz…

“Jadi ustaz, apa yang dikisahkan? Apa yang penting jika ana mati besok?” tanya Mahathir yang khusyuk mendengar.

“Apa yang bermakna – bukan pada apa yang anta beli, tapi apa yang anta bina, bukan apa yang anta ada, tapi apa yang anta beri.

Yang bermakna bukan kejayaan anta tapi makna perkara yang anta buat selamat ini.

Yang bermakna bukan apa yang anta belajar tapi apa yang anta mengajar.

Yang bermakna ialah setiap tindak-tanduk yang penuh berintegriti, bersemangat, berani dan pengorbanan anta yang menjadi sumber inspirasi pada orang lain untuk dijadikan contoh.

Yang bermakna bukan kehebatan anta, tapi watak anta.

Yang bermakna bukan berapa orang yang kenal anta, tapi berapa yang akan rasa kehilangan anta selepas anta tiada.

Yang bermakna bukan ingatan anta, tapi memori yang berada pada mereka yang menyayangi anta.

Yang bermakna ialah berapa lama ana akan diingatkan, oleh siapa dan untuk apa.

Kehidupan yang bermakna bukan berlaku secara spontan. Ia adalah satu pilihan. Hargai masa, pilihlah kehidupan yang bermakna untuk anta,” kata Ustaz Nik Aziz.

Mahathir terdiam… termenung jauh setelah mendengar kata-kata Ustaz Nik Aziz.

“Anta ok?” tanya Ustaz Nik Aziz sambil menepuk belakang Mahathir.

Mahathir terus memeluk Ustaz Nik Aziz.

“Terima kasih. Setelah segalanya, dan kata-kata ustaz, ana rasa kampung dan kehidupan di kampung yang sederhana ini adalah terbaik untuk hidup ana.”

Dapat cerita tersiratnya?

Ingat ya… Jika tak mampu jadi penulis yang memberi manfaat, jadilah pembaca yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Tolabul Ilmi

Ali terjumpa satu ilmu membina kekuatan diri terpahat di atas batu.

Ali ada beberapa pilihan:

1. Ambil ilmu itu dan praktikkan, dan sesuaikan dengan masyarakat sekitar dan sebarkan.
2. Selidik dulu mengapa batu itu berada di sana.
3. Selidik dulu batu itu halal atau haram, sebelum mengambil keputusan untuk menerima ilmu itu.
4. Selidik ayat yg dipakai. Jika ada nama-nama seiras dengan idola mere
ka, dan mereka rasa tersindir, maka perlu kutuk penyampai ilmu tersebut mengapa tidak menggunakan nama lain.
5. Puji pemahat itu memukir di atas batu dan lupa akan ilmu tersebut.

Tulisan hanyalah susunan huruf dan perkataan. Yang beri tafsiran pada tulisan ialah minda sendiri. Dalam semua ilmu ada pengajaran yang boleh dibelajari, jika sendiri sudi dan ingin mempelajarinya.

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam."

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Bergembira dengan kejahatan orang

Alkisah dua anak didik….

Ustaz Abu Bakar, seorang yang disanjung tinggi, mempunyai dua anak didik Ibrahim dan Ali.

Satu hari, ketika dua anak didiknya dalam perjalanan pulang ke kampung dari bandar besar, Ali telah bergaduh dengan seorang pemandu teksi kerana tidak setuju dengan harga bayaran yang dikenakan.

Pemandu teksi ditolak Ali jatuh ke lantai.

Ustaz Abu Bakar yang melihat peristiwa ters

ebut datang membantu pemandu teksi tersebut.

“Apa yang telah anta lakukan, Ali? Ini apa yang ana ajar pada anta?” kata Ustaz Abu Bakar secara tegas.

Ali menundukkan kepalanya tanda malu dan memohon kemaafan daripada Ustaz Abu Bakar dan pemandu teksi tersebut.

Ibrahim yang melihat semua ini tidak dapat menahan keriangannya lalu berkata.

“Ali ini memang pembuli. Nasib baik ustaz datang, kalau tak habislah pemandu itu. Ana malu ada rakan didik macam Ali,” kata Ibrahim dengan nada sinis.

Ustaz Abu Bakar memandang Ibrahim dengan mata tajam.

