Cara Mudah Mencari Hafalan Baru
Bagi seorang huffaz , mencari modal untuk tasmi’ keesokan harinya adalah merupakan suatu rutin yang wajib dilakukan setiap hari. Jika dilihat kepada pembahagian masa, maka kebanyakan masa seorang huffaz itu pasti akan dihabiskan untuk mencari hafalan baru sebanyak mungkin. Itu bukanlah fenomena yang menghairankan bahkan sememangnya fitrah manusia itu ‘sentiasa sukakan perkara yang baru’ daripada yang lama .
Suatu keadaan dan tabiat yang baik dan sememangnya sangat baik, tetapi akan menjadi buruk apabila semakin banyak dikejar, semakin banyak pula yang berciciran.
Berbalik kepada perbincangan kali ini, bagaimana sebenarnya petua dan keaedah untuk seseorang itu mudah mendapatkan hafalan baru?
Pertama :
Letakkan target mengikut kemampuan kita. Hakikat kemampuan ( otak ) seseorang manusia itu adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini perlu difahami dan dimotivasikan setiap masa. Jangan meletakkan diri anda ke dalam situasi tertekan, terhimpit dan stress disebabkan anda memaksa diri melakukan sesuatu di luar batas kemampuan anda. Letak target sikit tidak mengapa ( contohnya sehelai ) tetapi i’adah ingat dan tasmi’ pula sentiasa istiqamah. Itu lebih baik.
Kedua :
Praktikkan Operasi Bina Hubungan ( OBH ) dengan ‘kawan baru’ untuk keesokan hari itu. Sebagaimana anda ingin mendekati seseorang kawan atau mad’u, terlebih dahulu anda perlu memahami dia, mendalami dia dan beramah mesra sebaik mungkin dengannya. Sama juga dengan hafalan baru anda untuk esok hari. Justeru saya nyatakan sebelum ini, kalau boleh peruntukkan setengah jam atau lebih masa sebelum maghrib untuk anda baca ( secara tengok ) berulangkali seminima 40 kali untuk menjadikan lidah anda biasa menyebut ayat2 dan kalimah2 baru tersebut. Kemudiannya proses anda selepas maghrib untuk ‘pulun’ akan berjalan dengan lebih lancar dan mudah.
Ketiga :
Buat persediaan awal untuk hafalan baru anda. Maksudnya, hafalan baru anda untuk tahun depan, dua tahun akan datang ( sekiranya belum khatam ). Bukanlah maksud saya cari modal untuk tasmi’ tahun depan. Maksud saya, ‘berkenalan’ dan ‘beramah mesra’ dengan modal tasmi’ anda yang akan datang. Caranya ialah dengan menjadikan rutin anda mendengar kaset2 atau cd2 bacaan Al-Quran. Untuk bulan pertama banyakkan dengar 3 atau 4 surah panjang setiap hari. Kemudian bulan depan tukar kepada surah lain pula.
Suatu masa dahulu, tika umur saya 11 dan 12 tahun ( belum masuk tahfiz ) , saya selalu dengar mak pasang kaset bacaan surah Taha, Al-Haj dan Ibrahim dalam perjalanan balik ke kampung. Apabila saya mula menghafaz Al-Quran dan sampai ke surah tersebut, saya mampu untuk tasmi’ lebih dari kadar biasa. Sampai sekarang, surah Al-Haj dan Taha adalah antara surah yang sangat masyi bagi saya. Mudah kan?
Keempat :
Biar lambat asal selamat. Ini juga berkait dengan kepentingan mengulang2 ayat sehingga kadar yang banyak. Mungkin ramai tidak bersetuju dengan cadangan saya (kerana malas untuk ulang banyak2 kali) tetapi saya tetap merasakan bahawa ianya memberi kesan paling besar. Bukan masa tu, tapi bila anda sudah tua.
Mula menghafaz ayat pertama, kemudian pindah ayat kedua, seterusnya ayat ketiga, kemudian ulang kembali ayat pertama sampai ayat ketiga ( tanpa lihat ). Potong 3 ayat dahulu. Kemudian ayat ke 4 sampai ayat ke 6. Begitulah seterusnya. Sampai separuh muka atau semuka, ulang balik dari atas tanpa tengok. Mungkin masa itu belum ingat secara sempurna, tapi sekurang2nya ‘puzzle’ itu sudah terbentuk.
Kelima :
Anda menghafaz selepas maghrib, justeru apabila azan isyak anda perlu bersegera ke masjid. Tidak mengapa, berhenti setakat apa yang anda dapat. Dalam perjalanan ke masjid, amalkan tabiat ‘baca sambil berjalan’. Elakkan berborak antara maghrib dan isyak atau sebelum anda benar2 yakin telah mendapat modal dengan baik. Saya selalu ‘uzlah’kan diri saya pada waktu2 tersebut dan juga semasa berjalan ke masjid untuk solat isyak. Jika tadi anda dapat mengulang2 ayat tersebut ketika duduk, cuba ‘tamrin’kan otak dan minda anda untuk membaca dan mengulang2 ayat yang anda dapat tadi secara berdiri dan berjalan pula. Biarpun sikit, cuba amalkan.
Percayalah ia suatu tabiat yang baik jika diamalkan. Mampu ingat ketika duduk tidak bermakna mampu ingat ketika berdiri. Kerana itu ramai yang tika duduk ingat Al-Quran ,tika jadi imam terus lupa semua sekali. Antara sebabnya ialah tidak biasa mengulang Al-Quran dalam keadaan berdiri atau berjalan. Peringkat paling hebat tika anda mampu mengulang atau mengingati Al-Quran dengan baik ketika anda berjalan laju atau berlari.
‘Power’ membaca atau mengulang dalam keadaan berdiri pula sebenarnya sangat kuat dan hebat bagi seorang huffaz. Saya pernah mengalaminya sebanyak dua kali. Kedua2nya tika mengimamkan solat dengan menghabiskan 30 juzuk sewaktu solat tarawikh bulan Ramadhan. Selesai Ramadhan saya dapati ‘power’ ingatan Al-Quran saya meningkat berkali ganda, sehingga bisa diumpamakan ‘ tak buka Quran pun tak ape ’- dengan izin Allah. Subhanallah.
sumber : MyILHAM
No comments:
Post a Comment