Kisah para sahabat: Linangan Air Mata Kesyukuran Abu Darda r.a
Abu Darda r.a adalah salah seorang sahabat karib Nabi SAW. Beliau dianggap sebagai seorang sahabat yang sangat takwa kepada Allah SWT. Dia sangat berendah hati dan zuhud terhadap kemewahan dunia. Sebagai seorang sahabat besar, Abu Darda r.a banyak memperolehi hadith-hadith dari Rasulullah SAW.
Pada suatu hari diriwayatkan Abu Darda r.a telah mendapat berita tentang kampung halamannya telah terbakar. Menurut berita yang diterima melalui seorang sahabat beliau bahawa rumahnya juga telah turut terbakar. Bagaimana pun Abu Darda r.a yang teguh iman itu tidak berasa terkejut mendengar berita itu. Dia kelihatan tenang menerimanya, seolah-olah tidak ada suatu pun yang berlaku ke atas dirinya.
Bahkan beliau tidak sedikit pun tergesa-gesa untuk pulang melawat rumahnya yang telah hangus. Sebaliknya Abu Darda r.a menyelesaikan dahulu segala kerjanya. Setelah selesai baharulah dia berangkat menuju ke kampungnya untuk melihat kebakaran itu. Dalam perjalanan itu Abu Darda r.a hanya bertawakal sahaja kepada Allah kerana kepada Dia sajalah kita berserah malah Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Sebaik saja dia sampai di kampungnya dia mendapati ke semua rumah orang-orang kampungnya telah hangus terbakar. Atas kebesaran dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa rumah Abu Darda r.a tidak langsung terjejas dan di makan oleh api. Dengan linangan air mata Abu Darda r.a menadahkan tangannya ke hadrat Ilahi sambil mengucapkan syukur.
p/s: Allahu Akbar! itulah keteguhan iman salah seorang sahabat Nabi S.A.W yg telah meletakkan keyakinan hanya pd ALLAH S.W.T. Keteguhan iman seperti inilah yg seharusnya kita usahakan dlm diri..Iman yakin yg sebenar-benarnya akan janji-janji ALLAH. Semoga kita memiliki iman yg teguh seperti para sahabat Nabi S.A.W, yang mana mereka telah peroleh keredhaan ALLAH S.W.T didunia ini lg...
No comments:
Post a Comment