Alkisah sekumpulan kawan….
Pada suatu masa dahulu, terdapat empat kawan karib yang mengembara di serata dunia berasingan dan menguasai segala ilmu sihir.
Empat sekawan, A, B, U, P kembali di kampung pada satu hari dan masing-masing ingin menunjukkan kehebatan masing-masing dalam ilmu sihir yang dipelajari.
Mereka masuk ke hutan bersama-sama… dan salah seorang daripada mereka terjumpa sebatang tulang. Rupa-rupanya tulang itu adalah tulang paha seekor harimau.
Pada suatu masa dahulu, terdapat empat kawan karib yang mengembara di serata dunia berasingan dan menguasai segala ilmu sihir.
Empat sekawan, A, B, U, P kembali di kampung pada satu hari dan masing-masing ingin menunjukkan kehebatan masing-masing dalam ilmu sihir yang dipelajari.
Mereka masuk ke hutan bersama-sama… dan salah seorang daripada mereka terjumpa sebatang tulang. Rupa-rupanya tulang itu adalah tulang paha seekor harimau.
Kawan A berkata yang menemui tulang itu berkata: “Aku ada ilmu untuk menumbuhkan segala rangka tulang binatang ini daripada tulang paha ini.”
Dan dengan sekelip mata, rangka tulang harimau muncul di depan empat sekawan.
Tidak mahu mengalah, kawan B berkata: “Ceh, aku ada ilmu boleh kembalikan kulit, daging dan darah pada binatang ini.”
Betul apa yang dikatakan kawan B, seekor harimau tanpa nyawa terjadi daripada rangka tulang yang dibuat kawan A tadi.
Kawan C yang tidak mahu ketinggalan berkata: “Hahahah, itu saja yang anta dua mampu. Aku ada ilmu untuk hidupkan semula binatang ini….” Kawan C pun mula hendak menggunakan sihirnya…
“Nanti!” Jerit kawan P.
“Apa dia? Jangan kacau aku,” jawab kawan C.
“Aku percaya kamu ada ilmu yang boleh bagi nyawa kat binatang ini. Tak perlu cuba,” kata kawan P.
“Apa gunanya aku ada ilmu sehebat ini tapi aku tidak menggunakannya. Kamu semua tidak pernah melihat kehebatan aku. Aku nak tunjuk juga. Kamu tengok sahaja,” kata kawan C.
Kawan P berkata, “Kalau kamu bertekad, nanti dulu, tunggu aku panjat pokok ini dulu.” Kawan P terus bergegas panjat pokok yang terdekat dan mengajak kawan A dan B bersama tapi ditolak mereka.
“Kamu ini penakut. Kami nak tengok apa yang C boleh buat,” jawab kawan A dan B.
Kawan C terus menghidupkan harimau tersebut.
Sejurus harimau itu hidup, harimau itu terasa lapar dan ingin mencari makanan. Harimau terus menyerang kawan A, B dan C yang terkejut dan terpaku… mereka cuba melawan – akhirnya harimau tersebut berjaya dihalau tapi ketiga-tiga rakan tersebut cedera parah di tangan dan tidak mungkin dapat menggunakan ilmu sihir lagi.
Setelah harimau beredar jauh, kawan P pun turun untuk membantu kawan A, B dan C.
“Apa ilmu sihir yang kamu belajar,” tanya kawan A pada kawan P.
“Aku tak belajar sihir, selama ini aku cuma belajar jangan suka menunjuk-nunjuk kemahiran dan ilmu yang ada dan hanya gunakan ilmu untuk manfaat bersama,” jawab kawan P yang menggunakan ilmu perubatan yang dipelajarinya untuk merawat ketiga-tiga kawannya yang luka parah.
Pengajaran daripada cerita dongeng ini: Jangan berlebih-lebih nak tunjuk kemahiran dan ilmu yang ada, gunakannya secara bermanfaat.
Senyum. via Dato' Tuan Ibrahim (FB)
No comments:
Post a Comment