Makna Perkataan “Selawat”
- Perkataan Selawat ( Bahasa 'Arab : الصلوات ) diambil dari perkataan Solat ( Bahasa 'Arab : الصلاة ), doa, pujian.
- Telah berkata Al-Bukhariy : Telah berkata Abu `Aliyah :
- Selawat Allah Subhanahu wata`ala ialah Pujian-Nya di sisi para Malaikat.
- Dan Selawat Malaikat ialah Doa.
- Dan Selawat orang Mu’min ialah Memohon Rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[QS. Al-Ahzab : 56]
No comments:
Post a Comment