Tuesday, 13 March 2012

Solat Sunat Tasbih

Muqaddimah 


Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah SAW bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

Kaifiat/Cara Menunaikan Solat Tasbih 
  1. Pada Waktu Siang : 4 Rakaat 1 Salam
  2. Pada Waktu Malam : 4 Rakaat 2 Salam
Harus diingat bahawa walaupun 4 Rakaat sahaja, selalunya solat Tasbih berlansung selama lebih kurang 1 Jam. Jumlah tasbih pada setiap rakaat ialah 75 . [ 75 Tasbih X 4 rakaat = 300 Tasbih ]

Caranya ialah :

  • Niat :
"Sahaja aku solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala." 

  •  Antara Surah yang dianjurkan oleh para Ulama' ialah :
  1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
  2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
  3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
  4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
  • Bacaan Tasbihnya ialah : 
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


NOTA : Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

  • Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
  • Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
  • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
  • Rukuk - 10 kali tasbih
  • Iktidal - 10 kali tasbih
  • Sujud pertama - 10 kali tasbih
  • Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
  • Sujud kedua - 10 kali tasbih
  • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.
  • Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

  • Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

  • Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
  • Membaca doa solat tasbih;
 
 

Kuliah Maghrib 13 Mac 2012

Sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi daripada Ustaz Zawawi semalam di Masjid At-Taqwa, Bertam. Jika ada salah atau silap, bolehlah tegur saya di ruangan komen. Berikut merupakan catatan mengenai isi-isi kuliah yang sempat saya catat dalam sehelai kertas :

  • Nabi SAW pernah bersabda, "Bersegeralah kamu sekelian mengerjakan amal-amal soleh."
  • Tanda Kiamat - Al Haraj : Pembunuhan yang kita tak terfikir ia mungkin berlaku seperti sekarang apa  yang telah berlaku di negara kita adalah pembuangan bayi, anak bunuh emak, bapa bunuh isteri dan anak-anak dan macam-macam lagi kes yang kita terfikir ia mungkin berlaku. Ia lebih jahil berbanding zaman jahililiyyah.
  • Fitnah yang Dahsyat : Seseorang itu beriman pada waktu pagi tetapi dia kafir pada waktu petangnya ataupun seseorang itu beriman pada waktu petang tetapi kafir pada waktu paginya.
  • Nabi SAW bersabda, "Jihad yang paling afdhal adalah menegur pemimpin supaya berlaku adil dan melaksanakan hukum-hukum Allah."
  • "Sesungguhnya sejahat-jahat pengembala ialah pengembala yang kejam dan zalim." 'Pengembala' di sini bermaksud atau ditujukan kepada seseorang pemimpin. (Ketua Negara, Ketua Masyarakat,Ketua Keluarga)
  • "Sesungguhnya setiap daripada kamu ialah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan kamu."
  • Nabi SAW berpesan kepada ibu bapa supaya mengajar anak-anak kamu 3 perkara :  
  1. Kasih kepada Nabi SAW. 
  2. Kasih kepada Keluarga Nabi SAW(termasuk para Sahabat).  
  3. Membaca Al-Quran.
    KITAB MUSTIKA HADIS

    • Syarat-syarat AZAN.
    1. Yakin masuk waktu. (kecuali waktu Subuh, disunatkan azan 2 kali seperti yang dilakukan semasa zaman Rasulullah SAW)
    2. Kalimah azan mestilah berturut-turut, tidak dicela dengan perkataan lain atau dipisahkan antara waktu yang lama.
    3. Kalimah azan mestilah dilafazkan dalam Bahasa Arab. (kecuali jika sesuatu kaum itu tidak mengetahui atau tidak reti Bahasa Arab, maka harus dilafazkan dengan bahasa mereka tetapi menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk mempelajarinya.)
    4. Tertib.

    • Sunat AZAN apabila :
    1. Menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sehari semalam.
    2. Mendirikan Solat Jumaat.
    • Solat Sunat :
    1. Tidak disunatkan azan dan iqamah.
    2. Cukup dengan berkata : " !! الصلاة جماعة   " " Marilah Solat !! "
    Alhamdulillah, semoga dengan apa yang saya sampaikan ini dapat menambahkan ilmu kita atau menguatkan lagi ingatan kita dan memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat. Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita agar dakwah Islam tersebar luas sehingga di setiap pelosok dunia.

    Rasulullah SAW dan Seorang Pengemis Buta

    Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata"Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

    Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

    Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

    Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

    Ustaz Azhar Idrus Mai Penang !!

    First Come First Serve

    Terdapat satu hadis sahih di mana Rasulullah saw menjelaskan tentang segolongan umatnya yang akan masuk ke syurga tanpa hisab. Peluang ini diambil oleh seorang sahabat agar Rasulullah saw berdoa semoga dia termasuk dalam golongan tersebut. Lalu Rasulullah saw mendoakan untuknya. Sungguh bertuah sahabat ini. Hadis tersebut diriwayatkan dari Abu Hurairah dia berkata  "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

     'Di antara umatku nanti terdapat 70,000 orang akan masuk Surga tanpa hisab. Wajah mereka bersinar sebagaimana bulan purnama'." 

    Abu Hurairah berkata, "Kemudian Ukasyah bin Mihshan al-Asadi berdiri sambil mengangkat nimarah lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, doakanlah aku kepada Allah agar aku termasuk dalam kelompok itu.' 

    Rasulullah bersabda, 'Ya Allah masukkanlah Ukasyah ke dalam rombongan itu!' 

    Kemudian seorang sahabat dari golongan Ansar berkata, 'Ya Rasulullah, doakan pula aku agar termasuk ke dalam rombongan itu.' Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Ukasyah telah mendahuluimu'." ( Imam al-Bukhari dan Muslim) 

    Pengajaran :

    1. Kita hendaklah berusaha agar termasuk dalam golongan yang bertuah ini dengan mengesakan Allah dan menjauhi sebarang syirik sebagaimana dijelaskan dalam hadis Nabi saw yang lain.

    2. Sahabat bijak mengambil peluang untuk mendapatkan kebaikan.

    3. Diharuskan meminta kepada orang soleh mendoakan untuk kita agar mendapat kebaikan.

    4. Keyakinan para sahabat dengan kehidupan akhirat.

    Nama Syurga dan Neraka

    Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

    1. Firdaus
    2. Syurga 'Adn
    3. Syurga Na'iim
    4. Syurga Na'wa
    5. Syurga Darussalaam
    6. Daarul Muaqaamah
    7. Al-Muqqamul Amin
    8. Syurga Khuldi 


    Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka ialah :-

    1. Neraka Jahannam
    2. Neraka Jahiim
    3. Neraka Hawiyah
    4. Neraka Wail
    5. Neraka Sa'iir
    6. Neraka Ladhaa
    7. Neraka Saqar
    8. Neraka Hutomah

    Kisah Binatang Huraisy

    Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

    Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

    Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

    1.     Orang yang tidak mengerjakan solat.

    2.     Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

    3.     Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.

    4.     Orang yang suka minum arak.

    5.     Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

    Allah Declined 1 of 3 Prophet Muhammad's Requests.

    'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.


    Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :


    Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.


    1.     Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

    2.     Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

    3.     Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).


    Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

    Monday, 12 March 2012

    10 Solat Ditolak Allah SWT

    Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

    Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

    1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

    2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

    3.Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum 
       membencinya.

    4.Orang lelaki yang melarikan diri.

    5.Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

    6.Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

    7.Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

    8.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

    9.Orang-orang yang suka makan riba'.

    10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji 
        dan mungkar "

    Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

    Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."