Saturday, 17 March 2012

The Important of Sunnah Prophet SAW


Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku! 

Jadi, bermula saat ini, marilah kita ubah cara hidup kita daripada yang buruk kepada cara hidup Nabi SAW dan kepada sesiapa yang telah mengamalkan cara hidup Nabi SAW, maka kekalkanlah (Istiqamah) kerana sesiapa yang berpegang kepada Sunnah Nabi SAW, dia tidak akan sesat dan bahagia dunia dan akhirat seperti sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah ra : Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!


 

Friday, 16 March 2012

Khalid The Warrior

BIODATA KHALID BIN AL-WALID 


Nama : Khalid bin Al Walid
Gelaran : Saifullah (Pedang Allah)
Keturunan : Golongan Bangsawan (Bani Makhzum)
Tarikh lahir : Tahun 592 Masehi
Tarikh memeluk Islam : Bulan Safar tahun 8 Hijrah
Tarikh meninggal dunia : Tahun 21 Hijrah
Umur meninggal dunia : 38 tahun
Tempat dikebumikan : Hims, Syria.


SIFAT-SIFAT PERIBADI KHALID


1. Seorang yang berani dan tegas.
2. Mempunyai semangat juang yang tinggi.
3. Bijak dan pintar mengatur strategi untuk mengelirukan pihak.
4. Seorang pemimpin yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berpandangan jauh.
5. Mempunyai pengalaman yang luas dalam peperangan.
6. Seorang yang taat kepada ketua.
7. Mempunyai bakat kepimpinan dan kepahlawanan yang semulajadi.
8. Ikhlas berjuang kerana Allah bukan mengejar pangkat dan kedudukan.
9. Bercita-cita untuk gugur sebagai syahid.


JASA DAN SUMBANGAN KHALID BIN AL-WALID



ZAMAN NABI MUHAMMAD
1. Menyertai Rasulullah dalam operasi pembebasan kota Mekah. 
2. Menghapuskan berhala-berhala yang ada di sekeliling Ka'abah.
3. Turut terlibat bersama Rasulullah dalam Perang Hunain.


ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR
1. Membantu Saidina Abu Bakar memerangi : golongan murtad , golongan yang enggan membayar zakat dan golongan nabi palsu.                                                                             
2. Menjadi panglima yang memimpin tentera dalam Perang Yarmuk.
3. Dalam perang Muktah beliau merupakan tentera biasa yang telah bertindak dengan bijak
menyusun strategi sehingga dapat mengurangkan bilangan tentera Islam yang gugur.


ZAMAN SAIDINA UMAR
1. Beliau tetap menerusakan perjuangannya dalam peperangan Yarmuk walaupun telah dipecat dari jawatan sebagai panglima perang oleh Saidina Umar. Perjuangannya adalah ikhlas kerana
Allah.


KEBIJAKSANAAN KHALID MENGATUR STRATEGI KETIKA DI MEDAN PERANG
  • Bertahan dan tidak membuat serangan sehingga waktu senja.
  • Mengundurkan tentera Islam yang terkepung pada waktu malam.
  • Menyusun semula kedudukan tentera Islam untuk mengelirukan pihak musuh.
  • Mengarahkan tentera berkuda di barisan belakang supaya menaikkan debu agar musuh menyangka tentera bantuan tiba dari Madinah.

3 Rahsia Imam As-Syafie

Pada suatu hari Imam Syafie rah datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar. Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur,“Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim." Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan,dia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, dia tidak solat malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Subuh. Ketiga, Ia Solat Subuh tanpa berwudhu.

Imam Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam Syafie tersenyum lalu ia berkata, 
  • Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalan bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.
  • Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan dengan izin Allah malam itu, daripada hadis itu, aku dapat merungkai 72 hukum berkenaan masalah Feqah sehingga tidak sempat menunaikan Ibadah malam. 
  • Perkara ketiga, yang menyebabkan aku tidak berwudhu ketika Solat Subuh kerana aku pada malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Subuh dengan wudhu Solat Isyak.

Mu'az Bin Jabal

Kelahiran dan Kehidupan Beliau
Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah. - Muaz r.a mempunyaiciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar, mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap, mempunyai rupa paras dan tutur kata yang indah. -Muaz bin Jabal r.a memeluk Islam sejak beliau masih kecil  ketika umur 19 tahun melalui Mus'ab bin Umair yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah.

Sifat Terpuji Beliau
Sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah s.a.w sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik menyebabkan beliau muncul sebagai seorang yang paling alim tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat, orang yang paling baik membaca Al-Quran serta paling memahami syariat-syariat Allah. - Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji beliau dengan bersabda: Yang bermaksud: Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah. - Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. - Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w, penduduk Mekah memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama dengan mereka untuk mengajar syariat Allah s.w.t, lalu Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai agama Allah s.w.t.

