Kekasih

Biodata Nabi Muhammad S.A.W :
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf 
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib'

Bapa-bapa saudara:

• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
Hamzah bin Abdul Muthalib
Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:

- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah
  As-  Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:

1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah aka Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah aka Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Maimunah Binti Al-Harith
11. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
12. Mariah Al-Qibtiyyah

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim (Anak bersama Mariah Al-Qibtiyyah)
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina        
    Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
    Khadijah adalah seorang janda).[Anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:
- Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu
  bapa saudaranya.
- Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
- Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan
  baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan
  menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah  
  terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga
  yang besar.
- Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk
  kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah
  adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan
  seorang yang pengasih.
- Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan
  rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan
  menjaga anak.
- Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan
  menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin:
Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Siddiq (Berkata benar)
- Amanah (Boleh dipercayai)
- Tabligh (Penyampai ajaran Islam)
- Fatanah (Bijaksana)

Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn:
Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:

- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 Ramadhan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hira’ al-Jabar Nur .
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama
  Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama
  Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan  
  (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
  diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran
  Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh
  Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

Sumber : Sahabat Kita

No comments: