Friday, 16 March 2012

Sayyidul Ayyam

Hari Jumaat

1- Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)," (Surah Al-Jumuah:9)
 - "Wahai Orang Beriman!" Nikmat yang teramat besar iaitu Islam dan Iman. Sebagai umat Islam, kita sewajarnya bersyukur dengan nikmat ini kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Cuba bayangkan orang lain yang dilahirkan dalam agama lain, Hindhu, Kristian dan lain-lain? Mahukah kita dilahirkan seperti itu?
 - Yang dikatakan wajib tinggalkan jual beli hanyalah orang yang wajib solat Jumaat.

2- Nabi Muhammad SAW gemar membaca Surah Al-Jumuah keseluruhannya pada rakaat pertama dan membaca Surah Al-Munafiqun keseluruhannya pada rakaat kedua ketika menjadi imam Solat Jumaat.
 - Para Ulama' memilih sebahagian daripada Surah Al-Jumuah dan Surah Al-Munafiqun sudah memadai. 
 - Pada rakaat pertama, Surah Al-Jumuah : 9-11 

 
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

 Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

 Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. 

 - Pada rakaat kedua, Surah Al-Munafiqun : 9-11

 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 

 Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
 
 Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
 
3- Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya amal yang pertama akan dihisab pada hari Akhirat kelak ialah Solat."

4- Nabi SAW cinta Bahasa Arab kerana : 
  • Nabi SAW sendiri berbangsa Arab.
  • Bahasa Al-Quran.
  • Bahasa di dalam Syurga.
5- Surah Al-Haj : 41


Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. 

 - Bagi memilih pemimpin, pemimpin itu hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut yang tercatat dalam Al-Quran, Surah Al-Haj, ayat 41. Antara ciri-ciri yang terkandung ialah :
  • Mendirikan Solat.
  • Menunaikan Zakat.
  • Menyuruh Berbuat Kebaikan.
  • Melarang dan Mencegah dari melakukan kejahatan dan kemungkaran.
  - Tapi, apa yang berlaku sekarang ialah ramai orang yang memilih pemimpin mengikut suka hati mereka tanpa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah bukti sabda Nabi Muhammad SAW : "Betapa ramai orang yang membaca Al-Quran tetapi Al-Quran melaknatnya."

TUNTAS
 Jadi, sebagai umat Islam yang menjadi rakyat Malaysia, marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam memilih pemimpin. Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama supaya kita beroleh kebahagiaan di dunia dan di Akhirat. Insya-Allah. Wallahua'lam.

*Catatan isi kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust. Zawawi di Masjid At-Taqwa. (15 Mac 2012)



No comments: