Friday, 21 December 2012

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar. Nauzubillah..

Jangan Perasan..

Alkisah sebuah kapal tersandar…

Kapal yang dinaiki Khairy dan Nasrudin rosak akibat ribut dan mereka hanya mampu berenang ke sebuah pulau kecil yang bagaikan gurun.

Dua sahabat karib itu tidak tahu apa yang boleh dilakukan selain berdoa kepada Allah swt.

Untuk melihat doa siapa yang lebih kuat dan dimakbulkan, Khairy mencadangkan agar mereka membuat sempadan di pulau tersebut, dan mereka tinggal berasingan satu di Timur dan di Barat.

Perkara pertama yang mereka doakan ialah makanan. Pagi keesokan, Khairy terjumpa sepohon pokok buah di dalam kawasan sempadan pulaunya. Buah itu boleh dimakan. Kawasan Nasrudin tiada ada apa-apa penemuan, tapi Nasrudin hanya senyum.

Setelah seminggu, Khairy mendoakan agar dapat mendapat pakaian baru untuk ditukar. Besok harinya, ada benda terapung dibawa ombak menghala ke kawasan pulaunya. Ia adalah peti dengan pakaian baru. Di sebelah Nasrudin, masih tiada apa-apa, namun beliau senyum melihat Khairy mendapat baju baru.

Melihat doanya dimakbulkan, Khairy mula berdoa untuk lebih banyak perkara… termasuk rumah, pakaian dan lebih makanan – apa yang diminta semua diperolehi. Nasrudin masih tidak mempunyai apa-apa selain terpaksa menangkap ikan dan makanan laut setiap hari untuk meneruskan kehidupan.

Akhirnya Khairy mendoakan agar mendapat sebuah kapal untuk meninggalkan pulau tersebut. Besok paginya, betul terdapat satu kapal yang tersandar di tepi pantai kawasannya. Khairy terus menaiki kapal tersebut dan membuat keputusan untuk meninggalkan sahabat karibnya Nasrudin seorang diri di pulau.

Khairy merasakan Nasrudin tidak layak menerima segala kurniaan Allah padanya kerana doa Nasrudin sehingga kini tiada satupun yang dimakbulkan. Akhirnya Khairy meninggalkan Nasrudin dalam keadaan diam-diam ketika Nasrudin tidur petang.

Di tengah lautan, Khairy tertidur dan termimpi…. Ada suara dari langit…

“Mengapa kamu sanggup meninggalkan kawan baik mu seorang diri di pulau tersebut?”

Khairy menjawab, “Semua doa dia tak dimakbulkan, dia tak layak menerima apa-apa.”

“Kamu tersilap!” kata suara dari langit tersebut. “Nasrudin hanya ada satu doa, yang dimakbulkan Allah. Jika tak ada, kamu takkan dapat apa yang kamu dapat.”

“Apa dia? Apa yang didoakan Nasrudin sehingga saya perlu terhutang padanya? Semua ini hasil doa saya sendiri yang kuat,” kata Khairy dengan angkuh.

“Nasrudin mendoakan agar segala doa Khairy dimakbulkan…” setelah habis kata-kata tersebut Khairy dikejut bangun oleh satu pancaran petir yang kuat.

Khairy menyesal dan terus balik mencari Nasrudin di pulau tersebut untuk melihat apakah benar Nasrudin berdoa untuknya…

Setibanya di pulau tersebut, Nasrudin gembira melihat Khairy.

“Alhamdulilah. Allah Maha Esa, ana bimbang anta hilang, nasib baik Allah mendengar doa aku untuk membawa anta kembali dengan selamat ke pangkuanku dan memberikan satu kapal kepada kita untuk meninggalkan pulau ini bersama-sama,” kata Nasrudin.

Khairy tidak mampu berkata apa-apa mendengar kata-kata Nasrudin seperti apa yang dimimpikannya. Beliau hanya mampu memeluk Nasrudin dan memohon keampunannya atas segala kezaliman beliau terhadapnya yang tidak disedari sahabatnya. 

Pengajaran: Jangan ingat perkara baik yang berlaku adalah atas doa sendiri sahaja tapi ia adalah hasil daripada doa-doa jamaah, rakan kita yang turut mendoakan kebaikan pada kita. Hargailah kawan dan jangan tinggalkan mana-mana sahabat dan orang terdekat di belakang.

Senyum.

Nice ..

Berkaitan Semasa Khutbah Jumaat

Hukum bercakap semasa khutbah Jumaat 

Dari Abu Hurairah ra., Nabi berkata, "Jika kamu berkata kepada sahabat kamu "Diam", semasa Imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata yang lagha (berkata perkara yang sia-sia)" [HR al-Bukhari #892, Muslim 851].

Nabi s.a.w.: "Jika kamu berkata kepada kawanmu, diam pada hari Jumaat dan khatib sedang membaca khutbah, maka tiada pahala Jumaat baginya." (Nailul Authar, dari Abu Hurairah).

Menurut mazhab imam l-Syafi’I, hukumnya MAKRUH berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali) mengatakan HARAM berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah menyebabkan TIDAK MENDAPAT PAHALA tetapi solat Jumaat tetap sah.

Dibenarkan berkata-kata dalam beberapa keadaan iaitu kerana mahu memberi amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, mengerjakan solat tahiyatul masjid, mengucap `yarhamukallah’ kepada orang yang bersin apabia dia memuji Allah, menjawab salam dan membaca selawat apabila mendengar selawat.

Meng"amin"kan do'a Imam ketika khutbah kedua pada hari Jumaat tidaklah tergolong kepada perkataan yang sia-sia, ia dibenarkan, cuma dengan kadar suara yang perlahan. Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, "Sesungguhnya apa yang syara'kan adalah agar seseorang itu adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339].

Dah Hangus?

Kisah para sahabat: Linangan Air Mata Kesyukuran Abu Darda r.a

Abu Darda r.a adalah salah seorang sahabat karib Nabi SAW. Beliau dianggap sebagai seorang sahabat yang sangat takwa kepada Allah SWT. Dia sangat berendah hati dan zuhud terhadap kemewahan dunia. Sebagai seorang sahabat besar, Abu Darda r.a banyak memperolehi hadith-hadith dari Rasulullah SAW.

Pada suatu hari diriwayatkan Abu Darda r.a telah mendapat berita tentang kampung halamannya telah terbakar. Menurut berita yang diterima melalui seorang sahabat beliau bahawa rumahnya juga telah turut terbakar. Bagaimana pun Abu Darda r.a yang teguh iman itu tidak berasa terkejut mendengar berita itu. Dia kelihatan tenang menerimanya, seolah-olah tidak ada suatu pun yang berlaku ke atas dirinya.

Bahkan beliau tidak sedikit pun tergesa-gesa untuk pulang melawat rumahnya yang telah hangus. Sebaliknya Abu Darda r.a menyelesaikan dahulu segala kerjanya. Setelah selesai baharulah dia berangkat menuju ke kampungnya untuk melihat kebakaran itu. Dalam perjalanan itu Abu Darda r.a hanya bertawakal sahaja kepada Allah kerana kepada Dia sajalah kita berserah malah Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Sebaik saja dia sampai di kampungnya dia mendapati ke semua rumah orang-orang kampungnya telah hangus terbakar. Atas kebesaran dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa rumah Abu Darda r.a tidak langsung terjejas dan di makan oleh api. Dengan linangan air mata Abu Darda r.a menadahkan tangannya ke hadrat Ilahi sambil mengucapkan syukur.

p/s: Allahu Akbar! itulah keteguhan iman salah seorang sahabat Nabi S.A.W yg telah meletakkan keyakinan hanya pd ALLAH S.W.T. Keteguhan iman seperti inilah yg seharusnya kita usahakan dlm diri..Iman yakin yg sebenar-benarnya akan janji-janji ALLAH. Semoga kita memiliki iman yg teguh seperti para sahabat Nabi S.A.W, yang mana mereka telah peroleh keredhaan ALLAH S.W.T didunia ini lg... 

Mangkuk, Madu dan Rambut

Rasulullah S.A.W dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, dan Ali r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a isterinya Saidatina Fatimah r.ha puteri Rasulullah S.A.W menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah S.A.W kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a berkata, " Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut."

Umar r.a berkata, " Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Usman r.a berkata, " Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menunutut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Ali r.a berkata, " Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Fatimah r.ha berkata, " Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah di lihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Rasulullah S.A.W berkata, " Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu dan berbuat amal dengan ikhlas itu adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Malaikat Jibril a.s berkata, " Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

ALLAH S.W.T berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

sumber: Kitab Tanbihul Ghafilin

Al-Quran Sebagai Pembela

Abu Umamah r.a berkata: " Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana dikala itu orang sangat memerlukannya. " Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?".

Maka berkata Al-Quran: " Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: " Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap ALLAH S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya: " Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: " Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Di dalam kitab Fadhilat Amal, dari Hazrat Mua'z Al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, " Sesiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al-Quran?" (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud)

Said bin Amir Gabenor Kuffah

Kisah seorang sahabat Nabi bernama Said bin Amir. Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab. Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa, Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Said bin Amir, tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau. Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”. Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.

Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin. Ketika menjadi gabenor di Kufah, pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.

Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ;

(1),Said bin Umar tidak keluar dua kali dalam masa sebulan.
(2),beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan
(3),beliau tidak keluar pada waktu malam.

Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.

Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang. Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.

Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba. Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.

Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.

Kesimpulan
Itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu, bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri. Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai. Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna” 

Kisah Tha'labah Cintakan Syurga

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Thursday, 20 December 2012

Qasidah - Tholama Asyku


Kewajiban Solat Fardhu

Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung... 
(HR Imam al-Tirmidzi)

Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir,Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang mendirikan solat”.

Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah)

Drink Warm Lemon Water

‎10 Reasons Why You Should Drink Warm Lemon Water in the Morning

Instead of getting a cup of coffee, why not replace it with a warm water lemon drink!? Below are the good factors to consider.


1. Boosts your immune system: Lemons are high in vitamin C, which is great for fighting colds. They’re high in potassium, which stimulates brain and nerve function. Potassium also helps control blood pressure.

2. Balances pH: Drink lemon water everyday and you’ll reduce your body’s overall acidity. Lemon is one of the most alkaline foods around. Yes, lemon has citric acid but it does not create acidity in the body once metabolized.

3. Helps with weight loss: Lemons are high in pectin fiber, which helps fight hunger cravings. It also has been shown that people who maintain a more alkaline diet lose weight faster.

4. Aids digestion: Lemon juice helps flush out unwanted materials. It encourages the liver to produce bile which is an acid that required for digestion. Efficient digestion reduces heartburn and constipation.

5. Is a diuretic: Lemons increase the rate of urination in the body, which helps purify it. Toxins are, therefore, released at a faster rate which helps keep your urinary tract healthy.

6. Clears skin: The vitamin C component helps decrease wrinkles and blemishes. Lemon water purges toxins from the blood which helps keep skin clear as well. It can actually be applied directly to scars to help reduce their appearance.

7. Freshens breath: Not only this, but it can help relieve tooth pain and gingivitis. The citric acid can erode tooth enamel, so you should monitor this.

8. Relieves respiratory problems: Warm lemon water helps get rid of chest infections and halt those pesky coughs. It’s thought to be helpful to people with asthma and allergies too.

9. Keeps you zen: Vitamin C is one of the first things depleted when you subject your mind and body to stress. As mentioned previously, lemons are chock full of vitamin C.

10. Helps kick the coffee habit: After taking a glass of warm lemon water, most people suggests of less craving for coffee in the morning.

Why it has to be warm water not cold? Cold water likely provides a shock or stress factor to the body. It takes energy for your body to process cold water.

The recipe is really simple - a cup of warm water (not hot) and the juice from half of a lemon.



Cara 'Islahkan Hati

Ulama’ berkata, terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati :

1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan
3.Bangun malam dengan beribadat
4.Bermunajat pada waktu sahur
5.Berdamping dengan orang Soleh
6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat
7.Uzlah(asingkan diri) daripada orang jahil
8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil)
9.Makan benda yang halal

Geng Surau Sejid

Antara kelebihan orang yang suka berjemaah di Masjid / Surau;

1) “Ada tiga golongan yang semuanya dijamin oleh Allah Taala, iaitu orang yang keluar untuk berperang di jalan Allah, maka ia dijamin oleh Allah hingga Dia mewafatkannya lalu memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya dengan membawa pahala dan ghanimah, kemudian orang yang pergi ke masjid, maka ia dijamin oleh Allah hingga Dia mewafatkannya lalu memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya dengan membawa pahala, dan orang yang masuk rumahnya dengan mengucapkan salam, maka ia dijamin oleh Allah.”

(Riwayat Abu Daud)

2) “Barangsiapa yang pergi menuju masjid untuk solat berjemaah, maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi mahupun pulangnya.”

(Riwayat Ahmad)

3) “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya menuju masjid dalam keadaan bersuci (telah berwuduk) untuk melaksanakan solat fardu (berjemaah), maka pahalanya seperti pahala orang yang melaksanakan haji dan ihram.”

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

5) “Barangsiapa yang pergi ke masjid dan pulang (darinya), maka Allah menyiapkan untuknya persinggahan di syurga setiap kali pergi dan pulang.”

(Muttafaq ‘alaih)

Kelebihan Selawat

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah S.A.W lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, " Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah S.A.W, " Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Rasulullah S.A.W bertanya kepada unta itu, " Hai unta, milik siapakah engkau ini?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, " Wahai Rasulullah, aku adalah milik seorang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah S.A.W berkata kepada orang Muslim itu, " Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga ALLAH TAALA menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang muslim itu, " Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah S.A.W bersabda, " Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi ALLAH S.W.T. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada ALLAH S.W.T melalui seekor unta yang menghakimkannya.

sumber: Kitab Tanbihul Ghafilin 

Tuesday, 18 December 2012

Jangan Tinggai Solat!

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. Mati dalam keadaan buruk (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Monday, 17 December 2012

Sabar.. Mereka Tak Tahu..

‎::Indahnya Kesabaran Rasulullah SAW::

Suatu malam, Abu Lahab mengutus istrinya saat Rasulullah berada di sekitar Ka’bah pada waktu sahur dengan membawa duri dan meletakkannya di jalan yang dilalui oleh Rasulullah.

Begitu keluar, kaki Rasulullah saw. terkena duri dan Beliau mengusap darah yang keluar dari kedua kaki beliau seraya berkata:


“Allahumaghfir liqaumii, fainnahum laa ya’lamuun.”

“Ya Allah, ampunilah kaumku, karena sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Dalam peristiwa yang lain, di hadapan khalayak ramai di atas kepala beliau diletakkan ketuban kambing yang baru saja melahirkan. Mereka, para kafir penentang dakwah Rasulullah saw., menertawakan beliau. Namun, taukah Kamu apa yang dilakukan oleh Rasul? Apakah balasan yang diberikan Rasul kepada mereka? Apakah Rasul marah?

Tidak, beliau tidak marah. Malah beliau berdoa sebagaimana doanya di atas.

“Allahumaghfir liqaumii, fainnahum laa ya’lamuun.”

“Ya Allah, ampunilah kaumku, karena sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Bahkan ketika seorang malaikat datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: “Ya Rasul Allah! Izinkan aku menimpakan dua gunung ini kepada mereka.”

Taukah Kamu apa jawaban Rasul? Rasul ternyata tidak mau didominasi oleh amarahnya. Dan beliau menjawab permohonan malaikat itu dengan kata-kata yang sungguh menyejukkan jiwa.

“Tidak. Sesungguhnya aku berharap kepada Allah supaya dari keturunan-keturunan mereka ada yang menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.”
(HR. Bukhari)

Lihatlah olehmu! Betapa sabarnya Rasulullah saw. Betapa pemaafnya Beliau. Betapa kesabaran menghiasi qalbunya.

Bayangkan! Jika Kamu yang berada di posisi beliau saat itu. Apa yang akan Kamu lakukan. Dapatkah Kamu berlaku sebagaimana yang beliau lakukan? Dapatkah Kamu membalas keburukan yang dilakukan kepadamu dengan sebuah doa yang penuh keikhlasan? Tidak membalas perlakuan buruk itu dengan perlakuan yan sama atau bahkan lebih, walaupun Kamu sebenarnya mampu melakukannya?

