SOLAT ISTISQA’
Penulis: Mohd Yaakub bin
Mohd Yunus
Disemak
oleh:
Ustaz Mohd
Fikri Che Hussain
Istisqa’
bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta
hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa
ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara
sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat
Istisqa’. Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang
dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau.
Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah
Subhanahu wa Ta’ala sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya
yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah
diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا
بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ
وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ
مِنْ السَّمَاءِ...
…Dan tidak akan ada suatu kaum
yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut
nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak
ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali
Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit…
– Hadis riwayat Ibnu Majah
dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009
Justeru itu Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajar umatnya agar
mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta
istighfar (memohon keampunan) agar Allah Subhanahu wa Ta’ala
akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para
hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak
wujud satu dalilpun yang mewajibkannya.
v TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT ISTISQA’
q
Penampilan Fizikal Dan
Mental Untuk Bersolat Istisqa’
Mereka yang mengerjakan solat
Istisqa’ ini hendaklah menuju ke tempat perlaksanaan solat
tersebut dengan penampilan sederhana,
tawadhu’ (merendah hati), tadharru’
(bersungguh-sungguh dalam memohon) dan tamaskun (menunjukkan
benar-benar perlukan permintaan tersebut)
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي
الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِهِ.
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’
anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk
bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang
indah-indah seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh
harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya,
tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu.
- Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam
Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504.
q
Solat Istisqa’
Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin Tamim
daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk
mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat dua rakaat dan
menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu.
- Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,
no: 510.
q
Tidak Dilaungkan Azan Atau
Iqamah Sebelum Solat Tersebut.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ
Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu’ anh
berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari
untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua
rakaat tanpa azan atau iqamah…-
Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab
Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.
q
Dilaksanakan Sebagaimana
Solat Hari Raya.
Solat Istisqa’ dikerjakan sama
sebagaimana solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir pada
rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua.
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي
الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِهِ.
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’
anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk
bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang
indah-indah seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh
harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya,
tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu.
- Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam
Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504.
q
Waktu Perlaksanaan Solat
Istisqa’.
Solat sunat Istiqa’ boleh
dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk
bersolat.
q
Bacaan Dalam Solat
Istisqa’ Adalah Secara
Jahar (Kuat).
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin Tamim
daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk
mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat dua rakaat dan
menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu.
- Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,
no: 510.
Sebagaimana solat Hari Raya
dianjurkan juga untuk membaca surah
Qaf atau surah al-Qamar pada rakaat pertama dan bacaan
semasa rakaat kedua sama ada surah al-A’laa atau
al-Ghaasyiah.
q
Tempat Perlaksanaan Solat
Istisqa’.
Tidak dikerjakan di dalam masjid
tetapi di musolla iaitu di tanah yang lapang seperti padang
atau halaman masjid yang luas.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قُحُوطَ الْمَطَرِ. فَأَمَرَ بِمِنْبَرٍ فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى
وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ فِيهِ.
Maksudnya:
Daripada ‘Aishah radhiallahu’
anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu
memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah
yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan
kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan
solat) pada hari yang ditentukan....
- Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 992.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam sebagai ketua negara umat Islam telah turun
bersama-sama rakyat untuk mengerjakan solat
Istisqa’ ini. Lantaran itu pada masa kini terdapat beberapa
negara-negara Islam di timur tengah yang mana para pemerintah
tertinggi sesebuah negara itu turut turun bersama rakyat jelata
untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini di musolla. Kita
ternanti-nanti bila sunnah ini akan diamalkan pula oleh pemerintah
di Malaysia.
q
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa’.
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa’
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
“Subhanallah, walhamdulillah,wa la
ilaha illallah, wallahu akbar”
sebanyak enam kali
5)
Membaca surah al-Fatihah
6)
Membaca Surah al-Qur’an
7)
Rukuk
8)
Iktidal
9)
Sujud
10)
Duduk antara dua sujud
11)
Sujud kali kedua
12)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
“Subhanallah, walhamdulillah,wa la
ilaha illallah, wallahu akbar”
sebanyak empat kali
2)
Membaca surah al-Fatihah
3)
Membaca Surah al-Qur’an
4)
Rukuk
5)
Iktidal
6)
Sujud
7)
Duduk antara dua sujud
8)
Sujud kali kedua
9)
Duduk untuk tahiyyat
akhir
10)
Memberi salam ke kanan
dan ke kiri
q
Bacaan Khutbah Untuk Solat
Istisqa’.
Khutbah ringkas dilakukan sebelum atau
sesudah solat Istisqa’
di atas mimbar yang disediakan. Namun Imam al-Nawawi rahimahullah
lebih mengutamakan khutbah dikerjakan setelah solat sebagaimana
khutbah untuk solat Hari Raya. Berbeza dengan khutbah ketika solat
Hari Raya, khutbah untuk solat Istisqa’ adalah ringkas sahaja.