“Betul, Ali hilang kawalan emosi tadi dan menyerang pemandu. Tapi, anta, yang boleh bergembira dengan kesilapan rakan didik anta, menghina dia adalah jauh lebih teruk kerana anta ada sifat jahat dalam naluri anta,” tegas Ustaz Abu Bakar.

Ibrahim terus menundukkan kepala tanda malu.

Pengajaran: Jangan mudah melihat kesilapan orang lain… lebih elok sedar akan kesalahan diri dahulu dan bagaimana kita dapat mengatasinya.

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Kalau Allah wujud, kenapa ada orang sakit?

Alkisah pengunting rambut…

Kamal seorang pengunting rambut. Beliau menghadapi banyak masalah kehidupan sehingga imannya goyang dan menjauhikan diri daripada masjid. Ustaz Haron adalah salah seorang pelanggan tetapnya.

Satu hari semasa menggunting rambut Ustaz Haron, Kamal bertanya, “Ustaz, betul ke Allah wujud?”

“Mengapa Kamal bertanya begitu?” tanya Ustaz Haron.

“Err… jika kita pergi ke luar 

ustaz, ana tak dapat lihat kewujudan-Nya. Jika Allah wujud, mengapa ramai yang sakit? Mengapa ada kanak-kanak yang diabaikan? Jika betul Allah wujud, sepatutnya manusia tidak akan merasa seksa susah dan kesakitan,” kata Kamal.

Ustaz Haron tidak menjawab apa-apa. Setelah habis menggunting rambut, Ustaz Haron keluar daripada kedai Kamal dan mencari seorang lalu-lalang yang rambutnya tidak teratur, kotor dan janggutnya tidak dijaga.

“Kamal, datang. Pengunting rambut tak wujud di dunia ini,” kata Ustaz Haron.

“Mengapa ustaz kata begitu, ana baru sahaja habis gunting rambut ustaz,” tanya Kamal.

“Tidak,” kata Ustaz Haron. “Jika pengunting rambut wujud, takkan muncul orang seperti dia yang berambut tidak teratur, kotor dan janggutnya tidak dijaga.”

“Tapi ustaz, pengunting rambut wujud di sini. Ana orangnya. Cuma mereka tak datang ke kedai ana,” kata Kamal.

“Tepat sekali. Begitu juga dengan Allah, ia ada di mana-mana. Orang yang dalam kesusahan dan kesakitan di luar lupa mencari Allah untuk pertolongan. Sebab itu wujud banyak kesusahan dan kesakitan di dunia ini,” jelas Ustaz Haron.

Kamal terdiam dan selepas itu, mula kembali ke masjid dengan kerap untuk mendalami ilmu agama bersama Ustaz Haron selepas itu.

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Ayang Takut Tak ??

Alkisah seorang pelayar…

Pada satu masa dahulu, (beratus tahun yang lalu), sepasang suami isteri sedang belayar merentasi lautan besar. Tiba-tiba datang satu ribut lebat.

Si isteri menjadi sangat gementar dan takut..

Kapal yang dinaik mereka tidaklah besar, dan ribut tersebut teramat mengancam menolak kapal terumabng-ambing.

Si isteri terasa kapal yang mereka naiki akan terbalik dan ajal merek

a bakal tiba.

Si isteri mencari suaminya dan terkejut beliau sedang sibuk mengawal kapal dan mengharungi ribut yang kencang itu.

“Abang, ini mungkin masa terakhir untuk kita bersama… Mengapa abang tak takut? Ataupun abang ini dah gila?” jerit si isteri.

Si suami ketawa dan tiba-tiba mengeluarkan pedangnya. Pedang itu didekatkan dengan leher si isteri, dekat sehingga tersentuh.

“Ayang takut tak?” tanya si suami.

Si isteri menggeleng kepalanya, “Ayang tahu tiada apa yang perlu ditakutkan apabila bersama abang kerana abang sayang ayang.”

Si suami menyimpan kembali pedangnya dan berkata…

“Ini juga sebab ribut kencang ini tidak dapat takutkan abang. Abang tahu Allah sayang kat abang, pedang itu di tangan Allah, ribut ini juga di tangan Allah, apa yang bakal berlaku, akan berlaku dengan penuh hikmah. Jika kita selamat, bagus. Jika kita ditakdirkan mati, juga bagus, kerana segalanya di tangan Allah. Allah tidak pernah silap. Yang penting kita berusaha tatkala selagi mampu dengan penuh beriman. InshaAllah,” terang si suami.

