Sunday 30 December 2012

Tausiyah oleh Al Habib Najmuddin Othman Al Khered


''Gembirakanlah Rasulullah dengan amalan baik kalian.''(ulama')

Setiap amalan dan perbuatan Rasulullah merupakan ibadat yang suci.Setiap perkataan dan diamnya adalah zikir.

Rasulullah saw walaupun maksum dan diberi keampunan oleh ALLAH serta darjat yg tinggi yang tidak tercapai oleh wali ALLAH mahupun nabi-nabi yang terdahulu,tidak duduk istirahat bahkan mengambil berat dan perhatian terhadap ibadat nawafil.

Kita yang mengaku umatnya dan mendakwah mengikut sunnahnya,berapa banyaklah ibadat yang dilakukan sedangkan kita berterusan membuat dosa dan lalai.

Berkaitan dosa dan mizan (timbangan) ,kitalah yang sepatutnya lebih banyak beribadat dari Baginda saw.Ibadat kita,usah kata pahala penuh,jika hanya satu minit sahaja pun diberi pahala,ia sudah dikira satu rahmat dari ALLAH.

Kelak,di akhirat Rasulullah saw nabi yg paling gelisah kerana memikirkan nasib ummatnya bahkan seperti diceritakan oleh al Habib Najmuddin Othman ,nanti Rasulullah akan berada dipinggir pintu neraka.

Untuk apa??

Tidak lain adalah untuk menyelamatkan ummatnya daripada masuk ke dalam api neraka.Rasulullah akan berpegang pada bahagian pinggang ummatnya supaya memastikan tidak ada di kalangan ummatnya yg masuk ke neraka jahannam.

Kenapa bahagian pinggang bukan leher,tangan dan selain dari anggota badan itu?

Ini menunjukkan kesungguhan Rasulullah untuk menyelamatkan ummatnya.Cengkaman di bahagian pinggang lebih kemas dan tidak mudah lepas.

Rasulullah saw tidak reda umatnya masuk neraka!!

Berusahalah menggembirakan hati Rasululah dengan amalan baik kita.Agar Rasulullah tidak perlu berkerut dahi memikirkan tentang nasib kita kelak.

Usahakan perelokkan ibadah fardhu dan wajib dan mempertingkatkan ibadah sunnat dan nawafil.

Waktu kita berada di mahkamah ALLAH adalah waktu yg amat sukar.Kedua malaikat pencatit amlaan kita akan turut bersama.Malah setiap bahagian tubuh kita akan memberi pengakuan terhadap amalan baik atau buruk kita semasa di dunia.

Saiyidina Rasulullah menyarankan kepada kita agar kita ucap Kalimah Toyyibah dan Tasbihat dengan menggunakan jari kerana pada hari Qiamat,jari juga akan disoal berkenaan amalan yg dibuatnya.

:: Kalau kita belum pernah mengalirkan air mata kerinduan kepada NABI,belum cukup cinta dan rindu kita kepada Rasulullah ..

1 comment:

CatalyX said...

Izinkan sy share. :)