Sifat terpuji beliau juga jelas terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah s.a.w mengisytiharkan keislaman mereka dan meminta daripada Rasulullah s.a.w supaya menghantar tenaga pengajar kepada mereka. Lalu baginda memilih Muaz r.auntuk memegang tugas tersebut bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada rombongan para sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka lantas baginda mewasiatkan kepada Muaz r.a dengan bersabda: "Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku ..." Lantas Muaz r.a menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah s.a.w wafat dan Muaz tidak lagi dapat melihat baginda.

Kematian Muaz bin Jabal
Ketika hampir mati beliau berkata: "Selamat datang wahai kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama dirindukan!". Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu menerima diri seseorang yang beriman". Kemudian beliau meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau.

Sayyidul Ayyam

Hari Jumaat

1- Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)," (Surah Al-Jumuah:9)
 - "Wahai Orang Beriman!" Nikmat yang teramat besar iaitu Islam dan Iman. Sebagai umat Islam, kita sewajarnya bersyukur dengan nikmat ini kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Cuba bayangkan orang lain yang dilahirkan dalam agama lain, Hindhu, Kristian dan lain-lain? Mahukah kita dilahirkan seperti itu?
 - Yang dikatakan wajib tinggalkan jual beli hanyalah orang yang wajib solat Jumaat.

2- Nabi Muhammad SAW gemar membaca Surah Al-Jumuah keseluruhannya pada rakaat pertama dan membaca Surah Al-Munafiqun keseluruhannya pada rakaat kedua ketika menjadi imam Solat Jumaat.
 - Para Ulama' memilih sebahagian daripada Surah Al-Jumuah dan Surah Al-Munafiqun sudah memadai. 
 - Pada rakaat pertama, Surah Al-Jumuah : 9-11 

 
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

 Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

 Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. 

 - Pada rakaat kedua, Surah Al-Munafiqun : 9-11

 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 

 Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
 
 Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
 
3- Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya amal yang pertama akan dihisab pada hari Akhirat kelak ialah Solat."

4- Nabi SAW cinta Bahasa Arab kerana : 
  • Nabi SAW sendiri berbangsa Arab.
  • Bahasa Al-Quran.
  • Bahasa di dalam Syurga.
5- Surah Al-Haj : 41


Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. 

 - Bagi memilih pemimpin, pemimpin itu hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut yang tercatat dalam Al-Quran, Surah Al-Haj, ayat 41. Antara ciri-ciri yang terkandung ialah :
  • Mendirikan Solat.
  • Menunaikan Zakat.
  • Menyuruh Berbuat Kebaikan.
  • Melarang dan Mencegah dari melakukan kejahatan dan kemungkaran.
  - Tapi, apa yang berlaku sekarang ialah ramai orang yang memilih pemimpin mengikut suka hati mereka tanpa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah bukti sabda Nabi Muhammad SAW : "Betapa ramai orang yang membaca Al-Quran tetapi Al-Quran melaknatnya."

TUNTAS
 Jadi, sebagai umat Islam yang menjadi rakyat Malaysia, marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam memilih pemimpin. Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama supaya kita beroleh kebahagiaan di dunia dan di Akhirat. Insya-Allah. Wallahua'lam.

*Catatan isi kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust. Zawawi di Masjid At-Taqwa. (15 Mac 2012)



Thursday, 15 March 2012

Tasbih Jari

Selalunya selepas solat, kita akan wirid. Bagi yang solat berjemaah, Imam mesti wirid Subhanallah 33x , Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 33x. Tetapi, tahu tak cara yang sebenar untuk kira/hitung tasbih tu guna jari? Kalau tak tahu lagi, mari tengok gambar di bawah ni.




Abdullah Bin Amr' berkata : "Saya melihat Rasulullah SAW menghitung tasbih dengan melipatkan jari-jari menggunakan tangan kanannya."
( HR Abu Dawud dan At-Tirmizi )


SELAMAT BERAMAL =D

Saintis Barat vs Islam

Fakta Saintis Barat
1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu.
Fakta Al-Quran -1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah- Ayat 30-34)
 BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.

Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil -2

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama “Lubuda”. Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.
Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.
BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.

Fakta Hadith - 3

Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…?”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja
kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.
MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.

Fakta Sejarah Islam - 4
 Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.
SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?

TUNTAS

Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd segalanya. Hati-hati dengan program National Geography yang terkadang menyesatkan.

sumber : [SINI]

Saham Dunia Akhirat

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1.Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2.Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3.Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4.Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6.Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7.Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :


1.Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2.Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3.Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Al-Quran Hujah Untuk Kita | " القران حجة لك "

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al- Quran."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al- Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al- Quran."