Setelah mendengar penjelasan si suami, si isteri turut memberanikan bersama suami mengharungi ribut kencang tersebut dan mereka selamat tiba di destinasi….

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Tulisan Khas untuk Ahli PAS

Alkisah sekumpulan burung merpati….

Satu masa dahulu, terdapat sekumpulan merpati yang terbang dibawah pimpinan seorang raja di kalangan mereka untuk mencari makanan.

Burung terkecil yang terbang di barisan akhir mengeluarkan bunyi memberitahu ia ternampak bijiran makanan tertabur di bawah sebuah pokik.

Kumpulan merpati tersebut berhenti dan turun untuk menikmati b

ijiran yang dijumpai.

Tiba-tiba ada benda berat terjatuh ke atas mereka.

Kumpulan merpati itu terkejut untuk mendapati mereka kini terperangkap di dalam satu jaring.

“Habislah kita kali ini. Maafkan saya. Saya tak patut suruh henti makan bijiran ini,” kata burung terkecil itu penuh kekesalan.
Kumpulan merpati itu bertambah panik apabila melihat pemburu burung sedang berlari ke arah mereka.

Raja burung merpati menyuruh semua anak-buahnya bertenang dan memberikan satu idea bijak.

“Mari kita memegang jaring ini dengan paruh kita dan terbang bersama jaring ini. Bersama, saya yakin kita dapat menahan berat jaring ini,” kata Raja burung.

Pemburu burung semakin menghampiri kumpulan merpati, tetiba kumpulan merpati terbang ke langit bersama jaringnya.

Pemburu burung terpegun dan marah kerana kehilangan semua hasil tangkapannya selepas susah payah menabur bijiran di lantai untuk menipu burung.

Kumpulan merpati tersebut terbang dan singgah di perkarangan satu masjid, di mana rakan Raja burung, seekor tikus menginap di sana.

Raja burung meminta tikus untuk menggigit jaring supaya anak-anak buahnya dapat melepaskan diri. Tikus memulakan kerja dengan sepenuh hati dan tidak lama kemudian, semua burung merpati bebas.

Mereka mengucapkan terima kasih pada tikus dan terbang semula ke langit bersama Raja burung dengan megah dan lebih bersatu padu – dan lebih bijak melihat mana satu perangkap, dan mana satu makanan sebenar.

Pengajaran: Tak kira betapa sukarnya cabaran yang kita terpaksa lalui di dalam jamaah kita, kita akan mencapai kemenangan sekiranya kita bersatu dan bersama-sama menghadapi masalah bersama.

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Sama sahaja emas dan batu

Alkisah seorang kedekut….

Taib Mahmud seorang yang terkenal dengan sifat kedekutnya. Satu hari, Taib menjual segalanya yang ada untuk membeli jongkang-jongkang emas.

Jongkang-jongkang emas itu ditanam di halaman rumahnya secara rahsia, dan Taib akan memerhatikannya setiap hari.

Pembantu rumah melihat tingkah-laku Taib setiap hari berulang-alik ke tempat jongkang-jongkang emas itu ditanam tanpa

mengetahui sebabnya.

Akhirnya pembantu rumah itu tahu rahsia tuan rumahnya, dan pada satu malam, setelah Taib sudah ketiduran, pembantu rumah itu menggali dan mencuri emas itu.

Kebesokan paginya, Taib berjalan ke halaman rumahnya untuk memerhatikan emasnya.

Beliau terkejut besar melihat lubang telah digali dan emasnya hilang. Beliau yang botak di tengah kepalanya meraba-raba kepala dan menarik rambut tepinya sambil mengerang dan merungut kuat-kuat.

Ustaz Nasrudin yang tinggal di rumah sebelah Taib datang menjenguk.

Apabila Taib sudah tenang, Ustaz Nasrudin berkata, “Jangan sedih. Senyum.”

“Nak senyum macam mana? Semua emas ana hilang,” kata Taib.

“Pergi ambil batu itu, dan letak dalam lubang ini, dan anggap emas yang ana itu masih di dalam. Ia sama kesannya seperti dulu masa emas itu berada di dalam lubang tersebut dan anta langsung tidak menggunakannya sedikit pun,” kata Ustaz Nasrudin.

Kata-kata Ustaz Nasrudin bagaikan pukulan padu maut kepada Taib yang akhirnya sedar emasnya sebenarnya selama ini tiada nilai kerana beliau langsung tidak menggunakannya untuk perkara-perkara lain.

Pengajaran: Allah memberikan kita banyak kelebihan, bakat akal dan keistimewaan yang kita gembira untuk memilikinya tapi tidak pandai menggunakannya. Ia mungkin sebuah suara yang baik, bakat akal untuk kerja jurutera, lukisan dan juga berlakon.

Tapi ramai antara kita yang bersifat seperti si kedekut Taib Mahmud, menghayati emas itu tapi langsung tidak menggunakannya secara berfaedah.

Apakah anda antara orangnya?

Senyum. via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Berhenti mengHINA ALLAH !

Alkisah seorang pemalas....

Adnan seorang yang pemalas. Beliau tidak pernah berusaha untuk mendapatkan apa-apa dan tidak pernah menyiapkan tugas yang diamanahkan.

Setiap kali, bila projek beliau tidak dapat disiapkan kerana beliau tidak pernah berusaha sungguh-sungguh kerana kemalasannya, Adnan akan berkata, “Takdir Allah. Tidak sampai waktunya lagi untuk saya berjaya.”


Adnan juga seorang yang tidak menepati masa. Setiap kali bila beliau lambat ke temujanji, beliau akan berkata, “Tak apalah, Allah nak saya sampai lambat, mungkin ada hikmahnya… syukur aje saya dapat sampai.”

Satu hari, Adnan dihantar untuk menghadiri kursus dan kursus itu mempunyai satu peperiksaan untuk menentukan pencapaian Adnan. Adnan yang malas tidak mengulangkaji apa yang dipelajarinya dan akhirnya beliau gagal dalam peperiksaan tersebut.

“Dah takdir. Tak boleh nak buat apa. Allah izinkan ia berlaku, mungkin ada hikmahnya,” kata Adnan ketika ditanya Ustaz Nik mengenai pencapaian beliau tatkala berjumpa.

Ustaz Nik agak terkilan dengan kata-kata Adnan lalu berkata…

“Wahai sahabatku, hentikan menghina Allah,” kata Ustaz Nik kepada Adnan yang sudah dikenalinya lama dan masak dengan perangai malasnya.

“Bilamana aku menghina Allah?” jawab Adnan.

“Kalau sahabat dah berusaha bersungguh-sungguh untuk berbuat sesuatu perkara, dan keputusannya bukan keputusan yang sahabat hajati, sahabat bolehlah berkata itu berlaku atas izin dan takdir Allah, mungkin ada hikmahnya.

Kalau sahabat tak pernah berusaha dan malas, ana minta sahabat henti menghina Allah dengan menyatakan keputusan yang tidak dihajati berlaku kerana takdir dan izin Allah sebaliknya ia jelas adalah kerana kelemahan dan kemalasan sahabat sendiri.

Ingat! hidup di dunia ini bukan kerana akhirat sahaja, kena juga cemerlang di dunia. Jangan sesekali menghina Allah dengan berkata kegagalan sahabat adalah takdir-Nya tatkala sendiri tidak pernah berusaha,” tegur Ustaz Nik.

Mulai itu, Adnan mula meletakkan segala fokus pada kerjanya dan membiarkan keputusan di tangan Allah.

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Pesanan Syaqiq Bin Ibrahim

Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah, maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama,

1- Siapakah orang yang sempurna akal ?
Orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik ?

Orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang kaya ?
Orang yang redha menerima bahagiannya dari Allah SWT (rela menerima hukum takdir Allah SWT).

4- Siapakah orang yang mengerti agama ?
Orang yang tidak minta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil ?
Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 978-979.

Sebar-sebarkan !!!

Monday, 10 December 2012

Pesanan Tok Guru ^__^

Nantikan 12 Januari 2013 !!

Keistimewaan Syuhada'

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1- Diampunkan dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar.
2- Melihat tempatnya di dalam Syurga.
3- Dilindungi dari azab kubur
4- Terjamin keamanannya dari malapetaka besar.
5- Merasakan kemanisan iman.
6- Dikahwinkan dengan bidadari.
7- Diperkenankan utk memberi syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)