Sungguh. Maha Suci Allah yang telah mengutus Rasulullah saw. ke muka bumi ini dengan kesabaran yang begitu indah.

فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلا

“Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.”
(QS. Al Ma` aarij ayat 5)

Jangan TIUP !!

Jangan tiup air minuman!

Nabi saw bersabda, “Apabila kamu minum, janganlah bernafas di dalam bejana (bekas minuman) atau meniupnya". (HR Bukhari)

Penjelasan Sains


Apabila kita menghembus, kita akan mengeluarkan karbon dioksida yang akan bercampur dengan air dan seterusnya menjadi cuka. Ini akan membuatkan makanan kita menjadi seperti asid.

Pesan Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk minum seteguk demi seteguk, ini untuk mengelakkan kita dari bernafas di dalam gelas. Seterusnya menyebabkan terjadinya reaksi seperti di atas.

Ulasan yang saya sampaikan, mungkin bukan hikmah keseluruhan, kerana Ilmu Allah tentu lebih luas dari ilmu manusia, jadi ini adalah salah satu hikmah dari puluhan hikmah lainnya yang belum terungkap oleh manusia.

Kewajiban kita hanyalah mendengar dan menta'atiNya Perkara hikmah apa yang ada dalam larangan itu, adalah di sebaliknya. Yang penting kita sudah mencuba mentaatiNya.

Sunday, 16 December 2012

Dihukum kerana Bela Nasib Melayu



Lim Guan Eng dipenjarakan di Penjara Kajang pada tahun Ogos 1998 kerana membela nasib seorang gadis melayu yang dikatakan dirogol oleh Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Disebabkan tuduhan ini beliau terpaksa meletakkan jawatan Sebagai Ketua Menteri Melaka beliau tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol Dimahkamah walaupun kertas siasatan sudah Lengkap Tapi Tidak Didakwa Sebaliknya Orang Yang Dedahkan Yang kena dakwa dan disabitkan kesalahan..

Orang Itu Ialah Lim Guan Eng Yang Ketika Itu Menjadi Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka dan disabit kesalahan oleh mahkamah di bawah Akta Hasutan dan Akta Pencetakan & Penerbitan Dan Dipenjarakan selama 18 bulan.Lim Guan Eng tidak dapat bertanding dalam pilihanraya umum 1999 dan 2004 atas sebab pekara ini.

#Jika Lim Guan Eng sanggup dipenjarakan kerana membela nasib Melayu, sanggupkah anda cakap DAP extreme?

sumber : FB

Hasad dan Ghibtah

“Hati-hati kalian dari sifat hasad kerana hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu bakar.” (HR. Abu Dawud. Al-Albani mengatakan hadis ini DA'IF dalam Silsilah Al-Ahadits Adl-Dha’ifah no. 1902)

Allah ta’ala berfirman, "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain..." (An Nisa’: 32)


Dari Anas r.a. bahawa dia berkata, Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku, “Wahai Anakku! Bila engkau mampu hingga pagi dan petang tanpa memendam sifat hasad dengki kepada seseorang, maka lakukanlah.” (HR. Tirmidzi)

Nabi bersabda, “Kalian tidak akan beriman sehingga menginginkan untuk saudaranya hal-hal yang dia inginkan untuk dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi bersabda,"Tidak boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu dia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain". (H.R Bukhari dan Muslim).

Jika seseorang mendapat nikmat, kita yang melihat keadaan itu, akan berada di antara dua keadaan:

1. Jika kita rasa benci atau tidak suka dengan nikmat yang diperolehinya. Inilah yang dikatakan hasad.

2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehi oleh orang itu dan kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah (hasad yang dibenarkan). Iaitu rasa bangga dengan orang itu dan bercita-cita untuk mendapatkan kelebihan seperti mana yang didapati oleh orang itu. Sifat ini amatlah terpuji dan dikehendaki ada pada tiap-tiap orang, kerana dengannya boleh mendatangkan kebaikan dan kemajuan hidup.

Bezanya pada perasaan, BENCI atau SUKA.

Jom Pakat Pi!!