Tuesday 13 March 2012

Solat Sunat Tasbih

Muqaddimah 


Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah SAW bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

Kaifiat/Cara Menunaikan Solat Tasbih 
  1. Pada Waktu Siang : 4 Rakaat 1 Salam
  2. Pada Waktu Malam : 4 Rakaat 2 Salam
Harus diingat bahawa walaupun 4 Rakaat sahaja, selalunya solat Tasbih berlansung selama lebih kurang 1 Jam. Jumlah tasbih pada setiap rakaat ialah 75 . [ 75 Tasbih X 4 rakaat = 300 Tasbih ]

Caranya ialah :

  • Niat :
"Sahaja aku solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala." 

  •  Antara Surah yang dianjurkan oleh para Ulama' ialah :
  1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
  2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
  3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
  4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
  • Bacaan Tasbihnya ialah : 
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


NOTA : Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

  • Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
  • Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
  • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
  • Rukuk - 10 kali tasbih
  • Iktidal - 10 kali tasbih
  • Sujud pertama - 10 kali tasbih
  • Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
  • Sujud kedua - 10 kali tasbih
  • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.
  • Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

  • Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

  • Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
  • Membaca doa solat tasbih;
 
 

No comments: