Alkisah Kak Ros dengan Din Pak…
Kak Ros dan Din Pak adalah jiran. Kak Ros adalah seorang taukeh tanah dan Din Pak cumalah seorang petani yang miskin.
Din Pak seorang yang relaks dan gembira sentiasa. Mindanya tenang dan aman. Pada waktu malam, Din Pak tak tutup pintu mahupun tingkat ketika tidur. Tidurnya cukup nyenyak setiap malam. Meskipun miskin, beliau mempunyai satu kehidupan yang aman dan tenang.
Kak Ros pula sebaliknya – beliau sentiasa hidup dalam keadaan tension. Pintu dan tingkap rumahnya selalu menjadi tumpuan pada waktu malam – beliau mesti memastikannya ditutup berlapis-lapis. Beliau tidak tidur lena kerana sering terbayang ada perompak yang bakal masuk ke rumah untuk mengambil duitnya.
Kak Ros amat iri hati dengan ketenangan yang dinikmati oleh Din Pak.
Satu hari, Kak Ros memanggil Din Pak dan memberikannya satu kotak penuh dengan duit kertas berjumlah RM40 juta.
“Din Pak, kawanku, saya dikurniakan kekayaan melampau kerana mahir menabung dari kecil. Tapi saya dapati Din Pak dalam kemiskinan. Ambillah duit tak seberapa ini dan hiduplah dalam kemakmuran,” kata Kak Ros kepada Din Pak.
Din Pak cukup gembira dengan duit hadiah tersebut. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih pada Kak Ros. Din Pak dan senyuman dan kegembiraannya cukup terpancar di siang hari.
Malam mendatang, Din Pak hendak tidur seperti biasa. Tapi hari ini, beliau tidak dapat tidur. Beliau bangun dan sembahyang sunat, tapi masih tidak dapat tidur.
Beliau pergi menutup pintu dan tingkap. Masih tak boleh tidur. Beliau lihat pada kotak duit RM40 juta yang diberi Kak Ros. Satu malam beliau terganggu dalam tidur beliau.
Sejurus solat subuh, Din Pak terus mengambil kotak duit RM40 juta ke rumah Kak Ros. Beliau memberi balik kepada Kak Ros.
“Wahai kawanku. Ya saya dalam kemiskinan. Tapi kotak duit ini telah merompak ketenangan hidup saya semalam. Maafkan saya, dan ambillah balik duit ini,” kata Din Pak yang mengejutkan Kak Ros.
Pengajaran: Lu fikirlah sendiri malam ini ya…
Senyum
No comments:
Post a Comment