Hukuman Ke Atas Penjenayah Hirabah
Hukuman hudud yang ditetapkan dalam syari'at Islam ke atas pelaku jenayah hirabah dinyatakan di dalam Al-Quran pada surah Al-Ma'idah ayat 33 :
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.Ayat di atas menerangkan hukuman-hukuman berbeza yang ditetapkan ke atas penjenayah hirabah menurut perbezaan cara-cara jenayah yg dilakukan:
- Jika perompak membunuh orang maka dia dibunuh balas.
- Jika dia hanya merampas harta dan tidak membunuh maka dipotong tangan dan kakinya. Hukuman ini lebih keras daripada hukuman curi kerana jenayah hirabah lebih kejam dan lebih membahayakan kehidupan mangsanya.
- Jika perompak membunuh pengguna jalan di samping merampas harta bendanya maka dia dibunuh balas serta disula. Tujuan disula setelah dibunuh adalah untuk menakutkan dan mencegah perbuatan yang sama dilakukan oleh orang-orang lain. Perompak itu sendiri yang telah dibunuh tentu tidak boleh mengambil apa-apa pengajaran daripada hukuman sula ini kerana dia telah mati.
- Jika penjenayah hanya menakut-nakutkan orang, maka dia hanya dibuang negeri atau daerah; sebab semata-mata ugutan tidak meninggalka sebarang kesan material terhadap sasaran jenayah. Maka pemencilnya dari tempat asalnya dikira memadai. Begitupun makhamah boleh menambahkan hukuman ta'zir ke atas penjenayah sebegini jika didapati perlu.
1 comment:
Terbaik!!
Post a Comment