Wednesday, 12 December 2012

Ayang Takut Tak ??

Alkisah seorang pelayar…

Pada satu masa dahulu, (beratus tahun yang lalu), sepasang suami isteri sedang belayar merentasi lautan besar. Tiba-tiba datang satu ribut lebat.

Si isteri menjadi sangat gementar dan takut..

Kapal yang dinaik mereka tidaklah besar, dan ribut tersebut teramat mengancam menolak kapal terumabng-ambing.

Si isteri terasa kapal yang mereka naiki akan terbalik dan ajal merek

a bakal tiba.

Si isteri mencari suaminya dan terkejut beliau sedang sibuk mengawal kapal dan mengharungi ribut yang kencang itu.

“Abang, ini mungkin masa terakhir untuk kita bersama… Mengapa abang tak takut? Ataupun abang ini dah gila?” jerit si isteri.

Si suami ketawa dan tiba-tiba mengeluarkan pedangnya. Pedang itu didekatkan dengan leher si isteri, dekat sehingga tersentuh.

“Ayang takut tak?” tanya si suami.

Si isteri menggeleng kepalanya, “Ayang tahu tiada apa yang perlu ditakutkan apabila bersama abang kerana abang sayang ayang.”

Si suami menyimpan kembali pedangnya dan berkata…

“Ini juga sebab ribut kencang ini tidak dapat takutkan abang. Abang tahu Allah sayang kat abang, pedang itu di tangan Allah, ribut ini juga di tangan Allah, apa yang bakal berlaku, akan berlaku dengan penuh hikmah. Jika kita selamat, bagus. Jika kita ditakdirkan mati, juga bagus, kerana segalanya di tangan Allah. Allah tidak pernah silap. Yang penting kita berusaha tatkala selagi mampu dengan penuh beriman. InshaAllah,” terang si suami.

Setelah mendengar penjelasan si suami, si isteri turut memberanikan bersama suami mengharungi ribut kencang tersebut dan mereka selamat tiba di destinasi….

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Tulisan Khas untuk Ahli PAS

Alkisah sekumpulan burung merpati….

Satu masa dahulu, terdapat sekumpulan merpati yang terbang dibawah pimpinan seorang raja di kalangan mereka untuk mencari makanan.

Burung terkecil yang terbang di barisan akhir mengeluarkan bunyi memberitahu ia ternampak bijiran makanan tertabur di bawah sebuah pokik.

Kumpulan merpati tersebut berhenti dan turun untuk menikmati b

ijiran yang dijumpai.

Tiba-tiba ada benda berat terjatuh ke atas mereka.

Kumpulan merpati itu terkejut untuk mendapati mereka kini terperangkap di dalam satu jaring.

“Habislah kita kali ini. Maafkan saya. Saya tak patut suruh henti makan bijiran ini,” kata burung terkecil itu penuh kekesalan.
Kumpulan merpati itu bertambah panik apabila melihat pemburu burung sedang berlari ke arah mereka.

Raja burung merpati menyuruh semua anak-buahnya bertenang dan memberikan satu idea bijak.

“Mari kita memegang jaring ini dengan paruh kita dan terbang bersama jaring ini. Bersama, saya yakin kita dapat menahan berat jaring ini,” kata Raja burung.

Pemburu burung semakin menghampiri kumpulan merpati, tetiba kumpulan merpati terbang ke langit bersama jaringnya.

Pemburu burung terpegun dan marah kerana kehilangan semua hasil tangkapannya selepas susah payah menabur bijiran di lantai untuk menipu burung.

Kumpulan merpati tersebut terbang dan singgah di perkarangan satu masjid, di mana rakan Raja burung, seekor tikus menginap di sana.

Raja burung meminta tikus untuk menggigit jaring supaya anak-anak buahnya dapat melepaskan diri. Tikus memulakan kerja dengan sepenuh hati dan tidak lama kemudian, semua burung merpati bebas.

Mereka mengucapkan terima kasih pada tikus dan terbang semula ke langit bersama Raja burung dengan megah dan lebih bersatu padu – dan lebih bijak melihat mana satu perangkap, dan mana satu makanan sebenar.

Pengajaran: Tak kira betapa sukarnya cabaran yang kita terpaksa lalui di dalam jamaah kita, kita akan mencapai kemenangan sekiranya kita bersatu dan bersama-sama menghadapi masalah bersama.

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Sama sahaja emas dan batu

Alkisah seorang kedekut….

Taib Mahmud seorang yang terkenal dengan sifat kedekutnya. Satu hari, Taib menjual segalanya yang ada untuk membeli jongkang-jongkang emas.

Jongkang-jongkang emas itu ditanam di halaman rumahnya secara rahsia, dan Taib akan memerhatikannya setiap hari.

Pembantu rumah melihat tingkah-laku Taib setiap hari berulang-alik ke tempat jongkang-jongkang emas itu ditanam tanpa

mengetahui sebabnya.

Akhirnya pembantu rumah itu tahu rahsia tuan rumahnya, dan pada satu malam, setelah Taib sudah ketiduran, pembantu rumah itu menggali dan mencuri emas itu.

Kebesokan paginya, Taib berjalan ke halaman rumahnya untuk memerhatikan emasnya.