Dalilnya adalah hadis berikut:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُحُوطَ
الْمَطَرِ. فَأَمَرَ بِمِنْبَرٍ فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى
وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ فِيهِ.
قَالَتْ عَائِشَةُ
فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ
بَدَا حَاجِبُ الشَّمْسِ فَقَعَدَ
عَلَى
الْمِنْبَرِ فَكَبَّرَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَمِدَ
اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ قَالَ:
إِنَّكُمْ شَكَوْتُمْ جَدْبَ دِيَارِكُمْ وَاسْتِئْخَارَ الْمَطَرِ
عَنْ إِبَّانِ زَمَانِهِ عَنْكُمْ
وَقَدْ أَمَرَكُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ تَدْعُوهُ وَوَعَدَكُمْ
أَنْ يَسْتَجِيبَ لَكُمْ,
ثُمَّ قَالَ:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ
يَوْمِ الدِّينِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ.
اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْغَنِيُّ
وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ. أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا
أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً
وَبَلاَغًا إِلَى حِينٍ.
ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَلَمْ يَزَلْ فِي الرَّفْعِ حَتَّى بَدَا
بَيَاضُ إِبِطَيْهِ ثُمَّ حَوَّلَ إِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَقَلَبَ
أَوْ حَوَّلَ
رِدَاءَهُ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ
وَنَزَلَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ
فَأَنْشَأَ اللَّهُ سَحَابَةً فَرَعَدَتْ وَبَرَقَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ
بِإِذْنِ اللَّهِ …
Maksudnya:
Daripada ‘Aishah radhiallahu’
anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu
memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah
yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan
kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan
solat) pada hari yang ditentukan.
Menurut ‘Aishah ketika matahari
telah naik, baginda pun keluarlah lalu duduk di atas mimbar,
bertakbir serta memuji Allah dan bersabda: Kamu semua mengeluh sebab
keringnya negerimu, sedang Allah telah menyuruhmu semua agar berdoa
serta Dia menjanjikan pasti akan mengabulkan permohonanmu itu.
Baginda meneruskan: “Alhamdulillaahi rabbil’aalamiin.
Arrahmaanirrahiim, Maliki Yaumiddiin” Tiada Tuhan melainkan Allah,
Tuhan berbuat sekehendak-Nya. Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau,
Engkaulah yang Maha Kaya sedang kami adalah kaum fakir. Turunkanlah
hujan kepada kami serta jadikanlah hujan itu menjadi kekuatan serta
mencukupi kami sampai habis masanya.
Selanjutnya baginda mengangkat
kedua tangannya dan berdoa sampai kelihatan putih ketiaknya,
kemudian membalikkan diri dan menghadap ke arah kiblat, selendangnya
dibalikkan letaknya sambil mengangkat kedua tangannya itu, lalu
menghadap kepada semua manusia dan turun dari mimbar terus bersolat
dua rakaat. Di saat itu Allah Ta’ala menampakkan segumpal awan,
terdengarlah suara guruh dan petir dan kemudian turunlah hujan
dengan izin Allah Ta’ala…
- Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 992.
Menerusi hadis di atas dapat difahami
bahawa setelah khutbah maka Imam hendaklah menghadapkan wajahnya ke
arah kiblat lalu mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke langit lalu
berdoa dengan bersungguh-sungguh bersama-sama dengan para makmum.
Disunnahkan juga untuk menterbalikkan tapak tangan ketika berdoa di
mana bahagian belakang tapak tangan tersebut di hadapkan ke arah
langit.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى فَأَشَارَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ إِلَى السَّمَاءِ.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik (radhiallahu’
anh) bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu ketika
memohon hujan sedangkan punggung kedua tapak tangannya itu diangkat
ke atas langit. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Solat al-Istisqa’, no: 896.
Bagi mereka yang memakai selendang di
atas kepala (syal yang dipakai oleh lelaki) maka disunatkan
untuk mengalihkan bucu selendang di bahu kanan ke bahu kiri dan yang
di bahu kiri ke kanan dengan membuka dan menterbalikkan tudung
tersebut lalu memakainya semula. Ada yang berpendapat bahawa
tindakan mengalihkan selendang ini sebagai tafa’ul atau
mengharapkan adanya perubahan keadaan dari kemarau kepada hujan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ
خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ
رَافِعًا يَدَيْهِ.
ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ
وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ.
Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu’ anh
berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari
untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua
rakaat tanpa azan atau iqamah, kemudian menyampaikan khutbah serta
berdoa kepada Allah, lalu berpaling ke arah kiblat sambil mengangkat
kedua tangannya. Selanjutnya dibalikkan selendangnya yang kanan
diletakkan di kiri dan yang kiri di kanan.
- Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab
Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.
No comments:
Post a Comment