Setelah fakir miskin
itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan
roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut
maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan
anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun
mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya
sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia
dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi
pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah.
Maka pada suatu hari anak
gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah
seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya
dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan
gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis
tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan
pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam
apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya.
Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa
dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis
tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan
tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun
berkata, "Aku mendapat tahu
bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan
tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami
berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun
suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari
sebelah pintu, "Keluarkanlah
tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan
sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku
memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu
mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia
mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan
bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa
menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke
rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah
bersabda yang bermaksud, "Barang
siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang
siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan
barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan
barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka
Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud, "Sesungguhnya
tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk
bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."
No comments:
Post a Comment