Beliau terkejut besar melihat lubang telah digali dan emasnya hilang. Beliau yang botak di tengah kepalanya meraba-raba kepala dan menarik rambut tepinya sambil mengerang dan merungut kuat-kuat.

Ustaz Nasrudin yang tinggal di rumah sebelah Taib datang menjenguk.

Apabila Taib sudah tenang, Ustaz Nasrudin berkata, “Jangan sedih. Senyum.”

“Nak senyum macam mana? Semua emas ana hilang,” kata Taib.

“Pergi ambil batu itu, dan letak dalam lubang ini, dan anggap emas yang ana itu masih di dalam. Ia sama kesannya seperti dulu masa emas itu berada di dalam lubang tersebut dan anta langsung tidak menggunakannya sedikit pun,” kata Ustaz Nasrudin.

Kata-kata Ustaz Nasrudin bagaikan pukulan padu maut kepada Taib yang akhirnya sedar emasnya sebenarnya selama ini tiada nilai kerana beliau langsung tidak menggunakannya untuk perkara-perkara lain.

Pengajaran: Allah memberikan kita banyak kelebihan, bakat akal dan keistimewaan yang kita gembira untuk memilikinya tapi tidak pandai menggunakannya. Ia mungkin sebuah suara yang baik, bakat akal untuk kerja jurutera, lukisan dan juga berlakon.

Tapi ramai antara kita yang bersifat seperti si kedekut Taib Mahmud, menghayati emas itu tapi langsung tidak menggunakannya secara berfaedah.

Apakah anda antara orangnya?

Senyum. via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Berhenti mengHINA ALLAH !

Alkisah seorang pemalas....

Adnan seorang yang pemalas. Beliau tidak pernah berusaha untuk mendapatkan apa-apa dan tidak pernah menyiapkan tugas yang diamanahkan.

Setiap kali, bila projek beliau tidak dapat disiapkan kerana beliau tidak pernah berusaha sungguh-sungguh kerana kemalasannya, Adnan akan berkata, “Takdir Allah. Tidak sampai waktunya lagi untuk saya berjaya.”


Adnan juga seorang yang tidak menepati masa. Setiap kali bila beliau lambat ke temujanji, beliau akan berkata, “Tak apalah, Allah nak saya sampai lambat, mungkin ada hikmahnya… syukur aje saya dapat sampai.”

Satu hari, Adnan dihantar untuk menghadiri kursus dan kursus itu mempunyai satu peperiksaan untuk menentukan pencapaian Adnan. Adnan yang malas tidak mengulangkaji apa yang dipelajarinya dan akhirnya beliau gagal dalam peperiksaan tersebut.

“Dah takdir. Tak boleh nak buat apa. Allah izinkan ia berlaku, mungkin ada hikmahnya,” kata Adnan ketika ditanya Ustaz Nik mengenai pencapaian beliau tatkala berjumpa.

Ustaz Nik agak terkilan dengan kata-kata Adnan lalu berkata…

“Wahai sahabatku, hentikan menghina Allah,” kata Ustaz Nik kepada Adnan yang sudah dikenalinya lama dan masak dengan perangai malasnya.

“Bilamana aku menghina Allah?” jawab Adnan.

“Kalau sahabat dah berusaha bersungguh-sungguh untuk berbuat sesuatu perkara, dan keputusannya bukan keputusan yang sahabat hajati, sahabat bolehlah berkata itu berlaku atas izin dan takdir Allah, mungkin ada hikmahnya.

Kalau sahabat tak pernah berusaha dan malas, ana minta sahabat henti menghina Allah dengan menyatakan keputusan yang tidak dihajati berlaku kerana takdir dan izin Allah sebaliknya ia jelas adalah kerana kelemahan dan kemalasan sahabat sendiri.

Ingat! hidup di dunia ini bukan kerana akhirat sahaja, kena juga cemerlang di dunia. Jangan sesekali menghina Allah dengan berkata kegagalan sahabat adalah takdir-Nya tatkala sendiri tidak pernah berusaha,” tegur Ustaz Nik.

Mulai itu, Adnan mula meletakkan segala fokus pada kerjanya dan membiarkan keputusan di tangan Allah.

Senyum via Dato' Tuan Ibrahim (FB)

Pesanan Syaqiq Bin Ibrahim

Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah, maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama,

1- Siapakah orang yang sempurna akal ?
Orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik ?

Orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang kaya ?
Orang yang redha menerima bahagiannya dari Allah SWT (rela menerima hukum takdir Allah SWT).

4- Siapakah orang yang mengerti agama ?
Orang yang tidak minta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil ?
Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 978-979.

Sebar-sebarkan !!!

Monday, 10 December 2012

Pesanan Tok Guru ^__^

Nantikan 12 Januari 2013 !!

Keistimewaan Syuhada'

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1- Diampunkan dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar.
2- Melihat tempatnya di dalam Syurga.
3- Dilindungi dari azab kubur
4- Terjamin keamanannya dari malapetaka besar.
5- Merasakan kemanisan iman.
6- Dikahwinkan dengan bidadari.
7- Diperkenankan utk memberi syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)