Tuesday 13 March 2012

Kuliah Maghrib 13 Mac 2012

Sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi daripada Ustaz Zawawi semalam di Masjid At-Taqwa, Bertam. Jika ada salah atau silap, bolehlah tegur saya di ruangan komen. Berikut merupakan catatan mengenai isi-isi kuliah yang sempat saya catat dalam sehelai kertas :

  • Nabi SAW pernah bersabda, "Bersegeralah kamu sekelian mengerjakan amal-amal soleh."
  • Tanda Kiamat - Al Haraj : Pembunuhan yang kita tak terfikir ia mungkin berlaku seperti sekarang apa  yang telah berlaku di negara kita adalah pembuangan bayi, anak bunuh emak, bapa bunuh isteri dan anak-anak dan macam-macam lagi kes yang kita terfikir ia mungkin berlaku. Ia lebih jahil berbanding zaman jahililiyyah.
  • Fitnah yang Dahsyat : Seseorang itu beriman pada waktu pagi tetapi dia kafir pada waktu petangnya ataupun seseorang itu beriman pada waktu petang tetapi kafir pada waktu paginya.
  • Nabi SAW bersabda, "Jihad yang paling afdhal adalah menegur pemimpin supaya berlaku adil dan melaksanakan hukum-hukum Allah."
  • "Sesungguhnya sejahat-jahat pengembala ialah pengembala yang kejam dan zalim." 'Pengembala' di sini bermaksud atau ditujukan kepada seseorang pemimpin. (Ketua Negara, Ketua Masyarakat,Ketua Keluarga)
  • "Sesungguhnya setiap daripada kamu ialah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan kamu."
  • Nabi SAW berpesan kepada ibu bapa supaya mengajar anak-anak kamu 3 perkara :  
  1. Kasih kepada Nabi SAW. 
  2. Kasih kepada Keluarga Nabi SAW(termasuk para Sahabat).  
  3. Membaca Al-Quran.
    KITAB MUSTIKA HADIS

    • Syarat-syarat AZAN.
    1. Yakin masuk waktu. (kecuali waktu Subuh, disunatkan azan 2 kali seperti yang dilakukan semasa zaman Rasulullah SAW)
    2. Kalimah azan mestilah berturut-turut, tidak dicela dengan perkataan lain atau dipisahkan antara waktu yang lama.
    3. Kalimah azan mestilah dilafazkan dalam Bahasa Arab. (kecuali jika sesuatu kaum itu tidak mengetahui atau tidak reti Bahasa Arab, maka harus dilafazkan dengan bahasa mereka tetapi menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk mempelajarinya.)
    4. Tertib.

    • Sunat AZAN apabila :
    1. Menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sehari semalam.
    2. Mendirikan Solat Jumaat.
    • Solat Sunat :
    1. Tidak disunatkan azan dan iqamah.
    2. Cukup dengan berkata : " !! الصلاة جماعة   " " Marilah Solat !! "
    Alhamdulillah, semoga dengan apa yang saya sampaikan ini dapat menambahkan ilmu kita atau menguatkan lagi ingatan kita dan memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat. Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita agar dakwah Islam tersebar luas sehingga di setiap pelosok dunia.

    1 comment:

    Anonymous said...

    tq..